22 ; Degil

1K 63 10
                                    

" Aku tak tahu apa masalah kau ni. "

Bebel Haziq kesekian kalinya.

Dari tadi lagi dia tak henti-henti bebel dekat Yara. Yara pula buat selamba je. Molek je dia selfie. Langsung tak dengar apa yang Haziq dok bebel dari tadi. Haziq yang nampak, terus dirampas telefon Yara. Diletak di celah kangkang.

" Ishhhhh "

Dengus Yara. Tajam dia memandang Haziq.

" Kau boleh buat bodoh je kan. "

Haziq menjeling Yara. Yara memeluk tubuh disisi.

Tadi balik dari kolej Yara, terus dihantar Yara balik. Pn. Halis jemput Haziq masuk ke dalam. Dah lama tak jumpa katanya. Baru je nak balik, En. Iskandar pula balik. Tak jadi nak balik. Sambung berbual lagi.

Sedar tak sedar, dah pukul 6 petang. Haziq terus minta izin dekat En. Iskandar nak bawa Yara berbuka puasa dekat luar. Sekali nak beli barang-barang raya sikit. Bila lagi nak beli kan ? Dia bukan selalu boleh jumpa dengan Yara. Raya pon lagi seminggu lebih je.

Dari pukul 6, pukul 7:30 baru Yara siap. Mahu tak menyirap Haziq. Diaorang basah tekak sekejap sekali dengan family Yara. Pukul 8 baru diaorang gerak keluar. Memang tahan je Haziq. Dia dok jeling-jeling je Yara masa dekat rumah. Sabar jela.

" Bukannya kedai tu lari pon. "

Gumam Yara.

" Memang tak lari. Tapi barang yang aku nak nanti yang lari. Dikebas dek orang lain. "

Haziq yang telinga kuali tu. Dengar aje.

" Jangan membebel la. "

Rungut Yara. Dia pulas punat volume radio. Sekuat-kuat tidak bunyi radio. Dah macam berdisko dalam kereta.

Haziq cepat-cepat tutup radio. Tersentak dia tadi bila radio tiba-tiba kuat. Elak accident je tadi. Haziq menarik telinga kanan Yara.

" Awww awww ! Sakit laaa ! "

Jerit Yara. Dia menepuk-nepuk tangan Haziq supaya lepaskan telinga dia.

" Kau ni degil kan. Kuat melawan pula tu. Siapa ajar kau jadi macam ni haa ? "

Geram je Haziq dengan Yara ni. Tah sejak bila Yara ni jadi keras kepala macam ni. Baru tinggal 2 minggu. Kalau tinggal setahun ? Aku tak tahulah jadi apa.

" Mana ada degil. Awwww. Lepas laaaa gilaaaa. Awwww "

Yara masih melawan. Cuba ditarik tangan Haziq dari terus menarik telinganya. Yara landang Haziq. Dibuat muka cebik-cebik sikit. Mata bulat. Acahcah sedih nak menangis.

Haziq tak pandang. Yara cucuk-cucuk pinggang Haziq suruh pandang muka dia. Haziq pon menoleh. Lemah terus hati tengok muka Yara gitu. Haahhha. Haish. Terpaksalah lepas telinga si budak degil tu.

" Kau buat lagi perangai. Tahulah aku nak settle. "

Haziq memberi amaran. Letih dia melayan Yara harini. Belum lagi nak shopping kejap lagi. Minta-mintalah diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam diri.






____________________________


Haziq dan Yara masuk ke Fashion Valet. Nak cari baju kurung dan baju melayu untuk mereka berdua. Masa dok makan-makan dekat Chicken Rice tadi, diaorang dah plan nak pakai sedondon. Yara punya idea lah. Haziq ikut je. Bukan selalu kan dapat sama dengan kekasih hati.

Dan Yara paling happy sekali sebab semuanya on Haziq. Haziq yang akan bayar kesemua barang raya dia tahun ni. Apa je yang Yara nak, Haziq akan bayar. Yihippppp. Hoorayyy. Haziq tak kisah habis duit untuk Yara. Yara girlfriend dia. In Shaa Allah, wife to be dia. Setakat beribu yang habis, Haziq tak kisah. Masih ada berapa juta aset dia. So, takada hal lah.

Abang Matin, You're Killing Me !  ( ON GOING )Where stories live. Discover now