Bab 19🌸

1.9K 56 3
                                    

"Lepas ni boleh lah kita pergi sana kan,bang?" Puan Sri mencuit suaminya.Tan Sri mengangguk lalu berkata, "Betul tu,teringin jugak nak menikmati keindahan kampung dengan sawah padi kat sana."

"Akak,kat sana ada zoo tak?" Tanya Luhan,anak bongsu lelaki Puan Sri dan Tan sri itu.Aku tergelak kecil,tak sempat nak cakap si Luth tu menyampuk, "Ish,adik ni! Mana ada zoo kat kampung.Apalah budak ni,"
"Ada,cuma bukanlah zoo besar² tu,macam taman haiwan yang biasa." Aku menerangkan kepada Luhan.
"Kiranya adalah ni,kak? Wah! Ada haiwan apa kat sana? Harimau ada? Singa laut?" Teruja betul Luhan menyoal aku."Eh,bukan haiwan macam tu ada kat sana.Kat sana ada buaya,burung unta,kucing dan yang paling banyak... Ular tau!" Lepas je aku cakap macam tu,semua terkejut.
"Ular? Eeeee..." Lara menunjukkan reaksi yang memang ketara.Lucu pulak mimik muka dia tu,tapi takkan lah aku nak gelak kat situ pulak kan? Cover je lah.

Aku mengangguk."Ya,ular.Macam -macam jenia ular ada kat sana tau,"
"Nak tengok! Ibu Ayah nanti kita pergi tengok boleh tak?" Luhan sangat excited tentang tu.Comel betul budak ni.Puan Sri dan Tan Sri hanya mengangguk sambil ketawa melihat galagat anak - anaknya.

⭕⭕⭕

Ayah melabuhkan punggung di atas pelantar.Angin dari bendang meniup sederhana.Ayah menanggalkan kasut 'boot'  yang dipenuhi selut bendang itu dan meletakkannya di tepi kaki pelantar.

"Kopi,Mail." Nenek membawa secawan kopi dan beberapa keping biskut kering untuk menantunya itu.Akan tetapi kehadiran nenek tak disedari ayah.Nenek mengerutkan dahi,menepuk bahu ayah dari belakang."Oi,Mail! Kopi ni kopi,minum ni,duk mengelamun apa tah.Satgi sejuk kopi ni," Ayah terus tersedar dari lamunan.Entah la dia mengelamunkan apa,mungkin teringatkan arwah ibu.

Ayah tidak berkata apa-apa dan mengambil secawan kopi lalu meneguknya sedikit demi sedikit.Kopi nenek buat memang 'kaw'.
"Hang duk teringat apa tu,Mail? Ada porobolem ka apa? Bagitau la mak ni Mail,Mak ada." Ayah tergelak selepas mendengar nenek menyebut perkataan bahasa inggeris.
"Apa mak ni,bukan porobolem lah.Problem,P.R.O.B.L.E.M." Ayah mengeja untuk nenek.Nenek mengangguk tanda faham."Ha,porobolem.Mak tau la.Tak yah tukar topik,hang ada masalah apa?"
Ayah mengeluh panjang lalu berkata, "Tanah kampung kita kat tepi rumah  Pak Haji Zamir tu,kena rampas dengan orang pejabat tanah.Katanya hak milik orang lain,"
"Lah,awat jadi macam tu? Bukan ka tanah tu kampung punya,kan nak buat surau baru kat situ.Ya Allah," Nenek turut mengeluh. "Tu la masalahnya,kita nak buat surau baru kat situ.Entah la,mak.Macam-macam jadi,tu yang satu kampung riuh tadi sampai ada yang nak report polis."
"Tak dak orang nak tolong ka pasai tanah tu? Tak leh beli lain ka?"
Soal nenek."Boleh,mak.Tapi harga yang orang pejabat tanah bagi mahal sangat,kampung kita bukan kampung kaya."

⭕⭕⭕

"Kau pergi mana semalam ha?" Terpa Risya sebaik sahaja aku keluar dari bilik."Keluar makan je,asal?" Aku malas lah nak bagitahu.Bukan apa,kang pergi report dekat si Faurish tu pulak."Kau keluar dengan Faurish ke,Arissa? Bagitau la aku jangan nak berahsia sangat," Risya mengekori aku sambil memegang hujung baju aku."Ha'ah,puas hati? Amboi,sibuk je nak tahu." Aku mencubit hujung hidung mancungnya.Geram pulak si Risya ni.

"Morning," Maya masuk ke dapur sambil menggosok - gosok matanya,baru bangun tidur la tu."OMG,aku ingat momok tadi," Risya pura-pura terkejut.Aku ketawa melihat gelagat Risya."Diamlah kau!" Maya duduk di kerusi dan sempat menampar belakang Risya."Sakitlah,oi! Pergi mandi lah,Maya.Busuk!" Risya menjauhi Maya seolah - olah Maya tu busuk.

Kring! Kring!

Siapa pulak lah call  aku pagi-pagi ni.
'Luth?' aku tak bersuara.Aku mencapai telefon bimbit lalu ke luar rumah untuk bercakap dengan Luth.

"Hello,ada apa awak call saya pagi-pagi ni?" Aku memandang sekitar.Manalah tahu dia tiba-tiba muncul.

"Awak free tak harini? Kalau free saya nak ajak awak keluar."
Amboi-amboi kerap sangat ajak keluar ni,rimas pulak aku.

"Aa.. Sorry lah awak,harini memang saya tak boleh keluar sebab saya ada kelas sampai malam," Hentam sajalah labu,padahal harini aku free.Harini aku,Risya dan Maya dah plan nak pergi tengok wayang.

"La yake? Ok takpe lah kalau macam tu,nanti kalau awak free bagitahu saya tau.Bye awak," Suara Luth sedikit hampa.Lantak lah.

"Bye,"

Aku dah rancang elok dengan kawan-kawan aku nak keluar,so tak boleh cancel hanya disebabkan si Luth tu.

⭕⭕⭕

"Eh best la movie tadi,kan? Aku dah agak dah hero tu menyesal sebab tinggalkan perempuan tu." Risya semangat bercerita.Aku hanya mengangguk sambil mendengar dia bercerita tu.Maya buat tak tahu je.
"Wey Risya,daripada kau duk bercerita tu baik kau teman aku pergi tandas jap,tak tahan dah ni." Maya mencuit lengan Risya.
"Arissa,kau taknak pergi?" Maya menyoal aku,aku menggelengkan kepala."Takpe aku tunggu sini,korang pergilah." Kemudian Maya dan Risya berlari - lari anak menuju ke tandas.

"Arissa," Suara tu macam kenal.Aku beralih ke belakang,alamak! Luth? Kenapa pulak dia ada kat sini? Kantoi la pulak!

"Eh? Awak rupanya ingat sape la panggil tadi,buat apa kat sini?"
Aku tersengih."Awak tu buat apa kat sini? Bukan awak kata ada kelas ke?"
Tanya Luth.Apa la aku nak bohong dia ni,"Ouh,rehat sekarang.Saja jalan-jalan kat Mall,huhu." Luth mengangguk.

"Luth Harish!!!!" Nak terkeluar jantung aku bila seseorang menjerit nama Luth.Ternyata orang itu,Maya.
"Kau buat apa kat sini ha?! Kau nak apa lagi?!" Maya memarahi Luth.
"Hey perempuan,jangan perasan lah.Aku nak jumpa bakal wife aku,bukan kau." Lepas je Luth cakap macam tu aku mengerutkan dahi,siapa bakal isteri dia pulak?

"Bakal wife? Siapa bakal wife kau tu?! Siapa?!" Muka Maya memang nampak menakutkan.Aku tak tahu apa yang berlaku.Tiba - tiba Luth menarik lengan aku dab menggenggam erat tanganku.Ha sudah! Why me?

"This is my future wife,why? Jealous? She's more pretty than you,Maya."
Luth tersenyun ke arahku.Maya dan Risya terkaku.Aku juga begitu.

"What? Aa... Ari... Arissa?"

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now