Bab 43🌸

784 28 3
                                    

"Muhammad Faurish Amier, aku nikahkan dikau dengan Tira binti Tajuddin dengan mas kahwinnya sebanyak seratus lima puluh tiga ringgit lima puluh sen,"

"Aku terima nikahnya Tira binti Tajuddin dengan mas kahwin sebanyak seratus lima puluh tiga ringgit lima puluh sen."

⭕⭕⭕

Faurish melangkah masuk ke dalam bilik.Dia meletakkan songkok di atas meja lalu duduk di sisi katil sambil termenung.

"You, what are you doing? We have a lot of guest yang nak kena layan.Boleh pulak you duduk kat sini." Tira membebel selepas mendapati suaminya berada di dalam bilik."I nak solat kejap,tak nak solat ke?" Tanya Faurish kepada Tira.Tira senyap.
"Nak solat ke? Jom solat sekali." Faurish mengajaknya."Um.. Takpelah, you solatlah dulu sebab i nak layan guest nanti diorang kata apa pulak kan,bye!" Tira keluar daripada bilik dengan segera.Faurish menggelengkan kepalanya.

"Hei Faura,ambilkan air dekat dapur tu! Tercegat apa kat situ? Tak nampak ke kawan-kawan i datang ni?!" Tira mengarah adik iparnya,Faura.
"Hello! Kawan siapa sekarang ni? Akak la buat! Ke tak reti? Oh,lupa anak manja kan? Mana reti buat air! Hahaha!" Faura gelak besar.Muka Tira merah padam,tunggu masa untuk meletup.Nasiblah orang ramai,jadi dia tidak berkata apa-apa.

⭕⭕⭕

"Tak sabarnya nak balik esok! Kau kemas dah ke,Maya?" Risya memandang ke arah Maya yang sedang melipat baju.Maya mengangguk lalu berkata,"Of course la,aku kemas dari petang tadi ok.Nampak tu," Maya menunding jari ke arah bagasinya.Risya terpandang aku yang sedang termenung di ruang tamu.Risya memuncungkan mulutnya ke arah aku kepada Maya menyuruhnya memandang aku.

"Hari ini dia kawhin,dia betul-betul kahwin ke? Takkan dia lupakan aku? Takkan macam tu je? Dia tipu aku kan? Dia tak kahwin pun sebenarnya." Aku bermonolog di dalam hati seraya air mataku sedang mengalir laju.Aku tidak mengesatnya,biarkan ia mengalir supaya aku dapat hilangkan segala kesedihan.

"Arissa,kau okey?" Maya memegang bahuku lalu duduk di sebelahku.Aku hanya mengangguk."Aku tahu Arissa,tak payah nak berahsia.Aku dengan Risya tahu semuanya.Kau janganlah macam ni.Esok kan nak balik,happy lah sikit." Maya memujuk aku.Risya turut menyertai kami.Aku memandang Maya dengan hairan."Kau tahu?" Maya mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Semua orang dah tahu yang Faurish dah kahwin dengan Tira.Jadi kau janganlah pendam sorang-sorang,kami kan ada." Maya memegang tanganku."Apa? Tira? Dia kahwin dengan Tira?" Aku menyoal Maya.Maya mengangguk."Yang satu uni tahu sebab Tira la yang buat announcement.Kenapa? Kau tak tahu ke yang Faurish kahwin dengan dia?" Maya menyoal aku semula."Tak! Tak langsung! Dia tak bagitahu aku pun,Maya.. Dia tak sayangkan aku!" Aku menangis teresak-esak.Risya dan Maya menggosok belakang ku.Aku memeluk Risya."Sudahlah,Arissa.Janganlah menangis macam ni,esok mata kau sembab ayah dengan nenek kau hairan nanti." Kata Risya.

⭕⭕⭕

"Arissa mana?" Tanya ayah kepada nenek."Lepas dia balik nu dia tak keluaq bilik pun aih.Makan pun payah sangat.Nak kata mak masak tak sedap itu mustahil.Mak pun taktau nak buat gena.Flush kot tah la." Kata nenek kepada ayah sambil memandang ke arah bilikku.

"Mak,bukan flush tapi frust.Ke dia marah dekat saya? Kes saya marah si budak Faurish tu?" Ayah menggetap bibir."Tah,I don't know la,Mail.Hang fikirlah sendiri.Mak nak pergi rumah Tok Chom sat,lama tak membawang.K bye!" Nenek berlalu pergi meninggalkan ayah seorang diri di ruang tamu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu membuatkan aku tersedar dari lamunan.Aku membuka selak di pintu lalu membuka pintu."Boleh ayah masuk?"
Tanya ayah.Aku hanya mengangguk perlahan."Kenapa ni,nak? Ada masalah ke?" Tanya ayah lagi.Aku hanya menggelengkan kepala.

"Ayah tahu ayah salah.Ayah minta maaf sebab ayah marahkan Fau.." Ayah belum habiskan ayatnya aku terus memotong,"Ayah boleh tak jangan cakap pasal ni lagi? Tolonglah,jangan pernah sebut apa-apa lagi.Arissa taknak dengar apa pun,ayah."
Ayah mengangguk faham."Baiklah,ayah minta maaf.Ayah cuma rasa bersalah sangat.Ayah minta maaf ya?"
"Ayah,boleh tak biarkan Arissa sorang,Arissa penat sangat nak tidur sekejap." Aku bercakap tanpa memandang ayah.Ayah mengangguk lalu keluar dari bilik aku.Aku bukan nak halau ayah ataupun aku nak membencinya tentang hal itu,aku cuma hendak merehatkan minda aku sekejap.Hanya dengan melelapkan mata,mungkin akan membuatkan aku tenang.

Beberapa bulan kemudian,

Lagi setahun setengah aku akan tamatkan pengajian aku.Alhamdulillah aku tidak lagi bersedih dan murung.Cuma yelah,kadang-kadang aku teringatkan dia.Aku tahu dia sudah lupakan aku.

Luth datang ke kampung semasa cuti semester yang lalu dan sudah membuat perjanjian dengan ayah.Luth hendak bertunang dengan aku setelah aku graduasi nanti.Aku akur dengan perjanjian itu kerana aku sudah tidak mempunyai Faurish.Faurish yang sentiasa di sisi aku sudah hilang.Aku pun setuju sahaja dengan pertunangan itu.

⭕⭕⭕

"Abang,Faura nak cakap sikit boleh?" Faura mendekati Faurish ketika Faurish sedang sibuk menghadap komputer ribanya."Hm." Faurish tidak memandangnya."Boleh tak abang nasihat sikit isteri kesayangan abang tu? Semakin hari semakin biadap,langsung tak hormat orang!" Kata Faura dengan suara yang sedikit lantang.Faurish berkerut dahi memandangnya lalu berkata,"Biadap kenapa? Dia buat apa dekat Faura?" Tanyanya.Faura mengeluh besar."Bukan masalah buat Faura ke apa,bang.At lease hormat la sikit bibik tu.Tahulah dia bibik tapi tak perlu la nak menengking dan buli bibik,kesian kat bibik!"

"Dah perangai dia macam tu,biar je la."Kata Faurish selamba.Faura semakin geram."Ei! Benci la cakap dengan abang ni! Bukan main bela dia! Dulu macam nak mati tak suka dia,sekarang kena sampuk dengan hantu dia la tu!" Nada suara Faura meninggi.
"Faura! Suka ke tak suka ke Tira tu dah jadi isteri abang tau! Faura tak faham!" Faurish turut meninggikan suara.Faura menghentak kaki lalu pergi dengan keadaan marah."Faura merajuk dengan abang!!" Katanya setelah keluar dari bilik kerja Faurish.

"Apa bising-bising ni,Faura.Ada apa?" Datin Faridah yang kebetulan lalu di situ menyoal Faura."Abang tu la! Kalau dia kahwin dengan kak Arissa dulu lagi bagus!" Faura menuju ke dalam biliknya lalu menghempas pintu dengan kuat.Datin Faridah beristighfar lalu menggelengkan kepala.Dia menuju ke bilik anak lelakinya itu.

"Faurish," Panggil Datin.
"Eh,umi.Ada apa umi?" Tanya Faurish kepada uminya sambil tersenyum."Kenapa adik kamu tu? Kamu buat apa sampai dia merajuk tu? Bergaduh pasal apa pulak?" Soal Datin Faridah kepada Faurish.

"Takde apalah,umi.Faura tu tak suka Tira,macam-macamlah dia tak puas hati." Jawab Faurish sambil menaip sesuatu di papan kekunci komputer ribanya itu.Datin mengeluh kecil.
"Faurish,umi tahu Faurish masih teringatkan Arissa kan? Yelah, Faurish taknak contact dia ke? Say sorry is enough,son." Faurish berhenti dari menaip.Dia memandang Datin dengan wajah yang sayu.

"If i can turn back time,i don't have to be very guilty for everything that i do,umi.From all my heart memang Faurish masih sayangkan Arissa and i miss her so much.Tapi Faurish tak boleh,umi.Faurish dah jadi suami orang dan Faurish malu kalau nak berhubung dengan dia,umi.Faurish malu nak jumpa dia lagi.Entah macam mana kehidupan dia selepas Faurish tinggalkan dia.Tak ada siapa pun tahu,semua salah Faurish." Faurish tak sengaja mengalirkan air matanya.Datin Faridah turut bersedih,kasihankan anaknya itu.

Seandainya waktu boleh diputar kembali,pastinya orang mudah untuk melakukan kesilapan.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now