Bab 14🌸

2.1K 60 0
                                    

Hati Datin Faridah tak keruan,gelisah dan hanya berserah kepada yang Esa.Kenapa anaknya jadi begitu sekali? Apa salah dia? Adakah ini balasan Tuhan terhadapnya?

"Idah.. Mengandung."
          "Ha?! Pastu macam mana ni? Gugurkan kandungan tu,Idah.Bahaya kalau orang tahu!"
"Tapi Idah tak sanggup,bang.Kesian la anak ni,dia tak berdosa."
           "Kalau kau tak mahu gugurkan budak tu,kau jangan cari aku lagi Idah!"

Tiba - tiba Datin Faridah teringat kembali masa mudanya yang penuh dosa itu.Dia tiba - tiba mengalirkan air mata yang amat hiba,menyesal dengan perbuatannya.Mujurlah ada seorang lelaki yang ikhlas mencintainya yang sanggup mengahwininya,Dato Fakhrul.Ahli keluarga Datin Faridah juga telah membuangnya akibat perbuatannya itu.Bayi yang dikandungnya itu adalah,Faurish.Sampai sekarang dia masih tidak tahu yang dia sebenarnya anak luar nikah.Datin Faridah tak sampai hati memberitahunya,tunggulah masa yang betul - betul sesuai baru Datin akan beritahu.

⭕⭕⭕

Luth memandang aku,matanya tidak berkelip sememangnya buat aku tak selesa.

"Oii! Awak ni takde kerja lain ke ha?"
Aku menepuk meja.Luth terkejut " Eh! Ha? Apadia?" Pura - pura bengong ke apa entah.Menyampah betul.Faurish pon tak bengong macam dia ni.Aku mengomel dalam hati.

"Takde kerja lain ke? Asyik tengok saya je pehal? Bukan ada tv kat muka saya pon yang awak nak tengok,"
Aku menjeling.Luth tersengih bagai kerang busuk."Muka awak tu bukan tv,tapi bidadari.Sebab tu lah mata saya ni asyik tengok je awak,"
What?! Oh My God! Gelinya aku dengar.Korang tak geli ke? Mesti sweet talker ni."Apa? Bidadari? Bidadari ni bahaya sikit,jangan nak suka hati main - main dengan dia,tak pasal - pasal penumbuk lekat kat muka awak nanti." Aku acah - acah seperti ingin menumbuknya.

"Garang,i like." Luth mengecilkan mata.Sah gila! Aku bingkas bangun dari situ dan berjalan ke tempat lain.

"Awak! Laa awak,saya gurau je la." Luth memanggil aku.Aku mengabaikannya."Diamlah," Aku tidak menoleh.Luth mengikutiku dari belakang.Boleh dengar geseran tapak kasut dia tu,jalan kan berpasir sikit.Aku menepuk dahi."Tak payah la ikut dari belakang," Kedengaran Luth tergelak kecil. " Ingat awak tak tahu,kita nak ke mana ni?" Tanyanya.Aku tidak membalas,pura - pura tak tahu.Malas melayan karenah budak bandar tu.

Selepas beberapa minit berjalan,kami sampai di kawasan air terjun.Saja aku nak bawak dia datang sini,menikmati alam semulajadi.
"Ni la Bukit Air,pagi - pagi macam ni tak ramai sangat,dalam tengah hari sikit ramai lah orang." Aku duduk di atas batu dan merendam kakiku ke dalam air,sejuk sangat.Luth mengangguk lalu berkata "Ouh,saya pon nak rendam kaki jugak lah,macam best je." Luth duduk disebelah aku dan merendam kaki."Sejuknya!" Luth sedikit menjerit.Aku tergelak kecil."Memang la sejuk dah nama pon pagi,air bukit pulak tu." Aku menggelengkan kepala.Macam - macam lah mamat ni.

"Dulu kan,saya selalu la datang sini dengan kawan baik saya,Mayra nama dia.Kami nak pergi mana pon mesti sama - sama,tak pernah berpisah."
Aku bercerita sambil mengocak - ngocak air menggunakan kaki."Pastu sekarang mana kawan awak tu?" Soal Luth."Dia sakit sekarang,duduk di KL dengan kakak dia." Aku sedikit mengeluh.Luth tak tanya pulak sakit apa,mungkin dia tahu aku sedih.
"Dalam air ni ada ikan jerung tak?" Dia tukar topik.Aku yang dari sedih ni tiba - tiba tergelak.Apa punya soalan la."Apa awak ni,ni bukan laut tau.Bukan setakat jerung,ikan Nemo pon takde." Luth turut ketawa."Alaa,saja je saya buat lawak.Takkan la ikan kat laut tu nak duk sini kan," Aku membuat muka menyampah.

"Yang awak ni nak duduk sini sampai bila eh?" Aku menyoalnya.Suara perlu dikuatkan,maklumlah duduk dekat dgn air terjun,memang tak dengar la kalau cakap perlahan."Tak tahulah,saya ada kerja sikit nak buat kat sini," Jelas Luth tanpa memandang aku.Dia seronok bermain air,menepuk - nepuk air menggunakan tangan dan menangkap daun yang dibawa oleh arus.Aku hanya mengangguk.Aku tak tahu siapa dia,kerja apa yang dia buat.Malas nak tanya.

⭕⭕⭕

"Apa motif kau?" Faurish menyoal Tira dengan nada yang agak kuat.
Tira tersenyum sinis."Motif I adalah you," Faurish mengerutkan dahi."Aku? Apa maksud kau?"
Tira mengeluh seraya menampar perlahan bahu Faurish."You ni naif sangat lah,blur pon ada.You tahu kan my mom  and your mom nak satukan I dengan you,tapi your mom batalkan kan? I memang tak puas hati tau! Mana boleh dah janji tiba - tiba nak batalkan macam tu je!" Tira mengenggam jari-jemarinya tanda geram.She's psycho.

"Faurish," Datin Faridah memanggil anak lelakinya itu.Air matanya bergelinangan.Faurish bingkas bangun dari tempat duduk dan memeluk ibunya."Faurish minta maaf,Faurish tak buat pon umi.. Percayalah," Faurish juga mengalirkan air mata.Datin Faridah mengangguk."Ya,anak.Umi tahu anak umi tak buat macam tu,"
Tira dari jauh menjeling."Drama," Katanya.

"Puan,sila datang ke sini," Salah seorang pihak polis memanggil Datin Faridah.Faurish mengikuti Datin Faridah dari belakang.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now