Bab 5🌸

2.7K 66 0
                                    

"Baiklah,sampai sini saja class kita.Jumpa kamu semua minggu hadapan,"

Aku memerhati sekeliling.Susuk tubuh Mayra tak kelihatan.Dia ni pergi mana?

Elok saja aku bangun si Faurish memanggil aku.Aku mengabaikannya,Mayra lebih penting dari dia.

"Arissa! Awak nak pergi mana?" Faurish berlari - lari anak ke arah aku yang sedang berjalan menuju ke arah pintu.Aku mengeluh. " Biar la saya nak pergi mana pun,bukannya hal awak,tepi!" aku menolak perlahan bahunya.

Garang.kata Faurish dalam hati.Aku memang garang.Sebaik sahaja Faurish membuka langkah,telefonnya berdering.Dia menjawab panggilan itu.

"Hello,"

"Faurish kat mana? Balik cepat, kawan  umi nak jumpa Faurish,"

Faurish mengeluh panjang,mengerutkan dahinya.

"Faurish ada hal,bye Assalamualaikum," Faurish menamatkan panggilan.

⭕⭕⭕

Datin Faridah tersengih. " Maaf la ye,Dewi.Anak i tak boleh balik,dia ada class la tu,lain kali boleh?"
Datin dewi menjeling lalu berkata " so, u nak i tunggu sampai bila? Anak i nak jumpa dengan Faurish sangat - sangat ni," Datin Dewi memandang anak tunggal kesayangannya yang seakan - akan merajuk sebab tak dapat jumpa dengan Faurish.

"Aunty,why not i je pergi kat Faurish.Kesian Faurish nak balik pulak kan?"
Gadis sunti itu bersuara sambil bermain - main dengan rambutnya.
Datin Faridah mengangguk." Boleh,tapi Faurish kenal ke kamu?"
" mestilah!" Gadis itu mengenyitkan mata.Tingkah lakunya membuatkan Datin Faridah tidak selesa.Sedang Datin Faridah dan Datin Dewi berborak,gadis itu bangun dan berkata
"Aunty,mummy.. I nak jalan jap eh?"
Lalu dia berjalan melilau di sekitar kawasan rumah Datin Faridah.
"Tak la besar sangat rumah dia,biase je," Gadis itu merungut. Dia berjalan lagi,dibenaknya terfikir untuk melihat bilik Faurish.Dia secara senyap senyap naik ke tingkat atas.

"Maybe this is his room," katanya.Dia membuka pintu bilik itu perlahan - lahan.Dia melangkah masuk,menoleh ke kiri dan kanannya.Bau minyak wangi BOSS menusuk ke dalam ronga hidungnya.Bau yang sangat menggoda.Nasib tuannya tiada,kalau ada pasti mencair.

Di penjuru bilik itu terletak almari kecil yang di dalamnya terletak beberapa barang antik yang susah dijumpai.Pastinya dibeli dari luar negara.

"Boring," Gadis itu menguap.Dia memandang disekeliling bilik Faurish dan terfikir untuk melakukan sesuatu.Dia tersenyum sinis lalu membaringkan tubuhnya di atas katil Faurish.Tiba - tiba,

Krekk...

Pintu bilik Faurish dibuka.Gadis itu terkejut dan bingkas bangun.

"Hoii! Apa kau buat dalam bilik aku ni?! Keluarr!!" Faurish memarahi gadis itu.Gadis itu tergagap. "Aaa.. I just.. " Faurish menarik lengan gadis itu dengan kasar. "Mari sini!" Faurish membawanya turun.

"Umi! Apa ni?! Biar perempuan ni masuk bilik Faurish!! Siap baring atas katil Faurish lagi!" Faurish  menengking.Geram.Datin Faridah dan Datin Dewi bingkas berdiri kerana terkejut dengan tengkingan Faurish.

"Tira!! You buat apa kat dalam bilik Faurish?!" Datin Dewi memarahi Tira,gadis yang ingin diperkenalkan kepada Faurish.Ya,Tira yang telah cari pasal dengan aku dekat kafe dulu tu.

Gadis itu hanya menundukkan kepalanya dan tidak berkata apa-apa.Silent mood. "Tira tak sengaja masuk la tu,ye tak,Tira?" Datin Faridah menghampiri Tira,menggusap belakang badannya.Faurish menjeling. " Tak sengaja sampai baring atas katil Faurish?!" Faurish terus pergi meninggalkan mereka.Geram sangat.Dia menghidupkan enjin keretanya dan beredar.

Datin Dewi turut geram dengan Tira.Memalukan betul! Getus geram dalam hatinya." I'm sorry Datin, I tak sengaja nak masuk bilik Faurish.Pasal I baring atas katil dia tu sebab I terjatuh,tersepak bucu katil," Tira membuat muka kesian.Suaranya seakan-akan mahu menangis.Datin Faridah kesian dengannya kerana ditengking oleh Faurish tadi. "It's okay,dear.Aunty tahu kamu tak sengaja.Faurish memang macam tu,dia tak suka orang sentuh barang dia," Datin Faridah memujuknya.

⭕⭕⭕

"Assalamualaikum," Aku memberi salam.Maya membuka pintu dan menjawab salam.Aku terus meluru masuk ke dalam rumah mencari Mayra.Maya yang masih berdiri di hadapan pintu terkebil-kebil melihat aku. "Kau kenapa,Arissa? Macam itik hilang anak je," Aku tidak memandangnya. " Mayra, Mayra hilang!" Aku kelam-kabut.Maya terkejut dan menghampiriku.
"Macam mana kau tahu yang dia hilang?"  .  "Dia pergi dengan aku ke kuliah tadi,tapi dia tak masuk.Sebelum tu dia kata dia nak ke tandas,sampai sekarang dia takde,aku cari merata tak jumpa pun dia," Aku cuba untuk menghubungi Risya,mana tahu dia tahu Mayra dekat mana.

"Hello.. " Suara Risya kedengaran.
         "Risya, Mayra ada dengan kau tak?" Aku menyoalnya.Harap-harap ada.
  "Mayra? Mana ada.Aku nak masuk class ni,bye," Talian dimatikan.
"Hello? Risya!" Tak sempat aku ingin memberitahunya.Aku mengeluh.

Maya cuba menghubungi Mayra tetapi tidak diangkat.Aku dan Maya merancang untuk mencarinya di sekitar Fakulti dan universiti.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now