Bab 7🌸

2.6K 65 0
                                    

Kami semua bangun awal disebabkan Mayra yang katanya nak datang ambil barang hari ni.Aku memandang ke arah jam dinding, 8.30 pagi. Pagi ni aku tak ada kelas, lepas zohor nanti baru ada,kelas dengan Prof Zuriaty.

"Dia kata nak datang,kan? Bila nak datang?" Maya menongkat dagunya.Risya membalas " Kejap lagi la kut,"
Maya tidak berkata apa-apa.Aku hanya diamkan diri dari tadi,memikirkan apa sebenarnya masalah Mayra ni.

"Assalamualaikum," Suara Mayra kedengaran dari luar.Aku bingkas bangun dan membuka pintu rumah.Mayra melemparkan senyuman tipis ke arahku.Mukanya sedikit pucat dan lesu.Aku menjawab salam lalu memeluknya.
"Mayra, sampai hati kau!"
 
Mayra membalas pelukanku."I am so sorry,Arissa." Aku menarik lengannya,membawanya masuk.Maya dan Risya menghampiri kami berdua.Mayra duduk di atas sofa,begitu juga aku,Maya dan Risya.

"Kau dah kenapa nak pergi? Kau ada masalah apa? Bagi tahu je la," Maya membuka bicara.Risya mengangguk "Ha'ah,bagi tahulah,Mayra."
Mayra mengeluh.Kami semua menanti penjelasannya.
"Aku.. Emm.. Sebelum tu,aku nak minta maaf tau dekat korang semua,lagi-lagi Arissa sebab aku tak bagi tahu korang aku pergi mana.Sebenarnya,aku mengandung.." Mayra menangis, kami bertiga sangat terkejut setelah Mayra memberitahu bahawa dia mengandung.

"B.. Bila kau.. " Aku seakan tak percaya. " Aku tak sangka dia nak tipu aku.. " Mayra menyambung lagi.

.. Beberapa hari lepas,

"Hai cik Mayra," Seorang lelaki menegur Mayra.Mayra bagai tidak percaya,lelaki itu amat dikenalinya. "Za.. Zarul," Lelaki yang bernama Zarul itu tergelak kecil. " Ye saya, Lama kita tak jumpa kan.By the way, i miss you so much,Mayra."
Mayra mengangguk.Zarul Safuan, ex boyfriend Mayra.Mereka break up sebab ibu bapa Mayra tak bagi dia bercinta.Biaslah,masa tu baru form 4.
Zarul sangat sukakan Mayra,dia sayang sangat dekat Mayra.Setiap hari dia bagi hadiah dekat Mayra sampai aku pun jealous.

"Awak buat apa kat sini?" Mayra menyoal."Saya nak jumpa pak cik saya,dia pensyarah kat sini." Zarul membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Sangat bergaya.Mayra memandang Zarul.
"Ouh, yang mana ya?" Mayra menyoal lagi.Zarul menunjuk gambar pak ciknya melalui telefon.Mayra mengangguk.Prof Hamid, fakulti animasi dan teater

"Malam ni awak free? Saya nak bawak awak keluar, I miss you a lot so i want spend a little bit time with you,may i? " Zarul memandang Mayra.Mayra sedikit gementar,entahlah mungkin lama tak jumpa.Mayra bersuara " Free, rindu saya? Hmm, saya pon.Malam ni awak ambil saya eh," Zarul mengenyitkan mata. " ok,"

Malam tu,Mayra siap cantik - cantik.Yela,nak jumpa ex dy.Mayra langsung tidak mencurigai lelaki yang bernama Zarul itu.Ketika berada di dalam kereta,Zarul meminta Mayra minum air mineral yanv diberinya.Kata Zarul bibir Mayra kering,so Mayra pon minum tanpa ragu-ragu.Sejurus meneguk air itu,Mayra pening-pening lalu tidak menyedadkan diri.

Apabila Mayra sedar,dia berada di atas katil.Betapa terkejutnya dia melihat lelaki yang bernama Zarul itu berada di sebelahnya.Mayra bingkas bangun dan beredar dari situ.Masa tu,Zarul sedang tidur nyenyak.

Mayra menangis teresak-esak."Kawan-kawan aku tak boleh tahu ni,Ya Allah.. Macam mana ni," Mayra berbicara seorang diri.Dia pulang ke rumah sewa seperti tiada apa yang berlaku.Disebabkan takut,
Mayra mengambil keputusan untuk balik ke rumah kakaknya.

Mayra kerap muntah-muntah dan pening.Dia tidak beritahu aku,Maya mahupun Risya.Dia terus pergi ke klinik seorang diri.Patutlah dia tidak bermaya dan tidak masuk kelas.Dalam fikirannya sudah terbayang apa yang doktor akan beritahunya.

"Tahniah,kamu mengandung."

Dan seperti yang dijangkakan,Mayra mengandung.Lelaki itu entah ke mana,dia begitu kesal dengan apa yang terjadi.Dia tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan orang ramai,lagi-lagi keluarga sendiri.

"Sekarang ni korang tahu dah kenapa aku hilangkan diri,aku dah tak boleh belajar,aku kena pergi dari sini.Malu aku dekat semua orang," Mayra mengalirkan air mata.Aku marah sebenarnga dengan Mayra,tapi aku kesian pulak tengok dia menangis macam tu.Tak jadi aku nak marah dia.Lagipun benda dah jadi.

"Dah lepas dah,Mayra.Kau kena tabah,bab kau mengandung ni kak kaj tahu dah ke?" Aku menyoalnya.Mayra mengangguk."Apa nama jantan tak guna tu? Meh aku nak sepak dia!" Maya begitu geram nampaknya.

⭕⭕⭕

Nasi sudah menjadi bubur.Aku pun tidak menjangka perkara ini.Usai solat Zohor, aku bersiap-siap untuk ke kelas.

"Aku pergi dulu,ya" Aku menyarungkan kasut.Aku terkejut kerana ada seseorang yang sedang berdiri di hadapan aku.Aku memandangnya..
Ternyata si Faurish Amier.Mana dia tahu aku tinggal kat sini.Omel hatiku.

"Awak! Buat apa kat sini? Macam mana awak tahu saya tinggal kat sini?" Aku bercekak pinggang.Faurish tergelak kecil."Saya tahu la, ni Faurish okay.Jom," Faurish mengambil beg galas aku dan berjalan meninggalkan aku.

"Hei!!" Aku menjerit.Geram betul dengan laki ni.Sibuk!
"Faurish! Bagi la beg tu!" Aku menampar belakangnya.Faurish mengendahkan aku."Faurish!!" Aku memanggilnya.Faurish masib lagi buat tak tahu.Aku menyepak kaki kiri Faurish. " Aduh!!" Faurish menggosok kakinya yang sakit.Aku mencapai beg yang diletakkan di sisinya.Aku meninggalkan Faurish yang masih beradui di tepi jalan tu.Padan muka!

"Nurin Arissa!" Aku dengar nama aku di panggil, tapi aku endahkan.Ajar sikit si Faurish ni,biarkan dia.Aku tersenyum sinis.

"Cik Nurin Arissa! Amboi bukan main ganas lagi dia hentam kaki kita ni,ye.Sakit tahu tak," Faurish acah seperti sakit yang keterlaluan.Aku mengabaikan lakonannya."Awak, kenapa berlagak sangat ni," Faurish masih mengganggu.Aku mengeluh.
"Diri saya,ikut suka saya la nak berlagak ke apa ke.Asal? Nak kena sepak lagi?" Aku menjeling.Faurish tersengih.Aku menggelengkan kepala,tak faham dengan dia tu.Dah kenapa ikut aku pulak.

Garang betul dia ni,garang pon cute ja.Hati Faurish berkata.Gila tak cute,aku ni mix tau.Hehe.

⭕⭕⭕

Datin Faridah menongkat dagu."Macam mana nak bagi Faurish berkenan dengan si Tira tu kalau perangai budak tu pun macam tu,tapi Datin Dewi tu nak sangat jodohkan Faurish dengan anak dia.Macam mana aku nak bagi dia tak nak kag Faurish?" Datin Faridah mengeluh.Setelah melihat kelakuan Tira hari tu,Datin Faridah langsung tidak berkenan.

"Assalamualaikum,Datin."Datin Faridah terkejut apabila tubuh Datin Dewi muncul dihadapannya."Waalaikumsalam,ada apa ni, Datin?"
Datin Dewi duduk di atas kerusi berhadapan Datin Faridah.Dia tersenyum sinis.Takkan lah dia dengar apa yang aku cakap.Bimbang Datin Faridah.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now