Bab 4🌸

3.2K 80 0
                                    

Kok kok kok..

"Ayam - ayam tu semua mau dengan hang,Mail.Manja sungguh depa kat hang," Nenek melabuhkan punggungnya di atas pelantar kayu yang terletak betul - betul di bawah pokok yang rendang.Sejuk ja.

"Ayam ni la yang duk teman saya,mak.Ni kalau ada cucu mak tu sah dia kejar ayam ni.Berterabur," Ayah tergelak kecil.Teringat pula dengan anak tunggalnya yang tak pernah duduk diam.
"Ya la,dia suka sungguh kejar ayam tu.Mak teringat pulak kat dia,buat apa la cucu aku sorang tu." Kata nenek sambil tangannya menuang air kopi o' dalam cawan.Ayah turut duduk di atas pelantar dan menikmati kopi o' nenek yang kaww dan cengkodok pisang yang masih panas.

Sedang leka berbual,sebuah kereta masuk ke kawasan rumah nenek.Siapa tu? Ayah tertanya tanya.Nenek bingkas bangun.

Seorang lelaki yang tinggi lampai,kacak dan bergaya keluar dari kereta BMW yang berwarna maroon itu.Dia berjalan menuju ke arah ayah dan nenek.

"Assalamualaikum," Jejaka itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayah.Ayah menyambutnya seraya menjawab salam.Jejaka itu mengukir senyuman." Encik ni siapa ya?" Ayah menyoalnya.Hairan."Nama saya Luth Harish, saya datang ke sini nak mencari rumah sewa yang katanya area area sini je,betul ke?".Nenek dan ayah saling berpandangan.Nenek menjawab bagi pihak ayah."Tak dak rumah sewa belah sini,cu.Kalau ada pon kat kampung sebelah sana nu,cucu ni salah kampung kot," Luth mengerutkan dahi.Memandang sekelilingnya."Jadi,ni kampung apa ya?"
" Kampung Abi," Ayah menjawab.
Luth mengangguk faham.Kampung yang dia ingin cari adalah kampung yang area bukit air tu.Kan ada home stay tapi jarang la pelancong datang sebab terpencil dan tak popular.

"Aaa.. Takpe lah kalau macam tu, saya minta diri dulu ya.Terima kasih," Luth mengundur diri,berjalan menuju ke arah keretanya." Luth, kalau nak pak cik tunjukkan jalan pak cik boleh tunjukkan," Ayah menguatkan suara.Luth beralih memandang ayah seraya mengukir senyuman yang tidak terlalu lebar.Biasa sahaja.Luth mengangguk. " Boleh juga, marilah pak cik naik dengan saya.Nanti saya hantar pak cik balik," Ayah menghampiri Luth Harish. " Eh,takpa.Pak cik naik motor pak cik je, kamu ikut ja pak cik ok?" Luth mengangguk dan menyuruh ayah pergi dahulu.Sempat lagi dia melambai ke arah nenek sambil mengenyitkan mata.Nenek tertawa.Jangan sampai fall in love dah la.

Beberapa minit kemudian..

"Sunyinya tempat ni,pak cik.Takde orang ke?" Luth membuka bicara selepas keluar dari kereta.Ayah menanggalkan helmet dan membalas. " Memang.Sebab tempat ni tak popular macam negeri lain.Biasalah,Perlis ni bukan ada apa yang menarik pon," Ayah tergelak kecil.
Luth memandang sekelilingnya.Dia memeluk tubuh.Sejuk. " Tapi fresh la udara kat sini.Rasa tenang je."

Ayah menyuruh Luth mengikutinya masuk.Di kaunter tak ada orang.Penjaga kaunter tu pergi tandas kot.
"Assalamualaikum," Ayah memberi salam.Luth memandang sekeliling.Mana tahu kot kot penjaga kaunter tu muncul dari mana mana.
"Waalaikumsalam," Seorang wanita yang berumur lingkungan 30 -an menlemparkan senyuman kearah ayah dan Luth." Saya nak check in," Luth menghampiri wanita itu.
Wanita itu hanya mengangguk.

Luth berjalan menghampiri ayah."Pak cik, dia ni menakutkan la,tak nak la saya duk sini.Seram ni," Luth menggosok - gosok lengannya.Cering bulu roma.Ayah tergelak kecil."Pulak dah, ok macam ni lah, kamu mai tidur rumah pak cik.Rumah pak cik takde sapa pon," Ayah menawarkan rumahnya.Luth serta merta mengangguk dan setuju dengan tawaran itu.
"Takpe lah,kak.Saya tak jadi," Luth terus meluru keluar meninggalkan ayah yang masih berada di kawasan kaunter itu.Ayah menggelengkan kepala.

"Pak cik,cepat pak cik," Luth menggamit. " Iyee,sabar - sabar," Ayah berjalan ke arah Luth.

⭕⭕⭕

Aku memandang ke arah Mayra yang seakan - akan ada masalah rumit,lalu menghampirinya." Mayra, kenapa?" Mayra mengeluh. " Wani,nak tunang tak lama lagi," Aku mengerutkan dahi.Siapa Wani? "Wani mana ni?" Aku menyoal. "Ni," Mayra menunjuk gambar Wani melalui phone dia.Aku mengangguk. " Syazwani Safwi, budak hot stuff kat sekolah dulu ni," Mayra memandang di screen phone nya. Aku duduk di sebelahnya,menepuk bahu Mayra. "Yang kau sedih sangat ni kenapa,Mayra?" Mayra menongkat dagu. " Untung la dia dah nak tunang.Dahla cantik,hot,putih.. Aiyoo! Aku ni dahla tak hot, takde sapa pon nak kat aku," Aku tergelak dengar ayat Mayra."Ingatkan dah kenapa jadi macam ni,rupanya jealous dengan Wani," Aku menggelengkan kepala.

Jam menunjukkan lagi 15 minit hampir pukul 8.Aku bingkas bangun untuk bersiap."Mayra, jom siap.Kelas dah la start awal harini," Aku menarik lengan Mayra.Mayra bangun perlahan - lahan.Tingkah lakunya seperti orang yang baru lepas clash dengan pakwe.Si Mayra ni la,macam - macam.

"Nanti kita pergi makan,eh?" Mayra memandang aku.Aku mengangguk.Kami keluar dari rumah sewa.Bayang Risya dan Maya masih belum nampak.Kelas pagi takde kot.

Sambil berjalan aku memandang Mayra.Aku mengerutkan dahi."Takkan lah pasal Wani tu nak tunang kau sedih macam ni,alaa.. Nanti ada la lelaki pujaan hati kau datang," Aku membuka bicara.Mayra mengeluh.Tidak membalas.Pelik tingkah laku dia hari ni.Entahlah nak.Aku tak rasa sebabkan Wani nak kahwin dia jadi macam tu.

"Aku pergi tandas jap, kau pergi la dulu," Tanpa sempat aku membuka mulut,Mayra masuk ke tandas.Aku menggelengkan kepala.Aku berjalan ke arah dewan kuliah.

"Morning, Miss Nurin Arissa,"
Aku memandang ke kanan.Dia ni rupanya,ingatkan siapa la tadi.Aku menjeling.
"Takkan jeling je?" Faurish mengerutkan dahi.
"Assalamualaikum,morning Mr. Faurish," Aku berjalan meninggalkan Faurish.Segak betul dia hari ni.Tapi ada aku kisah dia segak ke tak.Bukannya aku makwe dia.
"Waalaikumsalam,amboi belagak eh," Faurish berlari - lari anak mengejar aku.Aku menjeling.Kenapa la aku jugak yang dia nak kacau.
"Saya takde kaitan apa pun dengan awak,so perlu ke saya nak friendly dengan awak?" Aku tidak memandangnya.
"Eh,perlu.Sebab saya nak berkawan dengan awak," Faurish tersengih.Aku memandangnya. " Saya tak nak,bye!" Aku terus masuk ke dalam dewan kuliah.

Aku menghempaskan punggung di atas kerusi.Hanya beberapa student je yang ada.Jarum pada jam tangan aku menunjukkan pukul 8.15 pagi.Prof Abu pun tak sampai lagi.Aku mencapai telefon bimbit yang berada dalam beg.Ada beberapa mesej Whatsapp masuk.Salah satunya dari Prof Abu.

Prof Abu🎓
Selamat pagi semua.Hari ini kuliah akan bermula pada jam 9 pagi kerana saya ada hal sikit.So, kamu semua boleh lepak lepak dulu dekat kafe or study dalam dewan ok.See you at nine.

Patutlah tak ramai.Start pukul 9 rupanya.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now