Bab 29🌸

1.8K 56 1
                                    

"Memang tak boleh nak renggang dengan Faurish kot,ergh.." Aku membebel seorang diri sambil berjalan menuju ke rumah sewa.
"Dah la tolak aku,Faurish pun kot nak tolong angkatkan fail aku." Aku menyambung bebelan aku.

"Arissa!" Bebelan aku terhenti usai aku terdengar namaku dipanggil.Aku mencari-cari di mana suara itu.Mata aku melilau mencari,tapi tak jumpa.Ish,takkan aku berkhayal pulak kot?

"Arissa,sini ni,kat sini!" Panggilnya lagi.Suara seorang perempuan.Suara yang sangat aku kenal,tapi.. Tak mungkin.

Aku memerhati pada pokok ceri di tempat parkir kereta di kampus.Ada seorang wanita berdiri di situ sambil mengendong sesuatu,nampak macam patung.Aku berjalan ke arahnya sedikit demi sedikit.Ternyata benar apa yang aku fikirkan tadi.Wanita itu adalah Mayra.Aku sangat terkejut dan menekup mulutku dengan kedua-dua telapak tanganku.

"Ya Allah.. Mayra? Mayra.. Kau.. Macam mana kau ada kat sini? Kau buat apa kat sini?" Aku masih terkejut.Mayra tersengih sambil mendodoi patung yang digendongnya.
"Shhh! Anak aku nak tidur ni,cakap lah slow sikit,Arissa." Mayra meletakkan jari telunjuknya di bibir sebagai tanda menyuruh aku untuk tidak bising."Anak?" Aku menyoalnya.
Mayra mengangguk lalu berkata "Anak aku la ni.Nama dia Mayra Arissa.Comel kan? Macam aku," Dia memandang aku kemudian memandang patung itu semula.

Rambutnya serabai,bajunya terkoyak sana sini,kainnya hanya kain batik lusuh.Keadaan fizikalnya memang tak terurus.Kasut pun tak pakai,kaki ayam.

"Ya Allah.. Mayra,kau ok ke tak? Jom,ikut aku balik rumah sewa.Panas ni,"
Aku mengusap bahunya.Aku menitiskan air mata.Mayra mengabaikan aku,dia sibuk mendodoikan patung tu.

Di tanjung katong
Airnya biru
Kononlah pula nun
Jauh di mata..

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan di simpan di dalam hati

Mayra menyanyikan lagu dekat patung tu.Lagu yang dinyanyikan Mayra adalah lagu ketika kami kecil dahulu.Aku dan Mayra suka sangat menyanyi lagu tu.Air mata aku masih tidak dapat berhenti mengalir.
Aku hanya memandangnya.Kawan baik aku yang dahulu sangat periang,kelakar dan energetic dah tiada.Ni bukan Mayra aku lagi.

"Arissa..." Tiba-tiba Mayra memeluk aku sambil menangis teresak-esak."Aku takut.. Takut.. Dia rogol aku,Arissa! Tolong aku!" Dia menangis dengan raungan yang kuat.Aku memeluknya kembali.Aku tak mampu nak berkata apa-apa.Aku mengusap rambutnya yang kusut masai itu."Aku ada,Mayra.Jangan nangis ok.. Aku sentiasa sayangkan kau.. Aku rindu kau sangat-sangat,Mayra" Mayra memegang wajahku,kemudian mengelap air mataku dengan jarinya.
"Shhh! Anak aku nangis,kau jangan nangis tau.Aku nak pergi beli susu.Anak aku nangis ni," Mayra meninggalkan aku.
"Mayra! Tunggu!" Aku memanggilnya tetapi dia mengendahkan aku.

Aku masih mengalirkan air mata.Tak sanggup melihat kawan baik aku keadaan seperti itu.
"Ya Allah, selamatkan Mayra.Lindungilah dia,Ya Allah." Aku berdoa sambil memandangnya yang sibuk mengendong patung berjalan keluar dari kampus.

Patutlah dia boleh masuk, pak cik guard kat pondok pengawal tu takda.

⭕⭕⭕

Luth masih berada di rumah.Masih memikirkan macam mana dia nak ambil tanah tu."Susah kalau orang tua tu tak nak jual,kalau macam ni aku kena kahwin dengan anak dia." Kata Luth seorang diri.

Ring!  Ring!

Telefonnya berdering.Nama Ibu tertera di skrin telefonnya.

"Hello,ada apa?" Luth memulakan dahulu."Macam mana? Dah dapat tanah tu?" Soal Puan Sri Lathifah.
"Belum,susah lah.Sabarlah sikit." Kata Luth sambil memicit kepalanya yang tidak sakit.

"Lah,kerja senang pun takleh buat? Cepat sikit bertindak,kalau tak macam mana nak dapat tanah tu.Nanti terlepas,rugilah." Puan Sri Lathifah membebel.

Luth mengabaikan sahaja bebelan ibunya itu.Sibuk je dengan tanah dia.
"Yeye, sabarlah sikit! Dahla orang sibuk ni,bye!" Luth menamatkan panggilan.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now