Bab 35🌸

1.2K 46 5
                                    

"Arissa!" Luth membuka pintu kereta Faurish.Ketika itu pula pintu tidak dikunci,Faurish terpaksa hentikan kereta."Apa lagi kau ni Luth?!" Aku mencuba menarik semula pintu kereta yang ditahan oleh Luth.Luth tersenyum sinis lalu dengan perlahan berkata "Baik kau keluar,sebelum aku buat macam-macam lagi." Aku mengabaikannya."Dahla Luth! Tepilah!" Aku memarahinya.

"A.. Pak cik,biar saya hantar Arissa boleh? Pak cik nak ke dia naik dengan jantan macam ni?" Kata Luth kepada ayah.Suka hati dia ja."Elok lah,Arissa! Keluar,biar Luth hantarkan!" Ayah mengarah aku keluar.Aku memandang Faurish dengan riak wajah yang penuh kerisauan."Awak.." Aku memandangnya.Faurish mengangguk seraya tersenyum lalu berkata,"Dah,pergi.Saya yakin awak tak apa-apa.Jangan risau,saya ok." Dia masih kekal tersenyum.Aku mengalirkan air mata.Aku tak mampu bertahan dari menangis.Aku tahu di sudut hati Faurish pasti sangat sakit dan pedih.Dia seorang yang tabah.

"Sudahlah drama tu,cepat keluar." Luth membuat mimik muka menyampah.Aku akur dan keluar dari kereta.Aku masih memandang ke arah Faurish.Luth menutup pintu kereta Faurish dengan menghempasnya dengan kuat lalu menendang tayar hadapan kereta Faurish.Faurish berlalu begitu sahaja.

Kenapa hal ini berlaku dengan cepat? Beberapa minit sebelum itu kami berbual dengan riang sekali sampailah di saat Luth masuk ke dalam rumah lalu menghuru-harakan dengan menfitnah Faurish.
"Ayah,kenapa ayah percayakan lelaki ni?! Ayah tak kesian ke dekat Faurish?! Sampai hati ayah!" Aku memandang tepat ke arah ayah.Aku sangat geram.Nenek mengesat air mata aku dengan lembut."Nek,nenek cakaplah sesuatu nek.Nek!" Aku tidak dapat berhenti menangis.

"Sayang,jom!" Luth memanggil dari jauh."Aku mengabaikannya.Ayah memandang aku dengan wajah yang serius lalu memberi isyarat menyuruh aku masuk ke dalam keretanya.Aku akur,tak mampu nak melawan.

Sepanjang perjalan aku bertutup mulut tidak berkata apa-apa.Aku terasa saja mahu keluar dari kenderaan Luth ni.Tapi aku taklah segila itu nak korbankan nyawa aku semata-mata nak lepaskan diri dari Luth dengan terjun dari kereta.
"Senyap je,say something." Luth memandang aku sambil tersenyum.Aku langsung tidam memandangnya apatah lagi nak menjawab.Aku rasa baik aku diam sebelum macam-macam lagi berlaku.

"Arissa.. Arissa.. Arissa.. Si cantik yang direbuti oleh jejaka-jejaka malaya.Kan saya dah kata sayang,awak tu akan jadi milik saya.Faurish tu apa je ada.. Saya lagi hebatlah dari dia." Aku hanya mendengar sahaja apa yang dikatakannya.Mamat psycho tu memang berbahaya,entah macam-macam lagi dia buat lepas ni.Manalah tahu kan?

⭕⭕⭕

"Mail,hang ni pasaipa jadi lagutu? Awat hang jadi garang sangat dengan anak hang tadi? Hang tak kesian ka kat dia,Mail? Hang tak kesian ka?"
Nenek menegur ayah atas kesilapan yang dia lakukan tadi.Nenek begitu bimbang tentang aku.Ayah terdiam.
"Mak bukan nak kata gena,tapi.. Mak tak berkenan kat Luth tu,Mail.Arissa dengan Faurish tu memang dah sesuai." Sambung nenek."Dahla mak,saya nak rehat" Ayah bangun dengan perlahan lalu menuju ke biliknya.

⭕⭕⭕

"Dah sampai.Rasa cepat masa berlalu,kejap je masa dengan awak kan,sayang" Luth tersengih.Aku menjeling.Menyampahnya aku.
"Kalau kau buat fitnah lagi pasal Faurish,aku saman kau!" Aku menunding jari ke arah muka Faurish lalu terus keluar dari keretanya.Buat apa lama-lama.Dia sempat melambai ke arah aku dengan riak wajah yang tak bersalah itu.

"Assalamualaikum," Aku memberi salam.Sunyi."Risya,Maya korang duk mana oi!" Aku mencari-cari susuk tubuh dua orang gadis sunti itu.
Kemudian aku membuka pintu bilik Maya."Lah, tidur rupanya.Patut bagi salam tak dengar." Aku menggelengkan kepala.Aku memanggil nama mereka berdua lalu mengoncang perlahan tubuh mereka.Dah nak masuk Asar tapi tak bangun-bangun.Tidur mati betul!

Usai aku membersibkan diri dan sebagainya,aku pergi ke dapur.Ada beberapa ketul ayam mentah di dalam peti sejuk beku.Aku keluarkan ayam mentah lalu membiarkannya dahulu."Eh? Bila kau balik Arissa?" Maya menghampiri aku.Risya memerpa entah dari mana mencuit aku."Masak apa tu mak cik?"
"Aku nak masak ayam masak sambal sikit dah ada ayam tu,korang mesti tak makan lagi kan?" Aku memandang mereka berdua."So,macam mana kau dengan Faurish?"
Soalan Risya membuat aku terdiam.Air muka aku berubah.Aku terus beredar dari situ.
"Kenapa dia tu?" Maya bertanya kepada Risya."Tak tahu,gaduh dengan Faurish la kot,"Risya mengangkat kedua-dua belah bahunya.

Aku mengapai telefon lalu mendail nombor Faurish.'Angkatlah..' Resah hatiku.Aku berharap yang dia tak apa-apa.Setiap kali aku cuba menelefon,peti simpanan suara yang bersuara.Dia matikan telefon bimbitnya.Macam mana aku nak tahu dia okey ke tidak kalau dia matikan telefon.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now