8 ; Gaduh

1.4K 76 10
                                    

Yara keluar dari pejabat En. Wan Muhammad. Kepala bapak dekat Ranaco ni 😹 Hahha. Yara memang rapat dengan En. Wan Muhammad ni. Dah macam bapa angkat dia. Kenal dari kecil kot sebab En. Wan Muhammad kawan kepada En. Iskandar

Dia berjalan sambil terloncat-loncat kegembiraan. Jaranglah orang keluar dari bilik En. Wan Muhammad ni tersenyum bahagia macam si Yara. Ada yang tersengih melihat aksi Yara. Yara ni agak famous lah juga dekat kolej dia.

Dengan sifat periang dan mesra alam dia, semua orang menyukainya. Kolej ni tak ramai sangat penuntut perempuan. Hanya 20-30 % sahaja dari 100%. Yara berlari ke dalam cafe. Dia tercari-cari Jad, Toya dan Alibu. Kerana faktor dirinya pendek, terpaksalah dia berpusing dalam cafe ni.

Tengah-tengah pusing, telefonnya berdering. Tertera nama Toya Toyol di skrin. Terus diangkat.

" Kau tawaf ke apa siaa ? "

Yara mendengus mendengar hilai tawa Toya.

" Mana saiton kauorang ? Aku tak nampak ni . "

Yara mencebik. Mata masih melilau mencari.

" Ada ni haa "

Sampuk satu lagi suara. Alibu mungkin !

" Siotlah. Aku balik ah cemni. Serius ah. Aku kalau dah balik ni takkan muncul lagi dah depan kau 3 ekor. Padan muka. Suka sangat nak kenakan aku kan. Bye ! "

Yara menutup call seraya berjalan keluar dari cafe.







Alibu tersentak. Wajah Toya dan Jad dipandang. Dia menyerahkan telefon tersebut kepada empunya.

" Dia merajuk weh. Siap ugut lagi. Cakap yang kita takkan jumpa dia lagi lepas ni. "

Ujar Alibu seraya menyedut minumannya.

" Yong merajuk ? Serious ah !? Parahlah cemni. "

Toya bersuara. Yara kalau dah merajuk, merana lah kami semua nanti.

Jad sudah tersandar di kerusinya. Minuman dutch lady strawberi kegemarannya disedut habis. Alibu dan Toya cepat-cepat mengemas barang mereka.

" Jom ah cari minah tu. Risau pula aku. "

Ujar Toya seraya menyandang begnya. Alibu dan Jad turut melakukan hal yang sama. Mereka bertiga mula menapak keluar dari cafe.

Mereka berlari anak. Dicari di kawasan sekitar tapi masih tak dijumpai. Mana pula si Yara ni pergi ? Takkanlah usik sikit pon dah sentap ? Sebelum ni elok je !

Hampir sejam mencari tapi masih tak dijumpai. Mereka berteduh di bawah pohon besar.

" Cuba kau call dia Toya. "

Ujar Alibu. Termengah-mengah dia. Kepenatan dan kehausan. Jad sudah terbaring di atas paha Toya.

Toya mengeluarkan telefon dan di dail nombor Yara.

Sekali.......

Dua kali........

Tiga kali.........

Empat kali........

" Hello ? "

" Finally ! Angkat pon. Kau buat apa siaa orang call tak berjawab ? Kau dekat mana ni ? "

Terjah Toya.

" Suka hati aku la. Kau nak sibuk buat apa ? "

Toya cuba sabarkan hati. Orang dekat sini punyalah risau dekat dia. Sampai sejam mencari dia saja.

Abang Matin, You're Killing Me !  ( ON GOING )Where stories live. Discover now