Bab 15🌸

2.1K 62 4
                                    

Usai keluar dari balai polis,Faurish menarik kasar lengan Tira lalu berkata " Hei,Tira! Kau jangan ingat aku nak kahwin dengan kau tau,aku tak ingin la betina macam kau ni!"
Dilepasnya lengan Tira dengan kasar dan Faurish berlalu pergi.Datin Faridah menjeling ke arah Tira.
"Tak guna! Buat macam mana pon you akan jadi milik i jugak,Faurish."
Tira getus geram.

"Umi percaya kan dekat Faurish? Faurish tak buat pon semua tu,umi.. Kalau Faurish disuruh junjung Quran sekalipun Faurish akan buat sebab Faurish memang tak buat." Kata Faurish sambil memandu.Dia tidak memandang Datin Faridah,begitu juga Datin yang sedari tadi tidak berkata apa - apa."Tentang Tira,Umi jangan risau.Faurish takkan sesekali kahwin dengan dia." Sambungnya lagi.

Sampai sahaja di rumah,Datin Faridah terus masuk ke dalam bilik tidurnya.Faura yang duduk di ruang rehat itu hairan melihat kelakuan uminya yang senyap dan tidak bermaya.Faurish pula menyusul lalu di hadapan Faura.

"Aa.. Abang!" Faura memanggil.Faurish memandangnya dan menyoal "Apa?" Faura menyoal kembali "Kenapa umi tu abang? Abang gaduh dengan umi ke ha?" Faura tersengih sambil mengecilkan mata.Faurish tidak berkata apa-apa lalu masuk ke dalam biliknya.Faura mencebik bibir sambil mengangkat kening,hairan juga melihat umi dan abangnya itu.

⭕⭕⭕

"Terima kasih la bawak saya round kampung ni,main air apa semua." Luth memberikan senyuman manis buat aku.Aku tergelak kecil."Sama-sama.Alah, bukan selalu saya nak bawak orang asing jalan pusing kampung.Awak beruntung tau dan perlu bersyukur sebab saya ni memang susah nak bawak orang,"
Luth menggelengkan kepala seraya tertawa dengan kata-kata aku.Aku cakap betul bukan main-main tau.

Dari jauh aku dah nampak kelibat nenek dan ayah yang sedang duduk beristirehat di atas pelantar."Ha,panjang umur budak-budak ni," Kata nenek.Aku mengerutkan dahi.
"Apa yang panjang umur? Oo.. Gosip eh?" Aku mengecilkan mata sambil.mencuit nenek."Oi gosip pasal kau kawin kau sepadan kau jatuh eh jatuh!!" Nenek mula melatah.Aku dan Luth ketawa besar.Comel betul nenek aku ni ha.Ayah menggelengkan kepala."Dah la tu usik nenek,Arissa.Ni bukan nak balik esok pagi ke?" Ayah menyoal.Aku mencebik bibir lalu menganggukkan kepala.

"La,eloklah saya pun nak berangkat ke KL jugak esok.Boleh la saya tumpangkan Arissa,pak cik." Kata Luth.Aku membeliakkan biji mata.What?! Aku nak naik dengan dia? Naik kereta pulak tu.Omg! Seganlah!
"Eh?! Tak nak lah,saya boleh naik bas tau,tak perlu la nak tumpangkan saya bagai,"Aku menolak tawaran itu."Betul la apa yang Luth cakap tu,naik sekali dengan dia la dah alang-alang dia nak ke sana jugak.Kan jimat duit kamu tu,Arissa.Betul tak Luth?" Ayah menyampuk.Luth mengangguk lalu tersengih.Ish! Tak aci betul.Nenek pun tak kata apa,nampak dia angguk-angguk tu dah tahu memang setuju.Haihh!

⭕⭕⭕

Keesokan harinya...

"Nanti Arissa balik lagi ye,ayah,nek.Assalamualikum,"Aku menyalami ayah dan nenek."Ha yelah,baik-baik duk sana.Waalaikumsalam,"Jawab ayah."Pergi dulu ye,pak cik,nenek! Assalamualaikum!" Kata Luth lalu masuk ke dalam kereta.Aku dari dalam kereta melambai mereka berdua.Tak puas balik macam ni,sekejap sangat.Rindu!

Sepanjang perjalan aku banyak senyap.Yela,nak cakap apa kan?
"Senyap je awak,mengantuk ke? Kalau mengantuk awak tidur lah,"Kata Luth sambil memandangku."Biarlah,senyap pun salah ke? Saya tak mengantuk lah," Aku menjeling ke arahnya lalu memandang ke arah tingkap.Malas nak layan.Luth tergelak kecil."Garang betul lah cik kak ni,"
Aku membuat muka menyampah dan mengajuknya semula.

"Awak duduk rumah sewa ke duduk asrama?" Luth menyoalku."Rumah sewa," Ringkas jawapan aku.Malas lah nak jawab nak cakap nak tengok muka dia.Tiba-tiba teringat pulak si Faurish Amier tu,senyap la pulak dia.Selalu dia ada ja nak mesej la,whatsapp la,call la tapi sejak malam semalam tak pula.Hairan bin ajaib.
"Awak kerja kat KL atau awak punya rumah kat KL?" Aku saja menyoal Luth."Both," Ringkas jawapannya.Dia memandangku sambil tersenyum,manis senyuman dia tu tapi aku tak berminat.Ni kalau ada Mayra mesti dah tergoda.Rindu betul dekat Mayra.

⭕⭕⭕

"Bila si Arissa tu nak balik?" Tanya Maya kepada Risya."Dia kata harini,entahlah.Wait and see," Risya mengangkat bahu.

"Assalamualikum.. Ada orang tak? Hello.. Anybody home?" Aku mengetuk pintu berkali - kali,sengaja nak kacau dua orang gadis sunti ni.
"Woiii!!" Risya memeluk aku,Maya hanya tersengih di sebelah Risya."Rindu kau,Arissa!" Kata Risya usai memelukku.Aku ketawa,"Buat teruk lah kau,Risya.Baru takde dua hari dah rindu" Aku menampar pipi Risya perlahan.Risya tergelak kecil.

"Kau ada dengar berita pasal Faurish?" Maya membuka mulut.Risya mencuit Maya.Sepatutnya Maya tidak boleh memberitahu hal ini dekat aku sebab Faurish taknak aku tahu."Faurish? Kenapa dengan dia?"
Aku mengerutkan dahi.Hairan kenapa dengannya.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now