33 ; Redha

1.1K 74 10
                                    

Haziq masuk ke dalam bilik Doktor Amira. Doktor Amira melemparkan senyuman manis ke arah Haziq. Haziq melabuhkan pungung di hadapan Doktor Amira.

" Okay En. Haziq. Keputusan pemeriksaan Pn. Yara dah keluar. Saya harap apa yang saya cakapkan sekejap lagi, En. Haziq bersabar ya. "

Haziq dah rasa lain lepas dengar pembuka bicara. Lain macam je Doktor Amira ni. Tapi Haziq hanya mengangguk saja.

Doktor Amira keluarkan sesuatu dari sampul surat berwarna coklat besar.

Keputusan Ct scan !

Haziq betulkan kedudukannya di atas kerusi. Dada dia berdebar hebat. Ct scan tu ada rajah otak. Dan semestinya milik Yara. Takkan orang lain pulak !

Doktor Amira menolak perlahan Ct scan tersebut. Haziq melihat Ct scan tersebut kemudian mendongak memandang Doktor Amira kembali.

" En. Haziq lihat bahagian ni. "

Ujar Doktor Amira.

" Melihatkan pada hasil Ct scan ni, Pn. Yara menghidap barah otak. "

Dang !

Rasa macam dihempap sesuatu yang besar. Haziq tercengang. Dipandang Doktor Amira tak percaya. Kemudian dipandang hasil Ct scan di hadapannya.

" A -- pa dia ? "

Tergagap Haziq berkata.

" Pn. Yara nampaknya seperti menghidap barah otak. Tapi En. Haziq tak perlu risau. Sebab Pn. Yara menghidap barah otak tahap 2. Masih boleh dirawat. "

Doktor Amira cuba meredakan keadaan. Dia tak mahu Haziq terlalu ikutkan perasaan. Dia tahu perasaan Haziq.

" Diffuse astrocytomas. ( peringkat 2 ) . Ia jarang merebak kebahagian luaran tapi ia jiga boleh mencapai ke peringkat tertinggi atau menjadi agresif. "

Doktor Amira mula memberi penjelasan. Haziq diam mendengar.

" Ia berkembang dengan perlahan dan selnya nampak seakan sama dengan sel sihat. Ia biasanya berlaku pada golongan dewasa dan tua. Pada peringkat 2, tumor adalah lebih besar. Kemungkinan besar ia telah merebak ke tisu sekitarnya. Pada peringkat ini, ia masih boleh dirawat dengan pembedahan. "

Haziq lepas keluhan lega. Masih boleh dirawat dengan pembedahan. Masih ada peluang. Syukurlah.

" Bagi tumor yang kecil, doktor selalunya memilih untuk mengeluarkannya secara pembedahan. Pembedahan boleh memberi risiko kesakitan pada bahagian otak lain tapi sangat membantu untuk mengurangkan gejala tumor. Dan selepas lakukan rawatan membuang tumor, pesakit memerlukan rawatan berkala selama beberapa tahun untuk memastikan tumor tidak kembali. Oleh kerana otak sangat sensitif, rawatan membuang kanser sedikit sebanyak mengganggu aktiviti normalnya. Pn. Yara mungkin memerlukan pelbagai terapi untuk mengembalikan fungsi normal otak. "

Terang Doktor Amira lanjut.

Pn. Yara masih boleh diselamatkan. Tumor dia baru di tahap 2. Jadi takada masalah untuk merawatnya.

" Jadinya tumor isteri saya boleh dibuang ? Dia masih boleh terus hidup ? "

Tanya Haziq. Mencari secebis harapan.

" Ya boleh. "

Doktor Amira tersenyum sebaik melihat Haziq meraup muka berkali-kali tanda syukur kepada tuhan.

" Kita tunggu Pn. Yara sedar dulu. Kemudian kita buat beberapa pemeriksaan dan lepas tu, kita boleh jalankan pembedahan untuk membuang tumor dia. "

Haziq mengangguk kepala. Dia berdiri lalu mengucapkan terima kasih kepada Doktor Amira.






_____________________

Abang Matin, You're Killing Me !  ( ON GOING )Where stories live. Discover now