Bab 40🌸

938 35 3
                                    

Luth menghampiri gadis berbaju kuning cair itu.Tanpa menyapa dia duduk di hadapannya dan bertanya."Ha,ada apa?"

Tira mengeluh kecil dan menjeling."You ni sabarlah sikit.Tak reti sabar ke? Dahla lambat!"

"Hey,Tira! Masa aku bukan untuk kau je tau.Banyak lagi kerja yang aku kena buat!" Kata Luth dengan nada yang sedikit tinggi."Yelah,yelah.Tak seronok lah dia ni." Tira menjeling.

"Okay macam ni, apa kata kita bergabung musnahkan hubungan Faurish dan perempuan tak guna tu? I take Faurish,and you take that girl." Tira mengangkat sebelah keningnya dan tersenyum sinis.Luth memgangguk kemudian berkata."All right,but how? Kau takde idea ke?" Tanya Luth.Tira tergelak kecil."Of course la I ada.I nak buat yang I ni mengandungkan anak Faurish sebab dulu i dah perangkap si Faurish.Jadi, i boleh la kata yang i pregnant." Katanya sambil mulutnya tersenyum girang.Luth diam,memikirkan bagaimana dia hendak membuatkan Arissa jatuh ke tangan dia.

"Oi! Dengar tak apa yang I cakap ni?" Tira menepuk meja.Luth sedikit terkejut."Apa? Aku dengarlah taktik kau nak mengandung tu! Sekarang ni aku tak tahu macam mana nak buat Arissa jadi milik aku."

Tira mengeluh kuat lalu menepuk dahi."Hey! Hey! Hey! You ni nak kata bengap tak.Bila dah I kata yang I mengandung anak Faurish, mestilah perempuan tu marahkan Faurish dan mereka akan berpisah! Tu pun tak boleh fikir ke."

"Ha'ah, betul jugak ye."  Luth mengangguk.

⭕⭕⭕

Malam itu Faurish menjemput aku dan kawan - kawannya makan malam di rumah Datin Faridah.

"Wah,hebat eh rumah bakal mak mertua kau,Arisaa." Maya terpegun dengan kemegahan rumah banglo Datin Faridah.Aku tergelak kecil.
"Eh,Arissa.Faurish ada abang tak?" Tanya si Risya."Mana ada,dia tu sulung.Adik perempuan ada la,Faura namanya."

Sedang kami rancak berbual,Dato Fakhrul datang menghampiri lalu menegur."Hi girls! Seronoknya berborak sampai tak sedar uncle kat sini ye." Kami bertiga terkejut kecil lalu tersengih."Sorry,uncle.Kami sembang pasal rumah uncle ni.Cantik!" Kata Risya.Dato Fakhrul tergelak lalu menjemput kami bertiga masuk ke dalam rumah.

"Wah,cantiknya! Uncle ke yang susun semua ni?" Tanya Risya sambil memandang sekeliling."Tak, semua ni kerja aunty korang.Dia suka hias-hias rumah ni." Kata Dato.Risya mengangguk faham."Eh,dah sampai ye? Come here girls!" Datin Faridah menggamit kami untuk ke sana.Aku memulakan langkah dahulu diikuti Risya dan Maya di belakang.

"Aunty masak apa ni? Nak Arissa tolong tak?" Aku menghampiri Datin.
"Boleh jugak,Arissa tolong potong bawang putih dengan bawang merah.Kawan-kawan Arissa pulak tolong hiriskan daging ye.Aunty nak buat daging tetel masak asam pedas."
Selepas dengar arahan dari Datin Faridah,kami bertiga mula membuat kerja.

Dua jam kemudian,

"Amboi.. Sedapnya bau.Masak apa tu?" Faurish menjenguk."Masak macam-macam la.Dah tolong kami hidang makanan ni semua.Jangan nak curi tulang tak buat apa-apa." Arah Datin Faridah kepada anak lelakinya itu."Aunty, mana Faura?" Aku menyoal setelah perasan yang bayang-bayang Faura tak kelihatan."Tuisyen." Jawabnya ringkas.Aku mengangguk faham.

Ding dong! Ding dong!

"Siapa pulak yang datang ni?" Datin Faridah tertanya-tanya."Faura kot,Umi." Kata Faurish."Biar saya pergi tengok." Aku meminta izin untuk ke depan.Sebaik sahaja aku membuka pintu,aku terkejut kecil melihat Tira Tajuddin berdiri di hadapan aku dengan pakaian yang agak tidak sopan dan menjolok mata.Dia tersenyum sinis ke arah aku lalu berjalan masuk sambil melanggar aku dengan agak kasar menggunakan bahunya.

"Hi everyone! Waiting for me? Wah,Datin masak apa tu? Sedapnya." Tira dengan tak tahu malu masuk dan menuju ke arah meja makan dan melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.Semua orang terdiam lalu Dato Fakhrul membuka suara."Ada apa kamu datang ke sini Tira?" Tanya Dato kepada Tira."Dinner,of course." Jawabnya sambil tersenyum.

"Kenapa tak dinner dekat club je?" Datin menyindir.Tira tergelak kecil lalu menjawab."Pandailah aunty buat lawak." Datin Faridah memandang ke arah Dato.Dato memberi isyarat tangan kepada Datin yang mengatakan bahawa 'layankan ajelah budak tu'

"Aa.. Jomlah kita." Ajak Faurish.Ketika kami semua sedang kusyuk makan,Tira mula bersuara."Actually,i datang malam ni ada hal yang penting nak bagitahu uncle dengan aunty."
Dato dan Datin saling berpandangan lalu serentak bertanya kepada Tira."Apa yang penting sangat tu?"
Tira tersenyum lalu memandang Faurish dan sempat menjeling ke arah aku.Ei! Geram betul!

"I'm pregnant." Kata Tira selamba.Semua yang sedang berselera makan terus berhenti makan dan memandang ke arah Tira."Tira! Are you serious about this? Jangan main-main! Benda ni tak lawak!" Datin Faridah bersuara lantang."Yes,of course I tak buat joke.Faurish kena bertanggungjawab.Dia kena kahwin dengan I." Tira tersenyum lebar sambil memandang Faurish.

Ya Allah! Apa lagu dugaan aku kena hadap ni?

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now