Prolog🌸

8.2K 165 7
                                    

Hujan pada pagi itu sangat lebat,aku terlalu tidak tahan sehingga teresak esak.Ayah pula bermurung diri,tidak berkata apa-apa selain menangis.Kesian ayah,ibu meninggalkan kami berdua selamanya.Nenek mengusap belakangku,membisikkan bacaan ayat suci Al Quran supaya tenang.Aku memeluk nenek tanpa berkata apa-apa.
"Cu,nek tahu cucu nek ni sedih,sabarlah,kita yang hidup teruskan hidup," Nenek berpesan.Aku hanya mengangguk.Aku perlu kuat menghadapi semua dugaan ini.Aku perlu tunjuk dekat ayah yang aku kuat,barulah dia kuat.
Usai jenazah ibu disolatkan,jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.Aku mengalirkn air mata lagi.
"Arissa,ibu sayangkn Arissa sangat-sangat,tau.Nanti kalau ibu takde,Arissa tolong jagakan ayah untuk ibu ye sayang.," Itu kata-kata ibu yg aku ingat.Kata-kata yang takkan aku lupakan.'Ibu.. Arissa sayang ibu,lebih dari segalanya.Tapi,Tuhan lebih sayangkan ibu berbanding Arissa dan ayah,semoga tenang disana,' Hati kecilku berkata.Aku seperti tidak percaya apa yang berlaku.Apakan daya,Tuhan telah mengatur segalanya.Itu mungkin yg terbaik.

Aku tabahkan diri,melihat ayah yang masih bermurung walaupun sudah 6 bulan berlalu.Hari ini aku mendapat keputusan SPM.Aku bersiap.Contact name Mayra aku type kan di screen telefon.Mendail nombornya.

Tut..tutt.. Tutt.. Tutt..

"Hello,Arissa,"Mayra menjawab panggilan aku.

"Mayra,kau siap dah ke belum? Aku siap dah ni,aku pergi rumah kau ok?"

"Aku siap dah pun,mai laa,"

Aku menamatkan berbualan dengan memberi salam.Aku keluar dari bilik,menuju ke arah nenek yang berada di dapur."Nek,Arissa nak pergi sekolah ni," Nenek menoleh ke arahku.Ditangannya memegang sebilah pisau pemotong sayur,disebelahnya ada beberapa jenis sayur dan ada sepaket perencah tom yam.Sedapnya."Nak pi dah? Ya lah, pi elok-elok," Nenek berasal dari Perlis,jadi dia berdialek utara.Aku bersalam dengan nenek."Doakan Arissa ye,nek,"Nenek mencium pipiku.Nenek mengangguk.

"Ayah, Arissa nak pergi sekolah dah ni," Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.Ayah hanya mengukir senyuman tipis,menghulurkan tangannya.

'5A 4B'.Alhamdulillah,syukur.Walaupun aku tidak dapat target yang diingini,aku tetap bangga.SPM ni bukannya sesenang zaman dulu,sekarang ni KBAT dan sebagainya.Biasalah zaman maju,era globalisasi.

"Ayahh! Nenek!" Aku berlari menuju ke arah mereka yang sedang berbual di pelantar luar rumah.Keempat-empat pasang mata itu melihatku.
"Awat,awat?" Nenek menyoal dengan kalutnya.Aku tersengih."Arissa... Dapat.. 5A 4B!!!" Aku memberi slip SPM kepada ayah.Ayah mengukir senyuman,kali ni lebih lebar senyumannya."Alhamdulillah,pandai anak ayah ni,syukur kepada Allah,"
Ayah memeluk erat tubuhku.Terdengar tangisannya,tangisan kebanggan.Aku turut mengalirkan air mata,terharu."Baguih la cucu nek sorang ni," Nenek mengusap kepalaku.Terima kasih Ya Allah.

Selang beberapa bulan,lebih kurang 2 bulan lebih,aku mendapat tawaran sambung belajar ke Universiti di KL.Yeayyy!! Dah lama aku tak balik ke sana.Ayah membenarkan aku pergi,begitu juga nenek yang sentiasa menyokong aku.Syukur atas apa yg diberi oleh Tuhan.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now