Bab 30🌸

1.6K 61 4
                                    

"Pak cik,saya duduk lama sikit lah ye kat sini sebab ada banyak hal lagi ni,hehe." Luth menggaru kepala yang tidak gatal.Ayah memandangnya lalu berkata "Alah, duduklah lama mana pun bukannya ada sesiapa kat sini.Ada pakcik dengan Nenek ja."
Luth hanya mengangguk.

Ketika sedang berbual,telefon ayah berdering.Siapa lagi yang telefon kalau bukan aku.

"Assalamualaikum,ayah" Aku memberi salam.

"Waalaikumsalam,ada apa ni?" Tanya ayah.

"Takde apa,saja la call ayah.Yela nak tanya sihat ke tidak,nenek sihat ke tidak,ada apa-apa hal ke kat sana.Ke Arissa takleh call dah ayah?" Kata aku kepada ayah.

"Allah,merajuk la ni? Besar - besar pun merajuk lagi? Ayah melawak pun takleh ke?" Ayah tergelak kecil.Aku mencebik bibir.

"Mana ada.Nenek mana ayah? Sihat ke dia?" Aku bertanya tentang nenek.

"Dia pergi rumah mak Mayra,katanya si Mayra tu lari dari hospital." Kata - kata ayah membuatkan aku terdiam sejenak,terkelu.

"Arissa?" Suara ayah menghentikan lamunan aku.

"Umm, ayah Arissa ada kerja nak kena buat ni.Kalau tak sibuk nanti Arissa call ayah okey,bye Assalamualaikum."
Aku terus menamatkan panggilan usai ayah menjawab salam.

Rupanya Mayra dimasukkan ke wad gila.Maksudnya hari tu yang aku jumpa dia,dia lari dari hospital lah?
Hmm.. Kenapa dia ditakdirkan jadi begitu,Ya Allah? Mayra dulu seorang kawan yang sangat suka menasihati aku,yang tak pernah jemu melayan aku dan karenahnya sentiasa aku suka melihat.Aku rindukan dia,aku harap aku dapat berjumpa dengannya lagi.Di sudut benak hatiku memang sentiasa merinduinya,namanya tak pernah lekang dalam doa.Tapi apa aku boleh buat,semua takdir Tuhan.

"Arissa,pakwe kau kat luar tu.Lama dia tunggu." Maya mengetuk pintu bilikku sambil memberitahu aku yang Faurish sedang menunggu di luar.Semasa aku bangun berdiri,aku mengeluh.Entahlah, rasa macam kosong.

"Hei.. Bukan pakwe ok," Kataku selepas membuka pintu bilik sambil mencubit perlahan tangan kananya.
"Eleh, yelah tu.Dia pakai segak tu,nak dating ke awak? Hahaha!" Seronok betul si Maya ni mengusik orang.Haih, kawan bertuah.

"Ishh! Mana ada lah! Suka hati je," Aku menampar perlahan bahunya lalu aku bergegas ke pintu rumah.

Baby
Jangan jangan tinggalkan aku
Baby
Jangan jangan merajuk sangat
Sampai ku tunggu
Sampai kau rindukanku
Sumpah sakit baby i love you

Terkejut aku elok aku keluar ja dari rumah dia menyanyi.Haih,dahla suara macam katak.Aku lupa yang aku merajuk dengan dia.Alahai,silap pulak ku keluar.Aku mengerutkan dahi dan berkata, "So what?"
Faurish menghampiri aku dan menghulurkan sekuntum bunga rose warna merah."Sekuntum je?" Aku masih berwajah serius.

"Sekuntum ni bermakna satu,satu ni bermakna hanya awak je yang saya sayang,hanya awak sorang je yang menjadi cinta hati saya." Kata Faurish sambil tersenyum.Aku menjeling."Satu konon," Nada suara aku tidak berubah.Masih dalam keadaan serius.Dia je yang tersengih-sengih.Bukan elok pun dia tersengih macam tu.

"Apahal datang sini? Saya tak suruh awak datang pun kan," Aku menyoalnya."Lah, dah tak boleh nak datang dah? Hmm.. Takpelah kalau macam tu,saya macam mana pun tak apa." Dia pulak yang merajuk.Aduhai!

Aku tidak berkata apa-apa hanya membelek bunga yang dia bagi.
"Petik mana bunga ni?" Tanya aku kepada Faurish.Aku tahu dia merajuk.Eleh,propa je tu kejap lagi oklah dia.

"Mana ada saya kutip,saya beli tau." Kata Faurish sambil menjeling.Amboi,dia pulak jeling kat kita ni!
"Memandangkan awak jeling kat saya dan awak merajuk dengan saya,awak ambil baliklah bunga ni,bagi kat bakal isteri awak si Tira tu.Bye!" Aku menyelitkan bunga itu kedalam poket baju kemejanya lalu masuk ke dalam rumah.Sengaja aku buat macam tu nak tengok macam mana reaksi si Faurish tu.

"Eh,awak! Awak janganlah! Ok! Ok! Saya tak merajuk dah,awak janganlah merajuk.. Saya gurau je." Mengalah pun dia.Ni kalau tadi dia tak mengalah memang siap la aku kerjakan dia."

Lelaki kalau nak tengok dia betul-betul sayang kat perempuan tu senang je.Kalai dia sanggup mengalah dan turunkan ego dia,means dia dayangkan perempuan tu." Kata Risya dari dalam.Faurish mengangguj setuju.Aku menjeling kearah Risya.
"So what? Dahla awak saya gurau je,meh sini bunga tu saya nak simpan elok-elok." Aku menghulurkan tangan kananku.Faurish memberi bunga itu seraya tersenyum memandang aku.Kalau boleh senyum,sampai telinga.

"Awak,esok awak free tak?" Tanya Faurish.Aku mengangguk."Ok bagus! Jumpa esok tau! Awak pakai cantik-cantik esok pagi saya datang rumah ambil awak tau! Bye!" Katanya dengan penuh semangat lalu bergerak pergi sambil melambai ke arah aku yang sedang menyandar di pintu.
Aku menggelengkan kepala,macam-macamlah dia ni.Nak buat apa la esok.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now