Bab 37🌸

1.1K 32 3
                                    

"Faurish," Datin Faridah memanggil anaknya perlahan.Faurish menoleh ke belakang lalu berkata, "Eh,umi.Ada apa?" Faurish mendekati uminya.Datin Faridah melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di balkoni.Faurish juga turut duduk.
"If you have a problem,just tell me.Don't have to keep it,you have a family,Faurish.I am your mother." Datin Faridah memandang tepat ke arah mata Faurish dengan serius.Sebelum membuka mulut,Faurish mengeluh kecil."Kalau Faurish bagitahu umi,umi jangan marah ok?" Soalnya.Datin mengangguk laju sambil bibirnya tersenyum sedikit.

"Faurish nak kahwin." Katanya ringkas.Datin Faridah tersenyum."Baguslah,but who you want to marry to?" Datin Faridah mengerutkan dahi."You know her,Arissa." Faurish juga dalam keadaan serius."Faurish betul-betul sayangkan dan cintakan dia? Dia setuju nak kahwin dengan Faurish?" Soal Datin lagi.Faurish hanya mengangguk."Okay,but why you are not happy?" Soal Datin sambil tangannya ditongkatkan ke dagu."Ada orang dah sabotaj hubungan kami.Dia fitnah Faurish depan ayah Arissa,umi." Faurish menundukkan wajahnya seraya dia menggenggam jari-jemarinya seakan geram dengan Luth."Siapa?! Kenapa dia buat macam tu? Ke Faurish dah ambil tunang orang?" Datin mulai risau.Yelah,ibu mana yang tak risaukan anaknya kan.

"Nama dia Luth.Dulu dia dah pernah kacau Arissa.Dia tu jahat,umi.Arissa taknak dekat dia.He's psycho." Jelas Faurish kepada Datin Faridah.Datin Faridah terdiam sejenak lalu berkata "Takpa,kita akan selesaikan perkara ini selagi kita berada di tempat yang betul." Datin Faridah memberi kata semangat untuk anak lelakinya itu.
Faurish mengangguk faham."Thanks,umi." Faurish memeluk Datin.Datin hanya tersenyum lalu membalas pelukan Faurish.

⭕⭕⭕

"Mak,Arissa ada telefon tak?" Tanya ayah kepada nenek."Dak,takdak.Awat? La ni baqu hang nak caqi anak hang ka? Toksah la duk tunggu dia talipon hang,Mail.Dia bebai dengan hang! Butter hang pi pujuk dia." Kata nenek dengan serius."Bukan butter,Better.Butter tu mentega." Ayah memperbetulkan sebutan bahasa inggeris nenek."What ever lah,Mail.Butter ka Better ka sama ja yang penting cucu kesayangan aku tu,baik hang pi pujuk dia.Kalau dak,memang sampai bila-bilalah dia bebai.Tah ke pi kahwin senyap-senyap lagi mampuih hang,padan muka!" Nenek berlalu pergi setelah berleter kepada ayah.Ayah beristighfar."Silap aku jugak,kenapa aku terus marah budak tu ha? Kesian pulak." Katanya sendirian.

Ayah cuba mendail nombor telefon bimbit aku.

Harap maaf,nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.Sila cuba sebentar lagi.

Berkali-kali ayah menelefon aku tetapi tidak dapat.Aku sengaja tidak mahu mengangkat telefon.Kecil hati aku ketika ayah menghalau Faurish dan memarahi aku ketika itu.

⭕⭕⭕

"Kenapa tak angkat tu?" Tanya Maya kepada aku."Saja,malas." Ringkas jawapanku."Siapa call?" Tanyanya lagi."Ayah," Aku tidak memandangnya."Asal kau tak angkat? Merajuk eh? Alah kau ni,ayah kau jugak." Kata Maya sambil mengupas kulit buah epal.

Aku hanya diam.Diorang tak tahu apa-apa,jadi aku biar je la.

Telefon aku berdering lagi.Aku mencapai telefon bimbit aku yang berada di atas meja.Aku ingatkan ayah lagi,rupanya Luth.Aku terus off  telefon.Malas nak melayan lelaki tak guna tu."Wey korang,jangan lupa tau kejap lagi." Risya mengeloi dari biliknya."Apa dia?" Tanya aku."Kelaslah cik Arissa.Kan Prof Abu ganti siap-siap sebab esok dia takde."Risya menjenguk dari pintu biliknya.Kepalanya sahaja yang nampak.Dengan cekak rambut telinga arnab dia tu.Aku mengangguk sambil tersenyum sedikit dek telatah si Risya itu.Comel.

"Prof Abu buat lawaklah tadi,serius aku tak tahan nak tergelak." Kata Risya setelah ketawa,sisa ketawanya masih ada selepas dia bercakap.Maya menggelengkan kepalanya "Kau gelak satu hall dengar tau sampai Prof Abu pun gelak sekali."

Ketika kami bertiga sedang berjalan menuju ke rumah sewa,sebuah kereta jenis Honda bewarna putih menghampiri kami bertiga lalu berhenti di tepi jalan."Assalamualaikum,tumpang tanya.Ada tak dekat sini yang bernama Nurin Arissa Foo binti Ismail Foo?" Seorang lelaki dalam lingkungan pertengahan umur dengan memakai baju bewarna putih bertanya kami.Maya dan Risya serentak memandang aku.Aku pun tak kenal lelaki ni.
"Ya,saya.Ada apa ya,encik?" Aku bertanya dengan riak wajah yang penuh tanda tanya.Dia senyum kepada aku lalu berkata."Masuklah,cik perlu berjumpa seseorang." Lelaki itu keluar dari keretenya lalu membuka pintu bahagian belakang.

"Saya? Jumpa siapa?" Akh menyoalnya lagi.Manalah tahu kalau-kalau dia ni nak culik aku ke."Datin Faridah,saya ni pemandu Datin." Setelah aku mendengar nama itu,barulah aku sedikit lega."Pakcik ni jangan tipu kawan saya,kang saya report dekat polis kang ha!" Kata Risya sambil bercekak pinggang."Eh takpa,aku kenal Datin Faridah.Dia ibu Faurish.Takpe korang balik dulu nanti kita jumpa kat rumah ok." Aku menerenangkan kepada mereka berdua.Risya mengangguk faham lalu mereka berdua berlalu pergi.
"Sila,cik." Pemandu itu menjemput aku masuk.Aku mengangguk lalu memberikan ucapan terima kasih.

"Wey,tak apa ke Arissa tu? Risaulah aku.Manalah tahu kalau pakcik tadi tu perogol ke penculik ke." Risau Risya."Tak pe lah kot.Dah dia pun kata dia kenal.Dia yang nak pergi,so biarlah kejap lagi balik la tu.Kalau tak balik report polis."Kata Maya.

⭕⭕⭕

"Cik Nurin Arissa ni tak kerja sambilan ke?" Tanya pemandu itu."Panggil saya Arissa je,pakcik.Saya belajar sepenuh masa.Tak sempat lagi nak cari kerja." Kata aku kepadanya."Panggil pakcik Pak Wan je." Katanya.Aku hanya mengangguk.
"Datin tu baik orangnya,dia layan pekerja-pekerja dia macam layan ahli keluarga sedara mara dia." Pak Wan bercerita tentang Datin Faridah kepada aku sepanjang perjalan.
Aku tidak banyak bercakap,hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja apa yang dikatakan Pak Wan.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now