Holla readers tersayang ! 😚 HAAHHHHHAAAA. Dah lama rasanya aku tak update. Iya dok ? Jawablah aku tanya ni 😬 HAAHHHHA. Nah aku update untuk kauorang semua. Even takada masa. Aku usahakan juga. Semata-mata untuk kauorang tau ! Sayang author tak ? HAAHHHHAA 🙊😙
___________________________________
Dah 2 minggu, umat Islam telah berpuasa. Tinggal seminggu lebih je lagi nak sambut hari raya. Jalan raya dah mula sesak. Mall pon dah sesak. Orang sibuk berbelanja. Kalau berbelanja lewat, bilanya nak prepare hal-hal kat rumah kan ?
Yara memang dah totally fine. Memang setiap malam Haziq akan facetime dengan dia. After Hazia balik dari fight lah. Memang nampak lebam-lebam semua. Yara dah tercebik-cebik tengok. Kesian tengok Haziq. Nak ubatkan tapi Haziq jauh. Nak suruh Haziq stop fighting but itu passion Haziq. Dia tak boleh sesuka hati nak Haziq berhenti.
Haziq go kena pujuk Yara. Cakap baik-baik. Yang dia tak apa-apa. Dah biasa babe. Dia kena tenangkan si budak pendek tu. Haihlah budak pendek manja ni. Haziq tak decide lagi bila nak stop. Sebab itu memang minat dia dari kecil. Dia nak achieve goals dia. Nak jadi fighter. Nak harumkan nama negara. Nak banggakan arwah mak ayah dia. Nak bangga dengan diri sendiri.
Memang tengok macam rugi sebab sanggup berhenti kerja dekat syarikat terkemuka sana. Nak lagi jawatan bukan jawatan arkitek biasa. Tapi ketua arkitek. Ketua lah weyh. Dia ambil course tu masa sambung U pon, jadi side je kononya. Kalau dia tak dapat teruskan kerjayanya sebagai fighter, dia dah ada satu lagi pekerjaan yang menjamin masa depan dia.
Tapi rezeki dia, baru berapa bulan kerja dekat situ, dia terpilih untuk MMA. Memang happy gila babi ah Haziq masa tu. Setahun juga dia tunggu. Dari umur dia 20 dia tunggu. Dia nak habiskan belajar dulu dalam pada masa yang sama dia keep training. Nak fit kan badan. Jurulatih Kim yang menolong dia. Dari bawah sehinggalah dia jadi seperti sekarang. Fighter yang digeruni fighter dari negara yang lain. Yang ditakuti dan dikagumi.
Bos di syarikat yang dia kerja tu pon baik orangnya. Dia berat juga nak lepaskan orang berbakat macam Haziq. Haziq boleh beri keuntungan untuk syarikat dia. Semua kerja Haziq kemas dan smooth je. Cantik je. Sebab itu, dia bagi jawatan ketua di bahagian arkitek pada Haziq walaupun baru berapa bulan Haziq kerja di situ. Sebab Haziq ada kelebihan dia yang tersendiri. Semua design dia memang gila bapak lawa ah. Kreatif and unique at the same time.
Dia juga mengalu-alukan kedatangan Haziq ke syarikat tu. Dia cakap bila-bila masa Haziq boleh bekerja dekat situ lagi kalau Haziq dah berhenti dari dunia fighting. Dia terima je Haziq. If Haziq nak kerja dekat situlah. Haziq berterima kasih dan dia cakap yang dia akan peetimbangkannya lain hari.
" Aku sebenarnya macam ada rasa something lah. "
Ujar Yara tiba-tiba. Sara yang sedang meniarap di atas karpet bulu-bulu gebu tu sambil tengok movies dekat iflix dalam lappy terus mendongak memandang Yara.
Yara meniarap juga. Dekat bahagian hujung katil. Tadi dia layan juga Sara tengok movies, tapi sekejap je. Dia sibuk berbual dengan Haziq. Haziq free belah siang harini sebab dia dah nak balik Malaysia. Hooray !
" Apa ? "
Sara stopkan kejap movies yang dia tengah tengok.
" Aku rasa macam ada orang perhati akulah. Tapi bila aku tengok-tengok, tak ada pon. Weird la doe. "
Cerita Yara. Sara dah berkerut. Perhati ?
" Kena perhati macam mana tu ? Like ada orang dok usya kau or what ? "