Kandungan Yara sudah masuk 3 bulan. Perutnya dah nampak sikit membonjol ke depan. Haahha. Haziq rasa excited gila nak tunggu perut tu lagi besar sebab nanti mesti Yara nampak comel macam penguin. Haahhaa. Muka Yara pon dah nampak tembam. Mana taknya, asyik makan je kerjanya. Tapi yang bagusnya, dia takdela mengidam sangat. Sesekali je. Tak susah Haziq. Cuma tulah. Selera makan Yara memang dah bertambah. Hidangan untuk dua orang, dia makan sorang.
" Woah ! Apahal kau makin tembam ni doe ? "
Jad, Toya dan Alibu sekarang berada di Kuala Lumpur. Tinggal di rumah ibu bapa Yara. Cuti semester. 5 bulan pulak tu cuti. So, dorang decide nak ajak Yara jalan-jalan sebab dah lama tak jumpa. Rindu. Masa mula-mula dapat tahu Yara mengandung, dorang memang happy gila. Sampaikan tiga-tiga menangis masa video call tu. Yara dan Haziq cuma ketawa je. Hahhaaa kelakar.
Yara yang tengah membelek buku menu tersentak. Dia terus mengongak memandang Jad. Bulat mata dia. Toya dengan Alibu dah tepuk dahi. Apa bangangnya si Jad ni. Eeeyyyy. Dua-dua rasa nak bunuh je Jad ni sekarang. Jad dah tak keruan. Dia toleh pandang Toya dengan Alibu. Toya buat isyarat dengan jari telunjuk membelah leher ' kau nak mampus ? '. Dia toleh pandang Alibu pula. ' kau memang tempah maut. Ishhh '. Jad dah gigil. Dia pandang Yara semula dan tersengih.
" Errr hehe aku gurau je. Aku nak cakap yang kau nampak makin comel sejak pregnant ni. Hehe. Haa cepat order. "
Cepat-cepat dia coverline balik. Kalau tak, memang naya lah Jad kena. Haahhha. Yara memang tak banyak menyusahkan Haziq. Maksudnya tak mengidam benda-benda pelik or minta macam-macam. Cumanya, Yara too sensitive. Cepat koyak. Tak boleh buat slek sikit.
" Ermmm. Aku nak nasi goreng kampung dengan telur dadar. Lepastu nak keropok lekor satu set dengan udang goreng tepung satu set. Lepastu nak sup tulang satu. Pastu nak air teh ais dengan air suam. "
Jad, Toya dan Alibu tercengang. Bapak banyak ! Weh kau mencekik ke melantak duh !? Tapi dalam hati jelah. Tak berani nak cakap. Ada terbalik meja makan ni kang. Jad hanya mengangguk faham. Selesai mengorder semua, mereka mula berbual. Haziq tak mengikut sebab ada latihan di gym. Tapi susah jugak si dingin nak kasi lepas Yara ikut 3 orang teruna tu. Macam-macam benda dipesan. Redha je dorang mendengar.
" Agak-agak perempuan ke lelaki eak ? "
Tanya Toya seraya merenung perut Yara. Yara yang tengah makan ice cream terhenti. Dia menjungkit bahu tak tahu. Mana nak tahu jantina. Belum boleh tengok lagi.
" Kalau dia perempuan, aku harap dia jadi selembut perempuan. Bukan macam mak dia. Tak serupa perempuan. "
Selamba Alibu mengutuk. Yara terus masam muka. Dia bangun dan ditarik rambut Alibu sekuat hati. Menjerit-jerit orang tu. Sakit. Orang lain tengok je gelagat mereka, tapi langsung mereka tak endah. Toya dengan Jad dah gelak terbahak-bahak. Padan muka kau ! Hahahahaha.
" Biarlah. Yang penting dia mesti cantik comel macam aku. "
Yara mencebik seraya duduk kembali di atas bangku. Sambung makan aiskrim balik. Alibu dah meraup rambutnya. Betulkan balik. Habis dah serabai gara-gara mak buyung tu. Eeeyyy. Geramnya titew. Nanti takde awek nak ngorat bila tengok dia serabai-serabai.
" Kau ni Yong. Janganlah garang sangat. Tak elok tahu. Kau tu dahlah mengandung. "
Nasihat Toya. Yara terus berair mata pandang muka Toya. Toya dah eh eh. Kau dah apahal ttbe nak menangis ni !? Aku cakap je pon.
" Ja-anganlah ma - arah aku. Ak -u manalah ta -ahu kenapa aku as-ik nak m -marah je. "
Yara lap air mata dia. Aiskrim terus dia buang. Tak selera dah nak makan. Dia bangun dan berlalu pergi. Dia manalah tahu. Dah dia nak marah, nak buat macam mana. Dia pon tak tahu kenapa. Sejak dia pregnant ni, sensitif betul. Jad, Toya dan Alibu cepat-cepat mengejar. Memang seharian masing-masing pujuk Yara. Nasiblah terpujuk.
" Barang apa lagi nak cari ni ? "
Tanya Haziq sambil menolak troli. Troli dah penuh dengan barang basah, kering, rempah ratus semua.
" Tinggal nak cari pinggan kertas dengan cawan kertas je. Yang lain semua dah ada. "
Jawab Yara seraya melipat kertas list barang yang ditulis Pn. Halis. Depan belakang penuh dengan tulisan.
Malam ni nak buat kenduri kecil sikit. Sempena Yara mengandung. Jadi, tak ramai yang dijemput. Cuma saudara mara dan kawan terdekat je. Cucu pertama dah on the way. Siapa je tak teruja. Pn. Halis lah paling teruja. Semua dia siapkan. Masak pon dia nak buat sendiri. Teruja sangat. Mengalahkan masa Yara nak kahwin.
Yara terus menyandar sebaik masuk ke dalam kereta. Haziq masih di luar. Tengah masukkan barang dalam bonet kereta. Selesai masukkan barang semua, baru dia beralih ke tempat pemandu. Haziq pandang Yara di sebelah. Dahi Yara berpeluh. Dadanya pon jelas kelihatan turun naik. Keletihan sangat nampaknya.
" Penat sangat ke ? "
Haziq seka peluh di serata dahi Yara. Yara cuma mengangguk dengan mata terpejam.
" Lenguh tak kaki ? "
Haziq urut lembut paha Yara sampai ke betis. Kesian dia tengok. Ni baru sikit. Belum lagi masa perut Yara besar gedabak. Nak berjalan pon penat agaknya.
" Ermmmmmm "
Yara mengeluh sedap. Hilang sikit rasa lenguh dek urutan Haziq. Mungkin dia banyak berjalan harini. Dari pagi dia dah keluar dengan 3 ekor pepijat tu. Tengah hari ni pulak keluar dengan Haziq. Memang tak berehat dia satu hari.
" Tulah. Tadi biy dah cakap tak payah ikut. Awak tu pregnant. Baru balik, dah nak ikut orang pulak. Harini satu hari baby tak berehat kan ? Haishhh. Kalau jadi apa-apa nanti susah tahu tak. Balik ni, awak terus rehat. Tak payah mengada nak tolong bagai. Yang lain ada boleh tolong. Asal biy nampak muka baby dekat mana-mana, dapur ke dekat khemah ke, tahulah nanti. "
" Ya ya. I love you too. Dah. Bawak kereta cepat. "
Krik krik. Ada aku cakap i love you ke tadi !? Haziq berkerut memandang Yara di sebelah. Eeeyyy rasa nak gigit je. Geram tahu geram. Orang risau dekat dia. Baru mengandung 3 bulan, tapi perut tak nampak macam 3 bulan pon.