Bab 23🌸

1.8K 67 1
                                    

Setibanya kami di kampung,nenek dan ayah menjemput kami dengan penuh riang.Aku menyalami ayah diikuti Faurish.Sejurus itu,keluarga Faurish juga turut sampai.

"Ramai," kata ayah sambil mencuit aku.Aku tersengih,tak berkata apa-apa."Satu bidang dengan Arissa lah ye?" Ayah menyoal Faurish."Ya,pak cik." Faurish mengangguk sambil tersenyum.

Aku memandang wanita yang keluar dari kereta tu,macam kenal tapi kat mana ya.Aku berfikir seorang diri.Oh! Dia ni la yang aku terlanggar haritu.Ibu Faurish rupanya.
"Aunty," Aku menghampiri lalu menyalaminya."Ni la Arissa tu?" Datin Faridah memandangku.Aku mengangguk.Entah dia ingat ke tak yang aku ni terlanggar dia."Cantik orangnya," Katanya sambik mengusap rambutku.Aku tersengih malu."Ibu,jangan puji sangat.Nanti kembang semangkuk pulak,terkoyak baju dia." Kata Faurish dari jauh."Apa kata macam tu,Faurish.Tu,ayah dia ada sebelah kamu tu," Kata Datin Faridah seraya menunding jari ke arah Ayah.Faurish memandang ayah lalu tersengih."Sorry pak cik,saya lawak je." Ayah hanya mengangguk sambil ketawa kecil.

"Aiyok!" Faura yang entah bila keluar dari kereta menyampuk.Mengejek abangnya."Faura,salam kakak Arissa," Kata Dato Fakhrul.Setelah itu,Faura menyalami aku.Comel betul anak dara ni."Akak bila kita nak pergi mandi waterfall ni?" Tanya Faura sejurus menyalami aku."Harini kita rehat dulu,esok kita pergilah." Aku memegang kedua belah bahunya sambil tersenyum.Faura mengeluh kecil."Tak lari pun air terjun tu!" Sempat lagi Faurish menyakat adiknya sambil mengangkat bagasi masuk ke dalam rumah,Faura menjeling ke arah abangnya.Dato dan Datin hanya tergelak kecil melihat telatah anak-anak mereka.Aku juga turut tergelak dengan mereka berdua.Lagi-lagi si Faurish tu,ada je nak menyakat.

"Ha,malam ni nek masak sedap-sedap,Deleses!" Kata nenek sambil menunjukkan ' thumbs up '.Semua orang terpinga-pinga dengan ayat terakhir nenek tu.Ayah yang memahami ayat nenek tu menjelaskan kepada kami sambil ketawa,"Delicious" Semua orang mengangguk faham."Buah apa hijau-hijau tu,nek?" Tanya Faura kepada nenek."Petai,tu bukan buah cucu oi.Tu nama dia ulam,makan dengan aiq asam." Nenek menerangkan kepada Faura.Kedengaran Faurish ketawa kecil disebabkan adiknya itu.Aku mencubit perlahan paha Faurish sambil bisik ke telinganya, " Diamlah sikit,bising lah awak ni."
"Yelah,saya diam." Faurish mencebik bibir seakan-akan merajuk.Ergh! Biarlah dia.

Selepas makan,kami solat berjemaah yang diimamkan oleh Dato Fakhrul.Usai itu,kami semua buat hal masing-masing.Selepas aku mengemas di dapur,aku pergi ke anjung rumah untuk ambil angin malam.Sejuk tau!
"Mana Faurish?" Aku yang sedari tadi mengelamun dikejutkan oleh pertanyaan ayah.Kus semangat,nasib tak terkeluar jantung aku.
"Eh? Ayah.. Entahlah,dia dalam bilik kot." Aku memandang ayah sambik menganjak sedikit dari tempat yang aku duduk untuk memberi ruang kepada ayah untuk duduk."Baik budak tu,mak ayah dia pun ok.Keluarga kaya,org berada tapi baik.Bukan senang nak cari sekarang," Kata ayah tidak memandangku.Aku tidak berkata apa-apa."Esok ayah ikut?" Aku menyoal ayah.Ayah menggelengkan kepalanya lalu berkata " Tak,esok ayah nak pergi kutip buah dengan tebas semak kat ladang Pak Talib.Kamu pergi jelah dengan diorang,luangkan masa."
"Oklah," Aku sedikit sedih sebab ayah tak ikut.Yelah,aku sorang je esok.Seganlah.

⭕⭕⭕

Bunyi enjin kereta berbunyi.Aku memandang ke arah luar tingkap.Ternampak Dato Fakhrul sedang memanaskan enjin.Aku pun turun ke bawah menuju ke arah Dato Fahkrul."Uncle, awal start enjin.Nak ke mana?" Aku menyoal."Kan nak pergi air terjun,tu yang uncle start enjin." Kata Datuk Fakhrul."Uncle,kita jalan je lah.Dekat je la.Tak jauh pun," Aku tergelak kecil."Ouh,yeke? Hehe.. Kalau macam tu uncle kena matikan enjin lah ni,ye?" Dato Fakhrul tersengih.Aku mengangguk.

"Morning," Faurish menghampiri aku dan Dato Fakhrul."Morning," serentak aku dan Dato Fakhrul membalas morning wish dari Faurish.
"Adik dengan umi kamu mana,Faurish?" Tanya Dato Fakhrul kepada Faurish."Tu.." Faurish menunding jari ke arah mereka yang sedang menuruni anak tangga rumah."Ya Allah,kenapa banyak sangat tu bawak?" Dato menepuk dahi sambil menggelengkan kepala setelah melihat Datin Faridah dan Faura membawa banyak barang.Makanan,beg pakaian dan lain-lain seolah-olah nak tidur hotel.Aku tergelak kecil.
"Kenapa? Kan nak mandi,lepas mandi mesti nak makan.." Kata Datin Faridah."Biaq pi lah kat bini tu nak bawak apa," Nenek menyampuk.
Faura mengangguk tanda setuju.
"Jomlah kita,nanti matahari naik lagi tinggi tak best dah," Aku mengajak mereka.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now