Bab 51🌸

147 8 0
                                    

Faurish tergelak kecil melihat telatah Tira.Sambil menatapnya Faurish berkata dalam hati,'Kadang-kadang dia baik, tapi aku tak boleh cinta dan sayang dia macam aku sayangkan Arissa. Tawa dia dah macam Arissa. Aku rindu dia'. "You pergi mana tadi?" Tanya Faurish kepada Tira sambil mengisi air di dalam gelas. "Ikut suka hati i la nak pergi mana pun. Diri i bukan diri you." Balas Tira selamba tanpa melihat Faurish. "Yela, tapi you tu pregnant. Pregnant woman should not go outside lama-lama tau, baby tu la yang kesian. Masuk angin." Kata Faurish sebelum meneguk air di dalam gelasnya. Tira mengeluh kuat sambil menjeling. " I know la.. Apa you kisah sangat? Lagipun budak ni bukan anak you pun. So doesn't matter kalau mati pun." Faurish tersentak. "Tira, boleh tak jangan sebut macam tu. Apa masalah you ni?" . Tira memandang Faurish dari atas ke bawah dan mengulanginya lalu berkata "Don't start to fight. I'm tired." Tira melangkah untuk pergi dari dapur, menyampah nak dengar Faurish membebel nanti. "Tu pun jangan nak mengandung jugak!" Faurish meninggikan nada suaranya supaya kedengaran oleh Tira.

"Faurish.." Datin Faridah memanggil anak lelakinya itu. "Ye,Umi. Kenapa?" Faurish menghampirinya. "Umi nak bagi cadangan la sikit tapi kamu jangan la marah umi pulak." Kata Datin Faridah sambil melipat sejadah. Faurish mengerutkan dahi lalu bersandar di pintu masuk bilik tidur uminya. "Pasal Tira ni, apa yang korang cakap semua Umi dah dengar. Jadi Umi rasa lepas Tira dah selamat bersalin nanti elok la kamu ceraikan dia." Kelihatan riak wajah Datin Faridah yang seakan sedih bercampur amarah dek kerana Tira membohongi keluarganya. Faurish bingkas menghampiri Datin Faridah lalu memegang kedua belah bahunya sambil menatap mata uminya berkata " Umi.. Sekarang biarlah dulu perkara ni. Ye, siapa je yang tak marah kan? Sejujurnya, Faurish pun marahkan Tira. Hati ni panas membara dari sejak dia fitnah Faurish dulu. Tapi umi ingat tak? Sikit pun Umi dan papa tak percaya kan Faurish. Arissa, kesian dia Umi.. Remuk hati dia. Faurish bersalah sangat dengan dia,mi. Rasanya Umi pun rasa bersalah jugak dengan Arissa,betul tak?" Datin Faridah menundukkan wajahnya. 

"Umi.." Tidak sempat Datin Faridah hendak berkata-kata, Faurish menyambung lagi. "Jadi umi, buat masa ni kita jangan nak bagi tekanan dekat Tira sangat. Dia pun tengah mengandung, walaupun bukan benih dari Faurish tapi baby tu tetap tak bersalah. Kita tunggu sampai Tira bersalin nanti, baru Faurish sendiri yang buat keputusan. Sekarang, Umi tak perlu pening-pening nak fikir pasal benda ni and jangan bagitahu papa . Biarlah rahsia ni kita je tahu, nanti papa bukan tak tahu perangai dia. Umi pun tahu."Datin Faridah tidak berkata apa-apa. Terlihat deraian air mata yang keluar dari matanya. "Kalau tak ada apa-apa lagi,Faurish masuk bilik dulu. Faurish minta maaf kalau perkataan yang Faurish keluarkan tadi buat umi terasa hati. Good night,umi." Sejurus itu Faurish pun keluar dari bilik Datin Faridah dan menutup pintu biliknya. Selepas anaknya keluar, esakan tangisan Datin Faridah menjadi kuat. 

Beberapa bulan kemudian..

Aku sedikit gemetar sebab esok adalah hari pertama aku sebagai guru tadika. Alhamdulillah, cari sana cari sini and finally jumpa jugak kerja yang bersesuaian dengan aku dan jurusan yang aku belajar dulu. Sebelum tu aku nak kena call ayah lah.

"Assalamualaikum, ayah. Ayah buat apa tu? Sorry la Arissa lambat call ayah sebab Arissa baru je habis kemas barang-barang ni."

"Waalaikumsalam. Ayah duk sembang dengan orang masjid ni ha. Eh, takpe la. Ayah faham, Arissa kan baru je sampai kat sana. Ni kamu dah makan ke,nak?" Ayah menyoalku. Kedengaran suara kawan-kawan ayah di sebalik telefon. Meriah.

"Amboi! Apa yang disembangkan tu? Bising betul tu ha. Haha! Arissa dah makan tadi. Kenyang dah perut ni. Nervous esok nak masuk kerja."

"Entahla diorang ni. Ha eloklah, malam ni Arissa tidur awal sikit. Esok tak adalah nak letih mengajar." Pesan Ayah kepada aku.

Aku tersenyum lalu berkata "Ye,ayah. Arissa mesti tidur awal malam ni. Tak payah risau okay. Ayah tu jaga diri dengan nenek tau. Nanti kirim salam kat nek." 

"InsyaAllah. Dahla ayah nak pergi minum kopi kejap dengan orang masjid ni. Apa-apa nanti call ayah tau. Arissa pun jaga diri kat tempat orang, Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam" Setelah aku menjawab salam aku menamatkan panggilan. Aku melihat sekeliling rumah. 'Luas jugak rumah ni' kataku dalam hati. Beruntung aku dapat jumpa bilik sewa yang rumahnya tak ada penghuni lagi. Owner rumah ni pun baik siap bagikan aku beberapa barang dapur lagi. 

Pada keesokan harinya,

Aku memulakan hari aku dengan pagi yang baik. Disebabkan aku belum ada kenderaan lagi, terpaksa lah aku menempah Grab Car. "Ya Allah, permudahkanlah hari aku pertama bekerja ini. Sesungguhnya ini adalah rezeki dari-Mu dan aku niat bekerja kerana-Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin" Aku berdoa. Ketika aku sedang membetulkan rambut dan pakaian aku, bunyi notifikasi dari aplikasi Grab Car berbunyi menandakan pemandu telah sampai. Aku berlari anak dan mencapai kunci rumah. 

"Miss Alissa ar?" Tanya pemandu grab tersebut. Seorang lelaki yang berumur lingkungan 50- an yang berbangsa cina. Nama yang tertera di skrin telefon aku tertulis 'Char Ko Tiau'. Aku mengangguk lalu membalas "Yes, I am. Morning, uncle." . "Hao la, good morning aa miss. Masuk, masuk. " Uncle grab itu menjemputku masuk. "Mau pergi itu kindergarten ke? Apa bikin?" Tanya uncle grab kepada aku. "Ouh,ya. Saya teacher dekat sana, uncle." Aku menjawab soalannya. Uncle grab mengangguk faham. "Haiya, this day aa.. banyak susah tau mau dapat kerja. You aa kerja elok-elok. My daughter pun aa, takde dapat kerja lagi tau. Dia baru habis nursing oo tapi takde dapat apa kerja lagi." 

Kuat bersembang jugak uncle grab ni. "Tu la, ni hari first day saya kerja tau,uncle. I hope soon your daughter pun dapat kerja." Kata aku kepada uncle grab. "Thank you,miss.Uyoo, first day aa? Good luck aa.. You can do this." Dia memberi kata semangat kepada aku. Dengan itu, aku menjadi lebih bersemangat. Sedar tak sedar dah sampai ke destinasi aku. Sebelum keluar dari kereta aku mengucapkan terima kasih dan memberi wish 'have a good day'  kepadanya. 

Aku membelek-belek kawasan tadika dari luar. Tertera nama tadika di banner dan papan tanda di bahagian luar tadika itu. "Tadika Bijak Bestari" Aku membacanya sambil tersenyum. "Assalamualaikum, boleh saya bantu?" Aku sedikit terkejut setelah mendengar suara seorang wanita yang membelakangi aku. Aku pun menoleh dan menjawab salamnya. "Waalaikumsalam. Saya Arissa, Nurin Arisa. Saya ada dapat tawaran kerja dekat tadika ni." Aku memberitahunya. Tertulis namanya di nametag yang dipakai. Mungkin dia juga cikgu disini. "Ouh, yang minggu lepas dapat tawaran tu kan? Jom masuk, sebelum tu saya kenalkan diri saya. Nama saya Che Rasilah. Boleh panggil kak Silah. Saya ni cikgu dekat sini." Katanya sambil tersenyum manis. Cantik orangnya. Manis je. Aku mengangguk faham lalu mengikutnya masuk ke dalam tadika.

"Ha.. kejap lagi sampai la budak-budak tu. Ni akak bagi senarai nama diorang, sebab kejap lagi nak daftar dulu baru boleh masuk dalam." Kak Silah menghulurkan 3 lampiran kertas bersaiz A4 kepada aku. "Jadi kejap lagi saya kena duduk dekat meja yang luar tu,ye kak?" Aku menyoalnya. Kak Silah mengangguk. "Hai, semua!" Aku dan Kak Silah serentak memandang susuk tubuh yang sedikit gempal dan muka yang tembam itu. "Eh, ni yang cikgu baru tu ,ye?" Tanyanya lalu menghampiri aku. "Ye saya, nama saya Nurin Arissa. Boleh panggil Arissa. Akak pulak?" Aku bertanya sejurus memperkenalkan diri. "Arissa.. sedap nama awak! Nama kita Wana. Takyah akak-akak ni. Panggil je Wana. Kita pembantu kat sini. Nanti apa-apa boleh panggil kita kalau nak minta tolong,tau." Wana menjelaskan kepada aku. "Sebenarnya ada berapa orang kat tadika ni?" Aku bertanya kepada Kak Silah. " Kalau cikgu, ada 4 orang termasuk Arissa. Yang sorang lagi harini mc. Pastu lagi sorang tu part time je jadi cikgu kat sini." Kak Silah menjelaskan kepada aku. Aku mengangguk faham. "Tengoklah sekeliling dulu tau, Wana nak kemas bahagian dapur kejap. Welcome to Tadika Bijak Bestari!" Comel je Si Wana ni. Aku mengucapkan terima kasih lalu berjalan menuju ke kelas yang pertama. 

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now