Bab 45🌸

968 25 3
                                    

Sebaik sahaja tamat majlis graduasi, Luth menghampiri aku lalu menarik tangan aku."Kenapa ni?!" Aku menarik semula lalu memarahinya.Tiba-tiba sahaja menarik tangan aku.
"Jom,ikut saya balik.Ayah awak nak awak ikut saya.Jom masuk kereta." Luth memegang tangan aku lalu menarik aku masuk ke dalam kereta.

"Saya taknak! Terima kasih jelah nak menumpangkan saya ye,saya lebih rela naik bas dari naik dengan awak!" Aku berjalan ke arah bertentangan."Arissa! Tolong eh dengar cakap saya! Awak jangan sampai saya apa-apakan awak!" Luth memarahi aku sambil jarinya menunding ke arah aku.Aku menoleh ke belakang."Apa-apakan saya? Oh.. Awak memang ada niat tak baik kan? Awak ni memang tak layak pun berbaik dengan ayah! Ayah je yang tak tahu perangai buruk awak ni! Apa masalah awak sekarang?! Apa yang awak nak sebenarnya?!" Aku meninggikan suara.Luth tersenyum sinis."Just wait and see,dear." Lalu Luth masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

Maya dan Risya menghampiri aku lalu bertanya apa yang telah berlaku.Aku tidak berkata apa-apa.Geram betul aku dengan Luth.Memanglah orang kata semakin benci lama-lama sayanglah apa lah.Tapi kes ni bukan macam tu.Si Luth ni ada niat tak baik,bukannya ikhlas dengan aku dan keluarga aku.

⭕⭕⭕

"Kenapa Arissa tak ikut balik sekali dengan kamu,Luth?" Tanya ayah kepada Luth."Dia taknak pakcik.Dia siap marah-marah lagi dekat saya kat depan orang ramai sebab dia taknak ikut saya balik kampung.Malu saya pakcik.Sudahla dia tak terima lamaran saya tu." Luth mengadu.
"Arissa,Arissa.Dia tu tak tahulah apa nak jadi,masih tak boleh lupa budak lelaki tu." Ayah mengeluh besar sambil mengerutkan dahinya.

"Entah-entah diorang kahwin lari apa pakcik?" Luth meragukan ayah.Ayah mengerutkan dahi dan seolah-olah berfikir sesuatu."Saya pasti dia masih berhubung lagi dengan Faurish tu.Kalau dia dah lupakan Faurish,mesti dia akan terima lamaran saya.Betul tak pakcik?" Hasut Luth.Ayah mengangguk perlahan seakan setuju dengan pernyataan Luth.

Ayah terus mendail nombor telefon aku.

"Assalamualaikum,kamu kat mana Arissa? Baik kamu balik sekarang! Kamu dekat mana tu? Dengan siapa? Faurish?!" Ayah menjadi emotional secara tiba-tiba.Aku mengerutkan dahi lalu membalas secara lembut."Waalaikumsalam,ayah.Kenapa ni? Arissa dalam bas sekarang tengah on the way nak balik lah ni.Apa ayah cakap ni? Faurish?"

"Dalam bas? Oh, takpelah kalau macam tu.Nanti dah sampai stesen bas bagitahu ayah,Luth pergi ambil." Nada suara ayah menurun.Aku tidak berkata apa-apa dan terus memberi salam lalu menamatkan panggilan.
Luth juga yang diingini ayah.Entah apalah yang Luth buat sampai ayah begitu percaya dengannya.

⭕⭕⭕

Dari dalam bas aku sudah nampak kelibat Luth yang sedang berdiri di hadapan keretanya.Dia menggayakan cermin mata hitam dan berbaju kemeja putih.Aku memgeluh.

Sebaik sahaja turun daripada bas,Luth berlari-lari anak menuju ke arah bonet bas untuk mengambil bagasi.Aku biarkan saja lagipun aku memang tak mampu nak mengangkat beban bagasi itu.Berat!

"Hi,dear.How yours journey? It is okay? Lapar tak? Nak makan?" Luth memulakan bicara sebaik sahaja kami berjalan menuju ke kereta."It is okay,saya tak lapar.Balik jelah lagipun nenek bukannya tak masak kat rumah." Aku melangkah sedikit laju berbanding si Luth tu.

Sebaik sahaja sampai di rumah aku terus menuju ke arah dapur pergi kepada nenek yang sedang membasuh pinggan."Nek!" Aku menyergah nenek dari belakang."Haa.. Nenek kau nenek aku nenek siapa datang aku libas kibas kipas lipas!!" Nenek serta- mertanya melatah dan aku apa lagi,mestilah tergelak besar.Nasib baik dia tak baling pinggan tu.

"Ya Allah cucu nek ni! Bertuah punya cucu! Terkejut nenek hang tau dak.Ni bila balik ni nek tak tau pun Arissa balik.Ni nak bebai ni." Nenek berhentu membasuh pinggan dan memandang ke arahku sambil bercekak pinggang.Aku tersengih.
"Hehe, sorry my cute grandmother.Baru je sampai ni ha,ayah tak bagitahu nenek ke yang Arissa nak balik?" Aku bertanya.Nenek menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak.Aku mengangguk perlahan."Ayah hang tu la ni semua tak mau habaq aih.Tah la kat dia." Kata nenek.Aku tidak berkata apa-apa.

"Arissa,sini jap." Ayah memanggil aku dengan riak wajah yang serius."Kenapa,ayah?" Tanya aku sambil mengerutkan dahi."Ayah nak kamu bertunang dengan Luth." Kata-kata ayah membuat aku sangat terkejut."Apa?! Tapi kenapa?! Arissa tak cintakan Luth pun ayah.Dia tak baik!" Aku memberontak."Ayah tahu.Tapi untuk elakkan kamu teringat dekat Faurish,ayah terpaksa buat macam ni.Boleh kan?" Ayah memandang aku dengan penuh harapan."Arissa faham yang ayah nak Arissa lupakan Faurish,tapi ayah tak boleh sesuka hati jodohkan saya dengan orang yang Arissa tak suka,lagi-lagi orang yang macam Luth tu.Ayah,tolonglah.Bagi Arissa masa dulu." Aku menggemgam kedua belah tangan ayah.Aku memerlukan masa,sekarang aku tak boleh membuat keputusan langsung.

⭕⭕⭕

"Umi, mana Faura?" Tanya Tira."Pergi kuliah dia lah.Kenapa?" Datin Faridah menyoal."Nothing, mana lah tahu melepak ke kan." Kata Tira selamba."Faura kalau nak melepak dia akan bagitahu umi.Kamu ada apa masalah ke dengan adik ipar kamu,Tira?" Tanya Datin Faridah.Tiba-tiba Tira berlari terus menuju ke tandas."Nak ke mana tu?" Tanya ibu mertuanya itu lagi tapi tidak dijawab.

Setelah beberapa minit Tira di dalam tandas,akhirnya dia keluar dengan wajah yang pucat."Kamu tak apa-apa ke,Tira? Pucat tu muka." Datin Faridah menghampiri Tira.Tira mengangguk lalu berkata,"Ok,cuma rasa nak termuntah je tadi.Tak tahulah, ni mesti bibik masak tak bersih." Tira memandang ke arah dapur mencari bibik.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now