Bab 38🌸

1.1K 34 5
                                    

"Dah sampai,cik." Kata Pak Wan kepada aku.Aku mengangguk.Pak Wan membukakan pintu untuk aku kemudian aki berterima kasih kepadanya."Balik nanti jangan risau,Pak Wan hantar." Katanya tanpa aku bertanya.Aku mengangguk faham.

"Kak Arissa!" Faura menjerit riang sejurus dia keluar dari pintu rumah."Hai,Faura.Datin mana?" Tanyaku.Faura memegang tangan aku lalu berkata, "Ala.. Tak payah la panggil Datin kat umi.Panggil je umi macam Faura panggil.Jom masuk!" Faura menarik aku masuk ke dalam.Bersih,teratur dan wangi ruang tamu Datin Faridah.Halaman rumahnya pun tampak segar dengan tanaman nan hijau dan kolam ikan di bahagian tepu rumah.Cantik sangat!

Yelah,malam tu aku datang mana nak nampak sangat semua ni.Bila datang siang,dapatla aku tengok persekitaran rumah Datin ni.

"Kejap ye,kak.Faura nak panggil umi.Silalah duduk." Faura menjemput aku duduk.Dia berlari anak menuju ke tingkat atas.'Faurish pergi mana ha?' aku bermonolog dalaman.Mata aku meliar mencari bayang si Faurish tu tapi tak kelihatan.

"Cik,ini airnya." Pencarian aku terhenti disaat pembantu rumah Datin Faridah meletakkan secawan air teh di atas meja."Eh,terima kasih.Susah-susah je buat ni." Kata aku sambil memberi sedikit senyuman kepadanya."Takpe,ni memang kerja makcik." Katanya lalu berlalu pergi menuju ke dapur.

"Arissa," Datin Faridah menegur aku.Aku memandangnya sambil tersenyum lalu aku berdiri sebagai tanda hormat kepadanya."Eh duduklah.Tak payahlah nak berdiri pulak.Minumlah air teh home made ni." Katanya dengan lembut.Aku mengangguk lalu menghirup sedikit demi sedikit air teh itu.Sedap,ada kelainannya.

"Arissa aunty nak tanya sikit,boleh?" Aku mengangguk kemudian menjawab ya."Kamu nak kahwin dengan Faurish? Kamu sukakan dia? Sayangkan dia? Cintakan dia?" Soalan bertubi-tubi dari Datin Faridah.Aku terdiam sejenak.Bagaimana dia tahu? Faurish bagitahu ke? Macam mana aku nak cakap dekat Datin ni.Dia marahkan aku ke? Aduh!

Aku mengangguk perlahan seraya memberikan sengihan kepada Datin Faridah.Aku tak tahu nak cakap apa!

"Takpe, aunty faham kalau Arissa malu nak cakap.I 'm okay if both of you guys ready to be husband and wife.Aunty akan prepare semuanya.Arisaa tak payah nak risau." Datin memegang tangan aku.

"Tapi..." Aku tidak sempat menghabiskan ayat Datin sudah menyampuk. "...Tapi Arissa takut ayah tak restu kan? Aunty dah tahu semuanya,Faurish dah cerita.Tentang hal tu,kita akan selesaikan sama-sama.Aunty yakin semuanya akan kembali seperti asal." Dia memberikan senyuman yang penuh bersemangat.Aku mengangguk faham lalu mengucapkan terima kasih kepada Datin.Dia sangat baik.

"Duduk kejap,Aunty nak panggil Faurish." Datin Faridah bangun dari sofa lalu menuju ke tangga.

⭕⭕⭕

"Mak,saya rasa bersalahlah dekat Arissa dengan budak tu." Ayah duduk bersila di sebelah nenek yang sedang melipat baju di hadapan TV.Wajah ayah tampak risau dan rungsing.
"Kan mak dah pesan,pi pujuk anak hang." Kata nenek ringkas tetapi tidak memandang ayah.Ayah mengeluh kecil."Kang nanti dia halau saya pulak.Tak ke malu saya nanti,mak." Kata ayah dengan wajah yang masih berkerut risau."Tah,aku tak tau nak kata la." Sesudah itu nenek perlahan berdiri dan masuk ke dalam biliknya sambil membawa baju yang dilipat tadi.

Ayah memicit-micit kepalanya yang tidak sakit itu."Takkan aku nak pergi KL pulak kot?" Kata ayah sendirian.

⭕⭕⭕

"Saya balik dulu ya,Aunty.Terima kasih sangat-sangat." Aku menyalami Datin Faridah."Umi,biar Faurish yang hantarkan Arissa.Tak payah suruh Pak Wan hantar." Faurish memuju ke arah keretanya.Datin Faridah mengangguk.

Faurish diam sahaja dari awal.Aku sekali-sekali ada memandangnya.
"Curi-curi tengok orang pulak." Katanya sambil tersengih.Aku membulatkan kedua-dua biji mata aku lalu berkata " Takdelah, dah awak tu diam je.Bukannya saya nak sangat pon tengok awak." Aku memandang ke arah luar."Eleh,sebab saya handsome la tu,kan?" Dia mencuit aku setelah memuji dirinya sendiri.
"Eee.. Perasan betul!" Aku membuat muka menyampah.

Aku tenang sikit bila tengok Faurish baik-baik sahaja.Bukan senang dia nak tempuhi perkara ni.Tapi dia tetap cool je.Dalam hati dia,manalah nak tahu kan kot sakit ke.Lelaki kan suka pendam daripada luah.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now