Bab 18🌸

1.9K 69 4
                                    

"Kau nak ke mana,Arissa?" Tanya Risya yang sedari tadi melihat tindak-tanduk aku ke hulu ke hilir."Nak keluar kejap lagi,nak cari baju yang sesuai tapi tak jumpa yang elok,nak beli pon tak sempat dah ni."Aku tidak memandangnya kerana sibuk mengelas baju."Ambil lah baju aku,banyak yang elok-elok," Maya menyampuk."Eh,takpe ke?" Aku berhenti mengelas baju dan duduk di sebelanya."Ha'ah, ni baju ni.Aku nak pakai pon tak sanggup nak pakai.Ambil terus lah kat kau,"Maya menghulurkan dress labuh yang berjenama luar negara tu kepada aku.Hairan jugak kenapa dia cakap macam tu."Tak sanggup? Kenapa?" Risya pula yang menyampuk.Maya mengeluh terlebih dahulu.

"Baju ni dia yang bagi,sebagai tanda perpisahan.Tapi aku tak sanggup nak pakai sebab aku akan teringatkan dia,so better aku bagi kat Arissa." Kata Maya,dia yang dia maksudkan tu bekas kekasihnya."Jap,beb! Dia? Takkan Harish?" Risya membulatkan mata,terkejut.Maya mengangguk perlahan."Dia dah nak nikah dah pon,biarlah mungkin kami takde jodoh," Maya terus bangun dan berlalu pergi,raut wajanya memang kelihatan sedih dan kecewa.Kesian Maya.

"Siapa Harish tu,Risya?" Aku menyoal Risya."Harish tu boyfriend Maya.Diorang dah lama couple tau,tapi tu la sejak dua menjak ni pakwe dia tu lain je,macam ada perempuan lain.Tak guna betul lah perempuan tu! Kesian Maya diorang dah plan nak tunang kot," Intonasi Risya seakan marah."Kesian pulak kat Maya,sampai hati BF dia buat macam tu," Aku memandang baju yang diberi oleh Maya.

⭕⭕⭕

Aku tidak berkata apa-apa,diam macam biasa dan memandang ke arah luar tingkap."Awak ni suka senyap tau,chill lah say something," Luth membuka bicara.Aku memandangnya lalu berkata "Kita nak kemana sebenarnya?" Luth tersengih,aku mengerutkan dahi.Dia ni,jangan buat benda bukan-bukan dah la dekat aku."Rumah saya,dinner with my family." Aku masih mengerutkan dahi,"your family? Seganlah saya,ishh!" Luth tergelak kecil "Alah,buat biasa dahla.Takde apa pon,jangan risau ye cik adik."

Luth memberi salam dan menekan loceng.Aku berasa sedikit gementar ketika berada di hadapan pintu rumah Luth.Memang besar lah rumah dia,aku sedikit terpegun.Tiba-tiba pintu dibuka,seorang wanita 40 -an memandang Luth dan berkata," Ha sampai pon," Kemudian wanita tersebut memandang aku dan melontarkan senyuman yang manis,terlihat sedikit kedutan di bahagian mata.Aku membalas senyumannya dan menyalaminya."Oh,nilah... Arissa ye? Cantik orangnya,manis." Dia memegang tanganku."Boleh masuk dah kot,Ibu." Luth mencuit wanita itu.Ya,dia ialah Puan Sri Lathifah.Pakaian dia dekat rumah ibarat aku pakai pergi jumpa raja.Memang bergaya dan semestinya mahal."Eh,ha mari masuk.Jom jom,semua dah tunggu," Puan Sri menarik tanganku.Aku hanya ikut gerak langkah Puan Sri.

Ingatkan ramai tadi,rupanya ada 3 orang yang sedang duduk seraya memandang ke arah kami sambil tersenyum.

"Bang,Lara,Luhan ni Arissa.Cantik kan?" Kata Puan Sri Lathifah kepada suami dan dua orang anaknya."come,sit down." Tan Sri menyapa.Aku mengangguk lalu duduk di sebelah anak perempuan mereka,Lara.Nampak macam 16 tahun something.
"Ni je yang aunty masak,takpe kan?" Puan Sri menunding jari ke arah beberapa jenis masakan yang dihidang di atas meja makan.
"Eh,ni pon dah banyak la,aunty.Susah susah je masak banyak macam ni," Aku sedikit kekok."Ni maid yang masak,kak.Kat rumah ni takde sapa pon rajin nak masak." Lara menyampuk."Betul,semua maid yang buat termasuklah kemas rumah," Si adiknya pula yang menyampuk.
Aku mengangguk tanda faham.Yelah rumah besar macam ni takkan takde bibik kan.Aiyo!

"Arissa,kamu asal mana?" Tanya Tan Sri sambil memandangku."Saya orang biasa je,asal Perlis.Orang kampung je,Tan Sri." Aku nak cakap pon macam kekok sebab diorang ni orang kaya,orang berada asal dah memang orang bandar aku ni pulak gadis kampung je."Ouh,eh Arissa tak payah la panggil Tan Sri,panggil uncle dah la." Kata Tan Sri."Ouh,Perlis.Aunty tak pernah ke sana,teringin juga nak merasa keadaan kampung.Nanti kita pergi nak tak,bang?" Kata Puan Sri Lathifah kepada suaminya,suaminya mengangguk sambil tersenyum.
"Luth ke Perlis haritu tidur rumah nenek Arissa la,Ibu.Best sangat tau," Luth pula menyampuk.Puan Sri dan Tan Sri saling berpandangan lalu memandang Luth."Lah,yeke? Kenapa tak bagitahu awal-awal?" Puan Sri memandang Luth.Luth hanya tersengih seraya mengangguk kepalanya.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now