Bab 42🌸

748 26 17
                                    

Dah seminggu Faurish tak berhubung dengan aku.Aku tak tahu kenapa.Takkanlah dia dah berubah hati dan dia memang nak Tira jadi isteri dia dan bukannya aku? Aku mesti berjumpa dengan Faurish.Aku akan pergi ke rumah dia.

Aku bergegas pergi tanpa memberitahu Maya dan Risya.Mereka masing-masing berada di dalam bilik.

Sampai sahaja di rumah Datin Faridah aku memberi salam.Terdengar suara Faura menjawab salam lalu pintu pagar dibuka.

"Kak Arissa,marilah masuk." Faura menarik tanganku lalu masuk ke dalam rumah.Aku melihat sekeliling lalu bertanya kepada Faura."Mana Faurish dengan Datin?" Faura memandang hairan kepada aku."Aik? Abang tak bagitahu ke dia pergi mana?" Faura menyoal aku kembali."Sebab tu akak datang sini,dah semingu akak call Faurish tapi sekali pun dia tak angkat,mesej pun dia tak balas." Aku memberitahu Faura."Ha?! Kenapa abang buat macam tu?" Aku menggelengkan kepala.

Faura tidak tahu apa-apa kerana semasa kejadian Faura tidak ada.Tentang Faurish yang dipaksa berkahwin dengan Tira pun tidak diketahuinya.Datin Faridah,Datuk Fakhrul dan Faurish merahsiakan perkara ini daripadanya.

⭕⭕⭕

"Kamu masih tak jumpa dengan Arissa ke,Faurish? Minggu depan kamu dah nak kahwin dengan Tira." Kata Datin kepada Faurish."Umi,macam mana saya nak bagitahu dia? Umi bagitahu saya? Kalau umi tak bersekongkol dengan perempuan tu semua ni takkan jadi,umi!" Faurish sangat marah.Dia tak sangka yang ibunya boleh bersetuju dengan Tira.Dia lebih percayakan orang lain berbanding anaknya sendiri.

"Faurish,umi faham Faurish marah umi.Tapi semua tu betul kan? Tentang apa yang jadi di dalam hotel itu umi memang tak tahu tapi kamu dah tertangkap dengan dia,Faurish.Lagipun umi tak boleh nak jelaskan dekat ayah,tengoklah ayah tu macam mana malam tu." Datin Faridah mengeluh kecil.

"Faurish tak boleh,umi.Apa yang akan terjadi kalau Faurish bagitahu dia nanti? Arissa mesti akan sedih dan akan bencikan Faurish,mi." Faurish memicit-micit dahinya.Dia sangat resah.Setiap hari dia teringatkan aku,risaukan aku.

⭕⭕⭕

Ketika aku sedang rancak berbual kosong dengan Faura,kedengaran bunyi enjin kereta di hadapan kawasan rumah Datin Faridah.

"Tu ha,dah balik dah diorang." Kata Faura sambil memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah pintu.Aku mengangguk.

"Faura kasut siapa.." Faurish terhenti setelah melihat aku di hadapannya.Di terkelu,terkaku tidak bergerak.
"Ni apa berhenti tengah jalan ni?!" Datin Faridah menepuk bahu Faurish kemudian terpandang ke arah aku dan Faura.Datin Faridah juga terkelu.

"Aunty,Faurish." Aku memberikan senyuman kepada mereka.Aku bergegas menyalami Datin."Lama dah kamu datang,Arissa?" Datin bertanya."Eh, baru je.Aunty dengan Faurish pergi mana?" Aku bertanya kembali.
Datin memandang Faurish lalu berkata "um.. Arissa duduklah ye,sembang dengan Faurish,Aunty nak masuk dalam." Aku mengangguk faham.Mataku memandang tepat Faurish.Kami bertentang mata,dia cepat mengelak memandang ke arah lain.

"Saya nak tanya awak.Kenapa awak.." Tidak sempat aku menyoalnya dia pantas menjawab " Saya dah nak kahwin minggu depan,jangan ganggu saya lagi." Faurish beredar dari tempat dia berdiri.Aku tidak faham."Faurish! Jap! What are you talking about? Awak nak kahwin? Minggu depan? Ha?" Aku mengerutkan dahi.
"Yes,Arissa! Saya tak jadi kahwin dengan awak! Maafkan saya,saya harap awak boleh terima semua ni." Faurish menuju keluar lalu menghidupkan enjin keretanya dan bergegas pergi.

Aku terkelu.Mataku tak dapat berkelip walaupun sesaat.Apa yang telah berlaku? Air mata aku hampir menitis.Faura yang sedari tadi berdiri di ruang tamu menghampiri aku dan memegang bahuku."Kak," Dia memanggilku.Setelah itu air mata aku terus mengalir laju.Aku menekup mulut,mengelakkan supaya aku tidam teresak-esak."Kak.. Faura tak tahu langsung,kak.Faura minta maaf,kak.. " Faura memegang lenganku.

"Akak pergi dulu,Assalamualaikum." Aku memeluk Faura dan kemudian berlalu pergi.

"Umi! Halang la kak Arissa! Umi!!" Faura berlari ke arah Datin Faridah yang sedang mengintai berhampiran tangga.Datin Faridah tidak berkata apa-apa.Dia juga turut mengalirkan air mata."Umi! Apa semua ni? Kenapa abang kena kahwin dengan orang lain? Umi,bagitahu la Faura!" Faura.mengoncang bahu Datin Fauridah.
Datin Faridah tetap mendiamkan diri.

⭕⭕⭕

"Saya nak kahwin dengan awak,sayang.Saya sayangkan awak sangat sangat tau.Awaklah orang yang akan membahagiakan saya,tak akan ada orang lain tau.I love you so much than everything,dear.Will you marry me?"

Kata-katanya sentiasa aku teringat.Ia terngiang-ngiang dalam fikiran aku.Aku membuka aplikasi whatsapp untuk menghantar pesanan suara kepada Faurish.

"Awak.. Sampai hati awak buat macam ni dekat saya.Awak kata nak kahwin dengan saya tapi kenapa awak kahwin dengan orang lain? Awak, awak ingat tak apa yang awak kata dekat saya? Awak sayangkan saya.Saya sayangkan awak sangat-sangat.Awak tolonglah bagitahu saya sebab kenapa.Jangan buat saya macam ni awak.Tolonglah..." Aku menangis teresak-esak selepas menghantar pesanan suara itu kepada Faurish.Dia hanya mendengar pesanan suara itu tanpa membalas.

👫 Faurish 💕
    
                            Awak... Tolonglah balas
                           saya perlukan jawapan
                          daripada awak.

Tiada jawapan yang saya
boleh berikan.Maafkan
saya,kita dah tiada
apa-apa hubungan lagi.
Cincin tu,simpanlah.
Assalamualaikum.

⭕⭕⭕

Faurish juga mengangis teresak-esak setelah mendengar pesanan suara itu.
"Maafkan saya,awak.Saya sayangkan awak,Arissa.Maafkan saya.." kata Faurish sendirian lalu melihat gambar-gambar kami dahulu.

"Nak buat apa ni?"

"Tangkap gambarlah,kita mana ada gambar berdua kan? Hehe"

Faurish terkenang semula memori indah bersama aku.Dia terasa sangatlah bersalah tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya kepada aku.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now