Haziq tak senang duduk. Dah 3 hari dia cuba menghubungi Yara tapi hampeh. Telefon Yara masih tak aktif. Nak je dia pergi Terengganu sana. Tengok si Yara. Haih !
Tapi yang kau beria sangat ni dah kenapa Haziq oi ? Halahlah ! Haziq berperang dengan hati dan otak sendiri. Serabutlah !
Haziq baru hendak menyarung semula glovesnya, dia didatangi oleh seseorang.
" Hai Matin ! "
Haziq terpampan mendengar. Dia pantas berpusing.
___________________________
Yara melangkah lesu ke dalam cafe. Dia rasa tak sedap badan. Letih dan segala urat-uratnya sakit. Yara meletakkan kepala di atas meja bagi merehatkan diri sekejap.
Kepalanya berpinar-pinar apabila dia cuba untuk mengangkat kepala. Dia rasa berputar je. Tak dan lama, terus kepalanya kembali terjatuh di atas meja. Yara pengsan !
Jad, Alibu dan Toya yang baru masuk ke dalam cafe terjenguk-jenguk kepala mencari Yara. Tadi Yara terus menonong keluar dari kelas. Kebulur sangat agaknya. Yara memang tak boleh jauh dari makanan.
Dua orang penuntut di situ berkejaran. Biasalah bergurau. Sehingga terlanggar meja yang Yara duduk. Yara melorot ke tepi dan akhirnya terbaring di lantai. Bulat mata Jad, Alibu dan Toya. Berlari mereka mendapatkan Yara.
Jad menarik Yara ke arahnya. Pipi Yara ditepuk-tepuk sedikit. Tapi tiada riaksi. Muka pun pucat semacam.
" Woi bodoh ! Otak kat muka ke siaa !? "
Jerkah Toya. Bergema suaranya di dalam cafe itu. Terus suasana berubah sunyi.
" Kimak punya gay ! Kau ingat ni padang ke sial duduk berlari dalam ni ! "
Jerkah Alibu pula seraya mencekak kolar baju salah seorang dari lelaki yang berkejaran tadi.
Menggigil dua-dua apabila dijerkah oleh Toya dan Alibu. Siap dicekak lagi kolar baju.
Jad terus mencempung tubuh kenit Yara. Dia dah tak fikir pasal dua orang budak yang berkejaran sampai terlanggar meja Yara, dia cuma fikir soal keadaan Yara.
" Dah jom blah. Kita kena bawa Yara pergi hospital. "
Ujar Jad cemas seraya berjalan laju keluar dari cafe.
Alibu melepaskan kolar baju pelajar tersebut. Dia mendengus geram. Nak je dia tapakkan muka budak-budak bangang depan ni. Toya menarik lengan Alibu mengikut langkahnya.
En. Iskandar, Haidar dan Pn. Halis bergegas gerak ke Terengganu selepas mendapat panggilan dari Jad mengatakan Yara dimasukkan ke dalam hospital.
Memang pecut habis En. Iskandar bawa kereta. Anak perempuan kesayangan tu. Risau toksah cakaplah. Rasa macam nak tercabut jantung ni dengar Pn. Halis call ajak ke Terengganu sebab Yara masuk hospital.
Jam 8:45 malam mereka tiba di Kuala Terengganu Specialist Hospital. Mereka bergegas mencari wad yang diduduki oleh Yara. Tiba di tingkat 3, merema terus mencari nombor bilik yang diberikan oleh Jad.
Dari jauh sudah nampak Jad, Toya dan Alibu duduk di kerusi. Lagi laju langkah mereka mendekati teruna bertiga itu.
" Asslamualaikum "