Hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Rumah En. Iskandar mula penuh dan riuh rendah dengan penghuni yang ada. Kawan-kawan Yara iaitu Jad, Toya dan Alibu. Termasuk Haziq dan Sara. 3 ekor beruk tu memang dah jadi kebiasaan diaorang. Setiap sambutan hari raya, diaorang akan ke rumah Yara sebab masing-masing anak yatim piatu. Tak kisahlah sambut hari raya aidilfitri ke aidiladha ke.
2 hari lagi hendak raya, mesti diaorang bertiga dah datang menginap di rumah En. Iskandar. Diaorang tolonglah apa yang patut. Tolong Pn. Halis berbelanja barang untuk masak pagi raya. Tolong cari pelita bagai dengan lampu yang lip lap lip lap tu. Nak cantikkan rumah kononya. Hari raya kan. Nak meriahlah. Bukan datang saja je.
Pn. Halis yang mula mengajak mereka semasa di bangku sekolah lagi. Dia sendiri yang jemput 3 orang tu di rumah anak yatim. Dia minta izin dengan warden asrama tersebut nak bawa Jad, Toya dan Alibu pulang sementara untuk sambut hari raya bersama. Nasiblah warden tu baik. Dia pon dah kenal dengan Pn. Halis. Terutama sekali Yara sebab Yara suka datang menyemak dekat asrama anak yatim.
Lama kelamaan dah jadi kebiasaan. Memang setiap tahun akan begitu. Keluarga Yara bukannya besar mana. Cuma 4 beranak je. Jadi terasalah sunyi sikit. Saudara mara semua datang ke rumah En. Iskandar pada hari raya kedua. Sebab hari raya pertama, di rumah masing-masing atau mertua. Jadi dengan adanya budam bertiga tu, takadalah terasa sunyi sangat. Nak pula 3 orang tu macam beruk terlepas. Memang kecoh nak mati ah.
Haziq pula, En. Iskandar yang menjemput. Sehari sebelum malam raya, Haziq dah datang bertandang. Dibawa segala pakaian dan perkakas dirinya sebab En. Iskandar ajak menginap di rumah. Jadi, dapatlah sambut pagi raya bersama-sama. Haziq kan anak yatim piatu juga. Tu yang En. Iskandar ajak sekali. Lagipun Haziq bukan siapa-siapa. Teman lelaki anak dia. Jadi dia tak kisah.
Haziq segan juga. Baru berapa bulan dia kenal dengan Yara tapi keluarga Yara layan dia baik sungguh. Naik malu pula dia. Terharu pon ya juga. Haziq memang dah lama tak rasa nikmatnya hari raya. Dia dah biasa hidup sendirian. Orang sibuk sambut hari raya tapi dia sibukkan diri dengan training. Itupun dia pergi beraya ke rumah oppy dan Jake. Makan-makan, borak-borak then balik. Itu je.
Haziq perhati je keadaan laman rumah Yara yang sedang kecoh saat ini. Malam ni merupakan malam raya. Esok dah raya. Dia tengok Jad, Toya dan Alibu yang sibuk berkejaran antra satu sama lain dengan memegang bunga api. Haziq geleng kepala sambil ketawa je tengok diaorang. Macam budak-budak. Yara pula sibuk kacau Haidar ddan Sara dengan mercun naga. Dibalin ke arah Haidar. Bertempiaran budak tu lari.
" Diaorang tu memang macam tu setiap kali berkumpul. "
Haziq yang sedang menyandar di kerusi tersentak mendengar suara En. Iskandar. Pantas dia bangkit.
" Eh ! Pakcik. Duduklah. "
En. Iskandar tersenyum seraya mengangguk. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Haziq.
" Masing-masing dah besar tapi tak pernah berubah. "
Haziq hanya diam mendengar. En. Iskandar tersenyum memandang ke arah Jad, Toya, Alibu, Yara dan Haidar yang sedang berkejaran bergurau senda.
" Yara tak pandai nak bergaul dengan orang. Dia tak tahu nak buat kawan. Sebab tu dari dulu sampai sekarang, dia cuma ada budak bertiga tu je kawan dia. "
" Diaorang pon macam kamu juga. Anak yatim piatu. Bezanya diaorang dari kecil dah hilang mak ayah. Tak pernah tahu muka mak ayah diaorang. "
Haziq pandang En. Iskandar yang ralit memerhati Yara dan yang lain.
" Pakcik berterima kasih dengan kamu sebab terima Yara dalam hidup kamu. Pakcik bersyukur sangat sebab ada juga lelaki yang nak dekat dia. Dengan perangai tak semenggah tu. Hahahhhaa. "