Bab 46🌸

803 25 6
                                    

Petang itu, Tira menunggu Faurish pulang dari kerja di hadapan pintu rumah.Sejurus sahaja terdengar bunyi enjin kereta suaminya dimatikan,Tira terus menuju sambil tersenyum gembira.

"Kenapa,Tira?" Tanya Faurish sambil mengerutkan dahi.Faurish tertanya-tanya kenapa hari ini tiba-tiba sahaja isterinya itu menunggunya pulang kerana sebelum ini batang hidung pun susah nak nampak."I want to tell you something!" Kata Tira seraya menarik Faurish masuk ke dalam rumah sambil tersenyum girang.

"Apa?" Tanya Faurish lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa."Nah! Buka cepat!" Tira memberi sebuah kotak sederhana bewarna merah hati kepada Faurish.Faurish membuka kotak itu dengan penuh keraguan.Sejurus sahaja melihat apa isi di didalam kotak itu,biji mata Faurish membulat."Really?" Tanya Faurish seakan tidak percaya.Tira mengangguk riang."We will be mom and dad soon,Faurish." Tira memeluk tubuh Faurish dengan erat.Faurish membalas pelukannya lalu berkata "Saya harap bila kita dah ada anak ni,awak boleh ubah diri awak tu,Tira.I want you to be a good mother.Can you?" Pesan Faurish kepada isterinya.

⭕⭕⭕

Aku masih mengurungkan diri di dalam bilik.Kenapalah takdir aku jadi begini? Kenapa? Dan kenapa Luth perlu ditunangkan dengan aku? Semua ni tak adil langsung! Aku tak ada hak langsung untuk bersuara tentang hal ni.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Arissa, mari makan cu.Nek ada masak macam-macam ni.Mai makan lekas." Nenek memanggil aku dari luar bilik.Aku bingkas bangun membuka selak pintu."Arissa tak lapar,nek.Nenek makan lah dulu dengan ayah." Aku memberitahu nenek."Apadia hang ni cucu oi,makan la sikit.Hang tu tak makan dari sampai tadi.Jom la mai makan sikit,tak kesian ka kat nek masak banyak ni.Hang toksah gaduh la pasai ayah hang tu,buat tak tau dahla kat dia.Apa bahasa omputih kata? Ignore?".

"Wah hebatlah nek sekarang eh! Dah pandai speaking dah.Sape la yang ajar ni? Oklah, disebabkan nenek pandai speaking kan,Arissa nak makanlah." Aku mengaut lengan nenek."Ha.. Nek la ni pandai dah tau, Don't judge a book by its cover.Tua tua ni pun nek reti lagi nak cakap omputih.Jom kita pi dapur."

Semasa makan aku hanya mendiamkan diri,tidak berkata apa-apa sehinggalah ayah membuka suara.

"Arissa, kamu nak ke taknak ayah tetap nak kamu bertunang dengan Luth.Luth tu baik orangnya,dia boleh jaga kamu." Kata-kata ayah membuatkan aku berhenti menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Ayah,tolonglah jangan paksa Arissa.Arissa tak suka Luth tu.Bagilah Arissa pilih jodoh sendiri." Aku memberontak.

"Kenapa kamu tak suka? Sebab kamu masih sayangkan Faurish tu? Kalau betul dia sayangkan kamu kenapa dia kahwin dengan orang lain dan bukannya kamu? Kenapa? Tu maknanya dia tak sayangkan kamu.Dia tak ada usaha nak halalkan kamu macam yang Luth buat ni,Arissa." Kata-kata ayah membuatkan aku tersentap.Aku terus bangun menuju ke singki untuk membasuh tangan dan terus masuk ke dalam bilik.

"Apa hang cakap macam tu kat dia,Mail? Kawan tu takdak duk sebut nama Faurish tu yang hang duk sebut pasai apa? Mau dia tak sedih.Hang la,Mail dulu takdak pun hang duk jadi kepala angin macam ni.Sejak budak Luth tu ada tang ni hang pun jadi lain macam pasai apa?" Nenek turut bangun dari meja makan,mengutip pinggan yang Arissa tinggalkan dan menuju ke singki.

Ayah mengeluh perlahan.

"Abang, didiklah anak kita nanti dengan baik.Jangan buat dia kecewa,jangan kecilkan hatinya.Dia hanya ada abang je nanti.Bila saya pergi dari dunia ni,abanglah yang akan menjadi ibu dan ayah dia.Jadi abang tunjukkan sifat yang baik kepadanya.Biarkan dia membuat keputusan sendiri.Abang hanya memantau je dan memberi nasihat.Abang faham kan? Tolong ye bang.Saya ada abang dan emak je untuk minta tolong jagakan Arissa.Terima kasih abang."

Teringat ayah dengan kata-kata yang pernah dikatakan Ibu."Ayah minta maaf,anak.Ayah minta maaf." Seraya air mata ayah mengalir.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now