Bab 50🌸

160 7 1
                                    

"Buat apa tu?" Ayah melabuhkan punggungnya diatas kerusi di sebelah aku. Aku memandang ayah sambil tersenyum. "Tak ada apa,saja tengok-tengok mana tahu ada kerja kosong." Aku membuat beberapa carian di laman sesawang menggunakan komputer riba. Ayah mendekatkan sedikit mukanya ke arah komputer riba. "Oh! Sekarang ni dah boleh eh cari dalam ni? Hebat. Arissa nak cari kerja apa?". "Mmm.. Arissa kalau boleh nak cari yang sesuai dengan kelulusan universiti Arissa la,ayah. Cikgu Tadika." Ayah mengangguk faham. 

Ring Ring! Ring Ring!  (Bunyi telefon bimbit)

"Mail! Ni telefon hang bunyi ni! Takmau angkat aku tauk(buang) belah parit!" Mendengar nenek memekik membuatkan aku tergelak kecil lalu mencuit ayah. "Baik ayah pergi angkat, Nanti nek baling dalam parit pulak." "Itulah, ayah pergi ye." Ayah bingkas bangun lalu berlari anak menuju ke arah dapur untuk menjawab panggilan telefon.

"Hello? Assalamualaikum,Luth" Ayah memberi salam terlebih dahulu. Oh! Luth rupanya yang telefon.

"Waalaikumsalam, Sihat ke pakcik?" Luth bertanya khabar terlebih dahulu.

"Alhamdulillah, Macam ni la hari-hari. Hahaha! Ada apa kamu telefon ni?" Tanya ayah kepada Luth.

"Oh.. Takde apa. Saja la saya nak bertanya khabar. Arissa sihat ke? Nek sihat?" Tanya Luth lagi. Macam ada motif je lelaki ni,bukan boleh percaya.

"Nek dengan Arissa sihat je diorang,Alhamdulillah. Aik? Arissa pun nak tanya kat pakcik? Kamu kan sekarang tunangnya Arissa.. Tanya la tuan badannya. Telefon la dia, Ish kamu ni tak gentleman langsung." Ayah sempat menyakat Luth.

"Hahaha! Pakcik ni, Saya saja je tak boleh ke? Oh ni, Minggu depan saya nak ke sana boleh? Rindu la kampung." 

"Lah, Boleh je. Datang la nanti ni jadi laman kamu jugak bila dah kahwin dengan Arissa nanti."

"Laman saya?" Soal Luth sambil tersenyum sinis. Dalam kepalanya dia sudah membayangkan yang tanah itu akan diambil -alih olehnya.

"Iyela, Nanti jadi kampung kamu jugak. Kalau rasa nak datang, Datang je. " 

"Oklah kalau macam tu. Nanti kirim salam dekat Nek ye, Apa-apa nanti saya call lain. Assalamualaikum" Luth memberi salam.

"InsyaAllah, Jaga diri ya. Waalaikumsalam." Ayah menamatkan panggilan.

"Lama cakap,siapa tu?" Aku menerpa. "Luth ni ha, kata dia nak datang minggu depan." Aku hanya mengangguk faham. Aku mendekati nenek yang sedang menumbuk sambal belacan menggunakan lesung batu. "Hello nenek!" Aku mencuit pinggangnya. "Hello from the other side.. Oh yeah! Hello? Sapa ni? Takdak sapa la kat sini.. Eh! Sini!" Nenek melatah. Aku ketawa terbahak-bahak. "Lailahailallah budak bertuah ni! Terkejut nek hang ni cek oi!" Nenek menampar perlahan tanganku. Ketawa aku masih tersisa "Nek pandai ye speaking. Hello from the other side... Hahaha!" Aku mengajuk nenek. "Nek ni dulu zaman-zaman British dulu ni duk cakap dah bahasa omputih ni, " Katanya. " Tu ha.. Hebat tak hebat nek kamu, Arissa." Ayah menyampuk. 

⚫⚫⚫

Luth masih tengah berangan-angan memiliki tanah di kampung tu sehingga tak sedar telefonnya berbunyi. "Luth Harish, Your phone ringing. Angkat, Bising." Puan Sri Lathifah menegur anak lelaki tunggalnya itu. Baru lah dia sedar lalu mengangkat panggilan tersebut. Sebelum itu,dia melihat nama di skrin telefon terlebih dahulu. Tertera nama sepupunya iaitu Tira Tajuddin.

"Yes, What do you want from me Mrs. Faurish?" Luth bersuara terlebih dahulu. 

"Okay! Listen! Mak si Faurish si Datin Faridah,Fajidah,Khadijah siapa tu dah tahu yang I ni mengandung bukan anak Faurish!" Tira bercakap dengan nada yang agak tinggi.

"Datin Faridah. Kenapa boleh tahu? Kau buat macam mana?" Tanya Luth kepada Tira.

"Entahla, Kitaorang tengah gaduh and suddenly orang tua tu datang pulak, Masa tu I terlepas cakap pak sanggup tu." Tira menjelaskannya.

"Jap ni kau kat mana? Nanti dengar lagi yang kau ni bersekongkol dengan aku pulak.Tak pasal-pasal aku tak jadi kahwin dengan Arissa nanti." 

"Don't worry lah, I kat luar ni. I lari dari rumah tu lepak kat luar. Sekarang ni,Luth.. Tolong la i macam mana ni nak selesaikan benda ni! Nanti kalau Datuk tahu habislah I,kena cerai nanti macam mana?" Tira mulai panik dan meminta pertolongan daripada Luth.

"Yang tu kau tak perlu risau,Tira. Faurish tak boleh ceraikan kau. Kau kan mengandung, perempuan mengandung mana boleh diceraikan.Rilek je." Luth menenangkan Tira.

"Yeke? Okay then.Bye!" Tira terus menamatkan panggilan.

"Takguna perempuan ni, tutup macam tu je." Luth memarahi Tira. Matanya menjeling kepada skrin telefonnya. "Siapa tu?" Puan Sri Lathifah bertanya. "Ouh, ni si Tira anak buah mama la siapa lagi." Jawab Luth sambil menonton video di dalam telefon bimbitnya. Puan Sri Lathifah mengerutkan dahi lalu bertanya lagi "Sejak bila pulak kamu rapat dengan Tira? Bukan dulu kamu tak berapa berkenan dengan perangai dia ke, Luth?" Luth terngangam lalu tersenyum kambing seraya bangun dari sofa lalu berlalu pergi. Puan Sri Lathifah hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak faham dengan anak lelakinya itu.

⚫⚫⚫

Siang telah melabuhkan tirai barulah Tira menjejakkan kaki ke dalam rumah mertuanya semula tapi dengan berhati-hati. "Ha.. Bagus tak ada orang. Selamat aku. Hihi!" Tira selepas melihat kiri-kanan dia terus masuk ke dalam rumah menggunakan pintu di bahagian dapur. Ketika dia sedang menjengket kan kakinya dengan perlahan, dia terdengar Faurish berdeham dan suara itu semakin jelas. 'Aduh, aku kena sembunyi ni. Kalau tak habislah aku!' Katanya dalam hati. Cepat-cepat Tira bersembunyi di sebelah almari yang meletakkan pinggan dan gelas- gelas kaca.

Faurish masuk ke dapur dan mencapai gelas kaca yang berada di dalam almari tersebut sambil bernyanyi. "Bau wangi apa ni?" Nyanyiannya terhenti sejurus terhidu bau wangian berhampirannya. Tira menepuk dahinya.Ternyata bau itu datang darinya yang memakai minyak wangi sebentar tadi. 'Mampus aku.. Jangan la datang sini' Katanya di dalam hati. Terlihat bayang-bayang Faurish yang semakin dekat dengannya. Pada ketika itu ada seekor lipas menuju ke arah Tira. Tanpa disedari lipas itu telah berada di atas kaki Tira. Tira yang melihat lipas itu terus terperanjat lalu terlanggar Faurish yang sememangnya hendak berjalan ke arah itu.

"Argh! Lipas! Lipas! Tolong i!" Tira menjerit lalu memanjat badan Faurish. Faurish yang masih bingung terkejut dengan tindakannya dan mencari lipas tersebut. "Mana?! Mana?! Takde pun! I tak nampak pun la!" Faurish berpusing di sekitar tetapi tetap tidak jumpa lipas tersebut. "I tahu.. dekat mana.. lipas tu..." Kata Tira perlahan. Faurish masih lagi mencari lalu bertanya kepada Tira "Mana? Bagitahu kat mana?" "De.. dekat.. Rambut you! Argh!!" Tira melompat dari badan Faurish. Faurish turut menjerit dan keadaan di dapur pada malam itu sangat riuh. Tiba-tiba Tira tergelak besar sehingga keluar air matanya akibat ketawa yang berlebihan. Faurish bingung kenapa Tira ketawa terbahak-bahak."You ni dah kenapa?" Tanya Faurish. "You macam berani sangat tadi, pastu terus gelabah bila ada Lipas dekat rambut you. Hahaha!' Tira masih lagi ketawa.Faurish menjeling dan menyapu-nyapu rambut nya menggunakan tangan riasu lipas masih ada di atas kepalanya.


kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now