Bab 31🌸

1.6K 65 8
                                    

"Siap cantik-cantik tu nak ke mana,cik Arissa?" Tanya Risya yang lalu di hadapan bilik aku."Entah,aku pun tak tahu." Kata aku ringkas.Yelah betullah aku tak tahu dah si Faurish tu taknak bagitahu.

"Dua hari kita kelas takda,semua cancel sebab lecturer ada program kat mana entah." Kata Maya di ruang tamh yang sedang duduk bersila menonton televisyen.Aku mengangguk faham.

Knock! Knock!

Bunyi ketukan pintu.

"Mai dah tu cik abang.Bagi bunga pulak entah," Sakat Risya.Aku sempat mencubit lengannya ketika lalu di hadapannya.Terdengar jeritan kecil yang keluar dari mulutnya.Padan muka!

Aku membuka pintu,menjenguk ke kiri dan ke kanan.Tiada siapa.Aku mengerutkan dahi."Awak?" Aku memanggil perlahan."Faurish.." Aku memanggil lagi.Maya yang sedang memerhati aku dari belakang,bertanya "Asal wey?" Aku menoleh ke belakang."Takde sapa pun," Aku menutup pintu semula.

Knock! Knock!

Bunyi kali kedua.Aku dan Maya saling berpandangan."Faurish,kau jangan main-main! Kang aku tak bagi kau bawak keluar Arissa baru tahu!" Lantang suara Maya berkata.Geram pulak.Aku membuka pintu semula dengan perlahan tetapi kali ni aku bukak sedikit demi sedikit.Aku menjengukkan kepala,mataku meliar melihat sekeliling.Memang tak ada sesiapa,kereta Faurish pun tak ada.Aneh."Awak,janganlah main-main!" Kata aku sambil melihat ke kiri dan ke kanan.Sepi.

Aku menutup kembali lalu menekan kunci pada tombol pintu.Risya yang tidak tahu apa-apa duduk di atas sofa lalu memandang aku sambil membuat wajah yang hairan."Aik? Tak pergi lagi ke?" Aku menggelengkan kepala.Maya menerangkan kepada Risya apa yang terjadi.Dia mengangguk faham lalu duduk bersila di sebelah Maya,takut.

"Hantu mana ada siang-siang macam ni,beb" Kata Risya sambil memeluk lengan Maya.Maya menepis."Ish! Tak payah la buat macam tu,".Aku mengendahkan mereka berdua dan memerhati dari tingkap.

Ring! Ring!

Telefon bimbitku berdering.Aku melihat pada skrin tertera nama Faurish,aku pantas menjawab panggilan itu.

"Hello! Awak ni janganlah main-main! Maya dengan Risya takut dah tu!" Aku memarahinya."Main-main apa? Saya call ni nak bagitahu yang saya OTW,awak dah siap belum?" Jelas Faurish.Terkelu saat Faurish memberitahu aku begitu.Aku terdiam sejenak.

"Arissa!" Panggilnya.Aku tersentak."Ha?" Terdengar Faurish ketawa kecil."Saya OTW,awak siap dah ke belum?" Tanyanya lembut."Ya,dah." Lalu aku menamatkan panggilan.Tertanya-tanya siapa yang mengetuk pintu itu.

"Kenapa Arissa?" Tanya Maya selepas melihat reaksi wajahku yang lain macam."Bukan dia lah," Aku menggelengkan kepala."Dia OTW," Kata aku lagi.Maya dah Risya saling berpandangan dan mula rasa resah.

Knock! Knock!

Ketukan itu semakin kuat.Aku tidak berani untuk membuka pintu.Maya dan Risya lagilah,langsung taknak dekat dengan pintu.

Kemudian aku terdengar bunyi enjin kereta.Faurish dah sampai! Kata aku dalam hati.
"Assalamua..." Tak sempat dia menghabiskan salam aku terus membuka pintu dan melihat sekeliling."...laikum." Sambungnya.
"Awak ni kenapa?" Tanya Faurish kehairanan."Awak ada nampak tak tadi sesiapa yang ketuk pintu? Baru je tadi tak mungkin orang tu sempat lari." Aku melihat ke kiri dan ke kanan.Faurish menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Orang? Mana ada lah,takde siapa pun." Kata Faurish sambil memandang sekeliling.Kemudian Faurish terpandang ke atas bahagian pintu.Setelah itu Faurish ketawa terbahak-bahak."Awak ni kenapa gelak? Orang tengah serius ni boleh pulak dia gelak.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now