Majlis resepsi Haziq dan Yara berjalan dengan lancar. About her tux, semua orang tak kisah pon termasuklah Pn. Halis. Takadalah sampai dia melenting bising ke hape. Dia takada rasa nak marah pon. Dia happy je tengok Yara. Harini hari bahagia satu-satunya anak perempuan dia. Takkan dia nak marah-marah pula pasal hal kecil macam tu. Lagipun Yara nampak selesa, okay and perfect je dengan tux tu. So, dia takada masalah.
Ramai juga tetamu yang hadir. Semuanya kenalan Haziq dan Yara. Termasuklah kenalan En. Iskandar dan Pn. Halis. Paling kurang ada 1000 orang yang datang. Nasiblah diaorang buat dekat hotel. Memang ruang yang ada cukup besar.
Yara terpisat-pisat. Dia menggosok kedua biji matanya. Tiba-tiba tangannya dipegang.
" Jangan buat macam tu. Sakit mata tu nanti. "
Husky suara Haziq. Baru bangun tidurkan. Biasalah. Yara menoleh ke kanan.
Yara tersengih ! Dia terus alihkan tangan dari matanya lalu ditampar muka Haziq dua kali.
" Adoiii ! "
Lagi lebar sengihan Yara.
Dia tak mimpi ! Memang Haziq depan dia sekarang ni. Atas katil king dia. Baring sekali dengan dia. Hehehe. Yara tiba-tiba merapat ke arah Haziq. Menempel dengan Haziq.
Haziq jeling je ! Sakit pula hati aku ! Pagi-pagi buta macam ni bukannya dapat morning kiss ke apa ke. Penampar yang dapat !
" Sakit ke ? Hahahha. Maaflah. Saya cuma nak pastikan je yang ni memang awak. Hahaha. "
Ujar Yara. Dia menggesel mukanya di atas dada Haziq. Dah macam kucing gatal.
" Haish kau ni. Macam-macamlah. "
" Dahtu ? Tak reti nak bangun ke ? Subuh dah nak masuk ni ! "
Yara mencebik. Malas nak bangunlah. Rasa nak baring je peluk Haziq macam ni. Hehehehe. Sebelum ni tak boleh sangat nak buat perangai macam ni. Sekarang dah boleh dah ! Hahahaha.
" Alaaaa sekejaplah. "
Rengek Yara. Dia menyembam muka di abs Haziq. Puas dekat dada, dekat abs pula.
Haziq layan je. Dia usap lembut kepala Yara. Takpelah. Layan je dulu kerenah budak pendek ni. Baru pukul 5:10 pagi. Subuh pon belum masuk lagi. Haziq pejam mata sambil sebelah tangan mendakap tubuh kecil genit Yara. Nak rasa kehadiran Yara. Nak rasa Yara dalam pelukan dia.
Haziq rasa inilah perkara yang paling bahagia berlaku dalam hidup dia selepas kepergian kedua orang tua dia dan cita-citanya tercapai. Dia tak pernah rasa sebahagia ni. Tuhan beri dia peluang lagi. Syukran ya Allah ! Haziq tak henti mengucapkan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Haziq hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan. Dan Alhamdullilah. Semuanya berjalan lancar.
Yara dah sah jadi isteri dia !
Haziq tak tahu nak gambarkan kegembiraan dia macam mana sampaikan dia mengalir air mata sewaktu melihat Yara sedang lena dibuai mimpi. Dia terjaga jam 4:30 pagi tadi. Awal lagi dia dah bangun dan cuma berbaring menghadap Yara. Dia memang rasa macam heaven gila.
" Kruuuu ~~~ "
Haziq berkerut. Bunyi apa pula ?
Dia tunduk pandang perut dia. Tempat Yara berbaring tadi. Yara sedap tidur semula dengan mulut ternganga sikit.
" Kruuu ~~~ "
Haziq berdecit lalu ketawa kecil. Dengkur si pendek ni rupanya. Aku ingatkan bunyi apalah tadi. Haziq tarik bangs Yara. Yara berkerut sambil menggumam.