Bab 34🌸

1.3K 47 12
                                    

Hujung minggu dah pun tiba,aku dalam perjalanan bersama Faurish balik ke kampung untuk meminta restu ayah.Keluarga Faurish sudahpun bersetuju dan memutuskan untuk bertunang dahulu.Aku tak kisah yang penting ayah dan nenek merestui hubungan kami berdua.

"Apalah ayah nak kata nanti,risau jugak." Aku mengeluh kecil."Insya Allah,ayah awak akan setuju.Lagipun keluarga saya dan ayah awak dah saling kenal.Jangan la awak risau sangat."Faurish menenangkan aku dengan kata-katanya.

Beberapa jam kemudian..

"Mail,keqeta sapa tu mai rumah kita.Elok aih keqeta tu,meqelik macam minyak!" Nenek menggamit ayah yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.Ayah dengan muka hairannya meluru keluar melihat siapa yang datang."Macam pernah nampak kereta ni." Kata ayah perlahan.

"Assalamualaikum,Ayah!" Aku terus memberi salam sejurus keluar dari kereta.Faurish turut keluar sambil tersenyum kepada ayah dan nenek.Kami berdua bersalaman dengan ayah dan nenek."Nek sihat?" Tanya Faurish."Eh,sihat walafiat ni,cu oi! Sapa tah cucu ni macam pernah kelih." Nenek mengecilkan matanya yang kabur.Biasalah orang tua,ingat-ingat lupa."Ni Faurish,alaa yang mai dulu ni.Nek tak ingat ka?" Faurish cuba bercakap dialek utara.Aku tergelak kecil mendengar dia berdialek utara.Macam kena pulak dengan dia.

"Hok mana tah? Ramai sangat yang mai rumah nek,nek pun tak ingat dah aih,cu." Kata nenek sambil menampar perlahan bahu Faurish."Alah,nek ni tanya banyak pulak.Yang mana-mana jelah nek." Aku menyampuk.
"Marilah masuk," Ayah menjemput kami masuk."Ada apa balik ni? Cuti dah ke?" Tanya ayah.Aku menggelengkan kepala sebagaj tanda tidak."Ada hal sikit nak bagitahu ayah dan nenek.." Ayat aku terhenti.Berdebar nak bagitahu ayah tentang hal ni."Saya nak halalkan hubungan dengan anak pakcik.Tapi selepas habis belajar,barulah kami nak kahwin,kami nak minta keizinan pakcik." Faurish bercakap dengan sangat serius.Aku terngangam.

"Kahwin? Arissa.. Kamu setuju ke nak kahwin dengan Faurish?" Ayah menyoal aku.Aku mengangguk perlahan."Baguih la hampa dua,kahwinlah.Sesuai dah tu." Nenek menyampuk.
"Kalau itu yang Arisaa nak,ayah ikutkan saja asalkan anak ayah ni bahagia." Ayah melemparkan senyuman kepada aku.Aku mengangguk perlahan.

Ketika kami sedang rancak berbual di dapur,perbualan kami terhenti sejurus melihat susuk tubuh Luth yang baru selangkah menjejakkan kaki di dapur."Arissa!" Luth menghampiri aku dengan segera aku bangun lalu berdiri di sebelah Faurish."Luth,mari duduk." Ayah menjemputnya duduk."Pak cik,kenapa si jantan ni ada kat sini? Dia nak rampas Arissa dari saya ni!" Wajah Luth bertukar gelisah dan marah.

"Luth,kamu ni kenapa? Duduk dulu," Ayah masih berlembut dengannya.
"Ayah! Kenapa dia ada kat rumah kita ni? Ayah tahu tak Luth ni kurang ajar dengan Arissa dulu!" Aku memberitahu ayah."Eh,Arissa sayang kenapa ni? Janganla marab macam ni!" Luth menghampiri aku sambil tangannya semakin menghampiri wajahku.Faurish mencapai tangan Luth dan menepis."Jangan sentuh bakal isteri aku,Luth." Wajah serius Faurish yang memandang Luth membuat aku tersenyum.Dia sangat melindungi.

"Ni kenapa ni? Ayah tak faham.Ada apa sebenarnya ni? Ada apa dengan Luth?" Ayah kelihatan bingung.Luth menghampiri ayah dan berkata "Pak cik,lelaki ni jahat dia goda anak pak cik sampai anak pak cik sukakan dia.Pak cik tahu tak dia gunakan ilmu sihir untuk bagi Arissa sukakan dia."Setelah mendengar kata-kata Luth,riak wajah ayah kelihatan bengang."Ayah,tak ayah.Faurish tak buat macam tu pun ayah.Luth sengaja! Ayah Faurish tak macam tu,Arissa betul-betul sayangkan Faurish.Dia tak guna apa-apa ilmu sihir pun." Aku menerangkan kepada ayah.Tetapi Luth tetak tidak berputus asa menghasut ayah."Kau keluar,jangan pernah jumpa anak aku lagi." Nada ayah kedengaran lain.Seperti sangat geram dengan Faurish.Dia menghalau Faurish pergi.

"Pak cik,sumpah demi Allah saya tak buat pun macam tu.Saya ikhlas sayangkan dan cintakan Arissa.Pak cik jangan percaya cakap dia ni,tolonglah pak cik.." Faurish berusaha untuk memberi sepenuhnya penjelasan tetapi ayah mengabaikannya."Pergi!" Ayah menempik."Mail,sabar la..dengar dulu Faurish nak kata apa.Jangan main tuduh tak dak bukti ni." Nenek memegang bahu kiri ayah.

"Betul pak cik,dia gunakan tok bomoh.Saya nampak pak cik!" Luth masih menghasut.Wajah ayah kemerah-merahan."Aku kata pergi! Pergilah!l Ayah menolak belakang Faurish dengan kasar sehinggan Faurish jatuh tersungkur."Ayah!!" Aku menerpa ke arah Faurish yang jatuh."Ayah! Kenapa ayah ni! Boleh tak jangan percaya cakap dia! Soal selidik lah dulu! Jangan main marah dia je! Kesian Faurish! Saya pun ayah tak percaya kenapa?!" Aku meninggikan suara.Secara tiba-tiba aku ternangis.Aku cuba menahan tetapi tak berdaya.

"Takpelah awak,saya pergi.Saya taknak keruhkan lagi keadaan." Faurish bangun berdiri."Saya ikut awak!" Aku tetap mahu mengikut Faurish.Dia tidak berbuat apa-apa pun! "Pak cik,jangan benarkan Arissa balik." Kata Luth kepada ayah."Arissa! Jangan balik!" Ayah memarahi aku."Kenapa dengan ayah ni?! Saya ada kelas! Saya kena balik!" Aku menyalami nenek lalu aku terus masuk ke dalam kereta.Nenek tidak mampu berkata apa-apa.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now