Haziq memandu tenang sambil jari telunjuknya mengetuk stereng kereta mengikut rentak lagu. Dia mengeluh perlahan apabila melihat kesesakkan lalu lintas di tengah bandar. Badan dah letih, kena hadap trafic jammed pula. Haziq menguatkan volume radio.
Yara disebelah hanya membatukan diri. Fikirannya merawang ke lain. Ralit memerhati pemandangan di luar tanpa sedikit pon menoleh ke arah Haziq. Kepala disandar ke tingkap kereta. Setiap kali di jalan tak rata, kepalanya akan terhantuk. Tapi langsung tak menjejaskan dia dari terus statik begitu.
Sampaikan Haziq risau. Bengkak juga kang kepala tu. Dia menarik badan Yara ke arahnya. Yara masih tak memandang Haziq. Hanya badan saja yang bergerak. Yara menyandar di kerusi, kepala berpaling ke kanan. Haziq pon malas nak layan. Taknak pandang sudah. Kau yang rugi tak dapat tengok muka aku nanti !
Hampir 1 jam 30 minit mereka di atas jalan, akhirnya sampai ke hotel. Yara terus melulu keluar. Pintu kereta dihempas kuat. Peduli ah kereta siapa pon. Laju dia berjalan masuk ke hotel. Haziq sudah terpinga-pinga. Dari dekat restoran tadi Yara hanya membisu. Satu words pon tak keluar dari mulut comel dia tu. Eh eh comel !? Grrr
Haziq mengunci kereta terlebih dahulu sebelum mengejar langkah Yara. Haziq nampak Yara masuk ke dalam lif nombor 3. Pantas dia berlari dan menjerit stop ! Stop ! Pintu lif kembali terbuka. Hanya ada 4 orang sahaja di dalam lif tersebut termasuk Haziq sendiri. Haziq melemparkan senyuman kepada mat salleh yang menolongnya menghalang pintu lif.
Yara mendongak. Nampak muka Haziq terus dia berpusing ke belakang. Membelakangi pintu lif. Statik aja memandang dinding lif. Haziq berdiri di sebelah Yara. Tak lepas dia memandang Yara. Yara hanya buat tak tahu. Dia perasan dari ekor matanya.
" Apa masalah kau ni ? "
Tanya Haziq seraya memeluk tubuh memandang wajah tak berperasaan Yara.
Yara buat tak dengar. Panas hati Haziq melihat. Dia tak suka macam ni. Like this situation. Yara almost 3 hours tak bercakap dengan dia. Dari restoran sampai sekarang. Dia tak suka Yara terusan membisu macam ni. He dont know why but he hate it. Dia nak dengar suara Yara even satu patah perkataan.
Entah kenapa desperate sangat nak dengar suara Yara ! Sebelum ni berdoa bukan main nak suruh Yara jangan muncul lagi depan dia.
" Aku cakap dengan kau ni budak ! "
Ujar Haziq. Nadanya sudah berubah keras.
Haziq sakit hati, geram, benci and menyampah sebab Yara langsung taknak buka mulut apatah lagi nak memandang dia. What the hell is wrong with her ?
Mia, Opy dan Jake tak terus pulang ke hotel. Selepas makan, mereka bertiga membuat keputusan untuk bersiar-siar di sekitar bandar maju ini. Haziq buat keputusan untuk tak join sekali sebab dengan keadaanya yang masih letih dan mood angin monsun si Yara.
" Damnit ! Cant you fucking tell me Yara Nur Qistina !? "
Bentak Haziq seraya menarik badan Yara ke arahnya dan dipusing menghadap wajahnya.
Tersentak pasangan orang putih yang berada bersama mereka. Mereka berbisik antara satu sama lain sebelum menekan button tingkat 69. Padahal awalnya mereka ingin naik ke tingkat 72. Mungkin mahu bagi privacy pada Yara dan Haziq.
Ting !
Pasangan tersebut terus keluar meninggalkan Haziq dan Yara. Haziq masih cuba mencari wajah Yara tapi Yara masih menunduk. Tanpa sedar Haziq mencengkam kuat bahu Yara.
Yara mengetap bibir menahan. Matanya berair kerana menahan kesakitan di bahu dan hati. Tunggu masa nak jatuh je. Tapi dikawal sebaik mungkin. Dia taknak nampak cengeng depan Haziq. Walaupun hakikatnya dia memang cengeng bila dengan Haziq.