Haidar mengeluh. Telefon bimbit digenggam erat. Ikut rasa hati nak je dia campak ke dinding. Marah punya pasal. Tapi rugi pulak. Penat dia kumpul duit nak beli ipong ni. Haih.
" Haziq cakap apa ? "
Haidar tersentak mendengar pertanyaan kakakknya.
Yara dah sedar tiga hari yang lalu. Tak sampai 5 jam selepas dibedah, dia dah sedar. Dan sekarang masih dalam pantauan. Mungkin lagi berapa hari or minggu dia dah boleh keluar hospital.
" Abang Haziq cakap dia tak dapat datang harini. Dia ada hal. "
Yara senyum segarit. Dia kembali membaringkan badannya semula. Dia berkerut muka bila terasa sakit kat kepala sewaktu kepalanya kena bantal. Dia tak kisah sangat kalau Haziq takde teman dia di hospital. Dia pon dah okay. Dia cuma terkilan.
Terkilan !
Dah dua hari Haziq tak datang jenguk dia. Dia cuma jumpa Haziq sekali sahaja waktu dia sedar lepas pembedahan. Esoknya Haziq takde. Busy. Ada hal katanya. Yara relaks je. Its okay. Haziq dah lama teman dia di hospotal. Tapi harini pon Haziq takde lagi.
" Kau okay tak yong ? Ke hg ada sakit kat mana-mana ? "
Tanya Haidar apabila nampak muka berkerut Yara. Risau dia.
" Okay okay. Sikit je. "
Yara memejamkan matanya dan beberapa saat kemudian dia kembali mencelikkan matanya.
Haidar melabuh punggung di atas katil Yara. Dia memegang tangan Yara. Dia usap lembut. Waktu dia dapat tahu Yara kena bedah, terkejut gila babi dia. Dia ingatkan Yara tak apa-apa. Sekali Haziq jelaskan, baru dia tahu kakak kesayangan dia ni menghidap tumor otak. Rasa nak meraung sekuat hati je.
Nasiblah kakak dia masih diberi kesempatan dan peluang untuk terus hidup. Kalau Yara pergi, tak tahulah dia jadi apa. Yara lah kakak, Yara lah abang dan Yara lah kawan dia dunia akhirat. Susah dia, senang dia, kecewa, marah, sedih dia, semua dia kongsikan dengan Yara. Yara tempat mengadu, tempat dia berlindung. Tempat dia bermanja. Rasa macam Yara tu dah jadi tempat bergantung dia.
" Aku rindu nak dengar kau gelak. Rindu nak dengar lawak bangang kau. Rindu nak dengar celoteh kau. Rindu nak dengar kau membebel dekat aku. Rindu nak tengok kau mengaruk. Rindu nak bergusti dengan kau. Rindu ah semuanya. Aku rindu gila yong. "
Yara tersenyum mendengar luahan Haidar. Dia membalas genggaman Haidar.
" Kau pucat. Tak bermaya je muka kau. Aku tak tenang tengok kau macam ni. Kau lembik macam ni buat hati aku sakit. "
Sayu je Haidar bersuara.
" Kau ni. Relakslah. Aku tak apa-apa dahlah. Lagi berapa hari, aku keluar lah dari sini. "
Yara cuba tenangkan Haidar. Adik dia ni memang berdrama kuat. Padahal dia tak apa-apa pon. Cuma sakit sikit. Mungkin bekas pembedahan tu. Tu je.
_____________________________
2
Nasib menyebelahi Yara apabila talian berjawab. Dia duduk menyandar dengan telefon dilekap di telinga.
" Helo "
" Ya . Kenapa ? "
" Bila awak nak datang sini ? Saya bosanlah duduk lama-lama dekat sini. Rasa nak me -- "
Yara mula berceloteh membebel. Dia tak betah duduk sini berlama. Dah seminggu dia di sini.
" Aku tengah busy ni, Yara. "