Bab 26🌸

1.7K 42 3
                                    

Harini kelas banyak cancel, satu je kelas yang ada tu pun petang.Boleh lah nak landing jap.Elok aku nak baring atas katil,telefon berdering.Dalam fikiran aku mesti Faurish yang telefon.Aku mencapai telefon yang berada di atas meja solek.
"Ayah?" Aku tertanya-tanya kenapa ayah menelefon aku pagi-pagi ni.Sejurus itu aku cepat-cepat menjawab panggilan dari ayah.

"Asslaamualaikum,Arissa." Ayah memberi salam.
     "Waalaikumsalam,ayah.Ada apa call pagi-pagi ni? Nenek tak sihat ke?" Aku menyoal dalam nada resah.Manalah tahu kan.
"Eh,tak.Ayah cuma nak bagitahu yang Luth datang sini,dia ada kat rumah ni," Selepas aku mendengarnya,aku terus membeliakkan biji mata.
"Lu.. Luth? Dia buat apa kat sana? Kenapa ayah bagi dia datang? Dia tidur sana ke?" Bertubi-tubi aku menyoal ayah.Bukan apa,aku takut si lelaki tak guna tu apa-apakan ayah dan nenek.
"Ada kerja dia la kot,kamu tanya banyak ni kenapa?" Tanya ayah.Kalau aku nak bagitahu ayah,mesti dia tak percaya,jadi baik aku tak payah bagitahu."Takde lah,saja ja.Apa-apa ayah call lain ye,nak rehat jap.Assalamualaikum,Ayah." Usai menjawab salam ayah menamatkan panggilan.

"Luth datang rumah sebab ada kerja? Ke ada benda lain yang dia nak buat? Ish,aku nak kena bagitahu Faurish ni," Aku bercakap seorang diri.Daripada nak tidur terus tak jadi tidur,yelah risau jugak aku dengan si Luth tu.Dasar si psycho.

⭕⭕⭕

"Aa.. Pakcik,boleh saya tanya sikit tak?" Luth duduk berhadapan dengan Ayah yang sedang membaca surat khabar.Ayah menutup surat khabar itu dan memandang Luth lalu bertanya,"Apa yang nak ditanya tu?"
"Tanah yang..."

Kedegang!! *bunyi periuk terjatuh*

"Ewaa buleee ewaa buleee! ehh bule warna warni! Eh warna warni! Haa mari mari langkah mayat gua!"

Perbualan mereka terhenti setelah terdengar nenek melatah.Apalagi,berdekah gelak lah.Nenek memang kuat melatah,macam-macam ayat dia keluar.

"Mak? Ok ke tu?" Tanya ayah yang masih lagi ketawa. "Apa dia,Mail? Takdak apa aih,ni periuk jatuh gena taktau boleh jatuh.Melampau betui periuk ni," Kata nenek dari dapur.Ayah menggelengkan kepala.Ada-ada saja nenek ni.

"Apa entah tadi ni Luth?" Ayah menyoal Luth.Lupa tentang apa yang ingin Luth tanya tadi."Ouh takde apa lah,nak tanya kalau kat sini ada dusun tak? Lama tak makan buah tempatan,hehe" Luth menukar pertanyaannya.Niat asalnya ingin bertanya tentang tanah yang dimiliki ayah tu.Tapi belum masanya lagi untuk menyoal bab tanah tu,nanti mestilah ayah curiga.
"La,apa yang takdanya kat kampung ni.Pak Cik ada banyak dusun,nanti kita pergi makan buah," Kata Ayah.Luth hanya mengangguk.
'Dusun tu mesti luas,boleh buat duit rasanya,' kata Luth dalam hati.

⭕⭕⭕

"Mamat mental tu buat apa kat sana? Dia cederakan ayah dan nenek awak ke?" Risau betul Faurish.Manalah tahu kalau-kalau Luth nak mencederakan keluarga aku.Aku menggelengkan kepala lalu berkata, "Tak,ayah kata dia ada kerja sebab tu dia tumpang tidur situ semalam dua tapi saya risau la awak,takut dia ugut ayah ke apa ke." Aku menongkat dagu."Kita nak balik kampung awak pun tak boleh sebab tak cuti lagi,ish! Kalau saya dapat si gila tu.. Tahu lah dia!" Faurish menggenggam jari jemarinya.Aku tergelak kecil."Marah nampak,"
"Yela,kalau dia suruh ayah awak kahwinkan dia dengan awak macam mana?" Faurish mencebik bibir."Kahwin jelah,apa susah." Aku sengaja bergurau.Mimik mukanya seperti biasa masam mencuka,merajuk."Takpe lah kalau nak kahwin dengan mamat gila tu.Yela.. Awak bukan sukakan saya pun,saya je yang syok kat awak." Dia tidak memandang aku."Eleh,merajuk.Macam budak kecik je,ingat saya nak pujuk!" Aku bangun dari kerusi lalu menampar perlahan belakang Faurish dengan fail yang aku pegang.Dia juga bingkas bangun mengikut aku dari belakang.
"Ala.. Arissa! Saya gurau je,bukan merajuj betul pun," Faurish menarik beg aku.Aku pura-pura buat tak tahu,ajar sikit si Faurish ni.Kerja merajuk je dia tahu.

"Awak..." Faurish masih memanggil aku."Amboi,mesra sangat ni." Tiba-tiba Tira Tajuddin muncul di hadapan aku sambil memberikan mimik muka yang.. Erghh! Tahu-tahu jelah dia macam mana.
"Asal?" Aku mengangkat kening.Tira menjeling lalu berbisik, "Jangan nak kacau Faurish,dia milik aku." Kemudian dia sengaja melanggar bahu aku.Macamlah ruang kat laluan tu sempit."Hai Faurish," Sempat lagi dia melambai kepada Faurish,tapi tak dilayan.Faurish menghampiri aku."Dia kata apa kat awak?" Aku menggelengkan kepala. "Takde apa,biasalah dia tu."

Dari jauh Tira memandang aku dan Faurish."Tengoklah nanti,Arissa.Faurish akan jadi milik aku dan kau boleh menangis sepuas-puasnya," Katanya sendirian.Ketika dia sedang bercakap seorang diri,seorang mahasiswa lalu di hadapannya dan berkata,"Harap muka je cantik,tapi cakap sorang-sorang." Tira menjeling ke arah mahasiswa itu."Aku memang cantik pun!" Kemudian Tira beredar dari situ.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now