1 ; Transformers

2.1K 77 2
                                    

Yara tersenyum sebaik jumpa kedai yang dicari-cari.

Toys store

Yara terus pergi ke bahagian yang ketiga iaitu bahagian transformers. Bersinar-sinar matanya memandang pelbagai koleksi transformers disitu.

Dia mencapai beberapa jenis transformers. Optimus Prime, Ironhide & Bumbblebee. Saiznya sedang-sedang aja.

Ini salah satu hobi Yara. Dia suka mengumpul koleksi-koleksi permainan. Dekat bilik dia tu, ada satu bilik tersorok di balik almari baju. Bilik tu penuh dengan segala koleksi barang permainan. Ada bermacam jenis. Iron man, transformers, Captain America and banyak lagilah.

Selesai membeli, Yara mula berjalan-jalan di dalam mall tersebut. Rambang mata bila melihat barang-barang yang dijual tapi macam tak berminat untuk membeli. Setakat cuci mata gitu jela. Lagipun dia taknak membazir duit dengan barang yang tak penting.

Macamlah permainan tu penting sangat !  -_-

Yara masuk ke dalam Nike Factory. Satu lagi minat Yara sejak kecil. Suka beli kasut. Kebanyakkannya semua jenama sukan. Bulat mata Yara sebaik melangkah masuk.

Saya suka, saya suka !

Yara bergerak ke tempat kasut. Bibirnya mengukir senyuman. Time to searching ! Yara bersiul kecil sambil melilau matanya. Sesekali kakinya terjengket cuba melihat kasut yang diletak di rak yang tinggi.



_____________


Haidar melangkah masuk ke dalam Restoran Seri Idaman. Rekaan yang unik dengan menggunakan tiang yang berukiran jawa. Sikit sentuhan halus flora.

Terdapat 2 ruang iaitu outdoor dan indoor. Bahagian outdoor terdapat sebuah kolam dengan pancuran air di tengah-tengah ruang. Dan terdapat jambatan kayu yang menjadi pemisah antara kolan pancuran air dengan ruang makan.

Indoor pula, setiap meja makan diletakkan di satu ruang yang tertutup dengan dinding jarang yang diperbuat daripada kayu. Dibelah kiri dan kanan.

Haikal berjalan selamba melintasi beberapa orang pekerja yang sedang lalu lalang. Ada yang membawa buku resit pesanan dan menu untuk mengambil order pelanggan, ada yang membawa sedulang air yang berbagai jenis dan juga makanan.

" Assalamualaikum warga dapur sekalian ! "

Laung Haidar sebaik buka pintu bahagian dapur.

Terkejut semua dibuatnya. Masing-masing yang memang sudah terbiasa dengan sifat mesra alam Haidar hanya menggeleng kepala.

" Apa yang terjeritnya Haidar ? Tak boleh nak masuk elok-elok ka ? Awat lah anak aku soqang ni laqklok sangat perangainya ! "

Ujar Pn. Halis sambil menggeleng kepala. Nasiblah dia dah siap memasak tadi. Kalau tak habislah terbang kuali senduk semua.

Haidar tersengih saja. Dia menapak ke arah Pn. Halis. Dikucup lembut tangan ibunya.

" Heehhe. Maaf ler mak. Haidar bosanlah sorang-sorang dekat rumah. So, Haidar datang ah sini. Alang-alang tu bolehlah bantu mak apa yang patut dekat restoran ni. "

Pn. Halis berkerut. Hairan mendengar kata-kata Haidar.

" Kak yong tak ada dekat rumah ke ? "

Abang Matin, You're Killing Me !  ( ON GOING )Where stories live. Discover now