Bab 36🌸

1.1K 36 5
                                    

Tut tut.. Tut tut...

Berdering.

Legalah aku sedikit bila telefonnya mula berdering.Mulut aku terkumat kamit berharap dia mengangkat telefon.

"Ye awak," Perkataan pertamanya setelah dia mengangkat panggilan.
"Awak ok? Saya minta maaf sebab.." Aku belum menghabiskan ayat dia menyampuk "Tiada seorang pun yang tidak mempunyai masalah.Think positive,Arissa.I'm sure that everything will be back to normal soon.Jangan risau pasal saya,saya ok."
"Hmm,saya janji akan selesaikan masalah ni secepat mungkin." Aku sebak."Bukan awak,tapi kita.Kita akan selesaikan masalah ni sama-sama." Kali ini dia lebih bersemangat.Aku tersenyum nipis.Masih sedih kerana perkara ini berlaku terlalu cepat.Nasiblah Luth tak buat perkara bukan-bukan kalau tidak pasti aku tak akan maafkan dia.

"Hmm yelah.Are you sure you are okay?" Aku ingin memastikan dia betul-betul okey.Bukan apa,nanti emosi dia terganggu pula."Jangan risau,saya okey.Awak tu jaga diri,hati-hati dengan Luth." Dia sempat memesan kepada aku.

⭕⭕⭕

"Macam mana? Selesai dah?" Tanya Puan Sri Lathifah sejurus melihat Luth turun dari tangga.Luth menggelengkan kepala."Belum,baru nak bermula." Katanya ringkas.Puan Sri Lathifah mengerutkan dahi lalu berkata dengan nada yang kasar "Lembab! Buatlah kerja tu cepat sikit,kang terlepas tanah-tanah tu habislah kita! Apa pun tak dapat!"

"Sabarlah,ingat senang ke?" Luth terus menuju ke pintu hadapan."Nak ke mana pulak tu?!" Puan Sri Lathifah menyoal Luth."Buat kerja la." Luth terus keluar dari rumah.

Luth menelefon aku.Dia hendak mengajak aku keluar.Aku tolak kerana aku memberi alasan yang aku tidak sihat.Fuh! Kalau tak kena keluar dengan dia.

"Kenapa dengan kau Arissa?" Tanya Risya sambil mulutnya penuh dengan keropok kentang."Ish! Tak senonoh la kau ni! Bagi la habis makan dulu." Maya menolak kepala Risya dengan perlahan."Aduh! Sakitla!" Risya berpura-pura sakit."Oi! Tersembur keropok kau!" Maya menarik rambut Risya dengan sedikit kuat.

Aku masih memikirkan bagaimana aku hendak menyelesaikan masalah ini.Takkanlah aku nak bagitahu Maya dan Risya tentang Luth.Aku taknak bergaduh dengan Maya kali ke dua.Nanti dia salah faham dengan aku,masalah lain pulak yang akan timbul.

Risya memuncungkan mulut ke arah aku.Maya memandang aku lalu mencuit paha aku."Kau ni kenapa? Ada masalah bagitahu jelah.Tak payah nak pendam.Tak elok" Sejurus itu,Risya turut berkata "Entah,share jelah dengan kitaorang.Kita kan kawan." Risya mengesel kepalanya di bahu Maya.Sengaja nak kacau si Maya tu."Takde apa,masalah sikit je.Insya Allah aku boleh selesaikan sendiri." Aku senyum hambar.Entah,malas nak senyum dalam keadaan macam ni Aku risau kalau-kalau Luth buat perangai lagi lepas ni.

"Ikut suka kau lah,Arissa.Kitaorang ambil berat pasal kau je." Maya bangun dari sofa lalu menuju ke dapur."Nanti bagitahu la kitaorang tau,Arissa.Jangan pendam okey!" Risya memegang erat tangan aku.Aku tersenyum sambil mengangguk faham.Bagaimana aku tak pendam kalau hal ni berkaitan Luth.

"Aku nak masuk bilik dulu ya," Aku meminta izin kepada Risya.Hari ini aku letih sangat.Tak larat nak berbuat apa-apa.

⭕⭕⭕

Faurish masih termenung di balkoni rumahnya."Abang.." Faura memegang bahu kanan abangnya itu."Hm,ada apa?" Soal Faurish."Nothing.Abang ada problem ke?" Giliran Faura pula menyoal abangnya.Faurish mendiamkan diri.Faura menggetap bibir.Dia tahu abangnya ada masalah.
'Nak kena bagitahu umi ni.' Kata Faura dalam hati.

"Nak pergi mana tu?" Tanya Faurish dengan nada yang biasa."Mana-mana je,bye!" Faura melambai sambil tersengih.Faurish menggelengkan kepala."Ada la tu nak membawang dengan umi." Faurish bermonolog sendirian."Faura dengar!" Kata Faura dari dalam rumah.Faurish menggelengkan kepala sambil tergelak kecil.

"Umi," Faura memanggil Datin Faridah yang sedang mencuci barang antik di ruang pameran."Iya." Datin menyahut tanpa memandang muka anak perempuannya itu."Umi.. Tengoklah sini!" Faura menggoncang perlahan lengan Datin Faridah."Ish budak bertuah ni! Kang jatuh pasu ni sapa nak ganti?" Datin Faridah mencubit pinggang Faura.Faura menjerit sambil menggosok pinggangnya yang dicubit oleh uminya tadi.

"Umi,kenapa abang tu?" Faura menyoal Datin Faridah sambil jari jemarinya nakal menyentuh barang-barang antik milik Datin.Datin Faridah menampar tangan Faura."Kenapa dengan abang kau?" Soalnya.Faura mengangkat kedua belah bahunya menandakan bahawa dia tidak tahu apa-apa."Takpe,kejap lagi umi pergi tanya dia.Nah,ambil kain ni lap semua ni tau." Datin menghulurkan kain yang digunakannya tadi untuk mengelap barang-barang antik tersebut."Ha?! Semua ni ke umi?" Faura merengek."Ha ah,semua tu." Datin Faridah berlalu pergi.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now