Bab12 🌸

2.3K 76 3
                                    

"Faurish!" Tira memanggil Faurish.Faurish berhenti berjalan dan memandang Tira."Kenapa?" Faurish membuat muka serius.Tira tetap memberikan senyuman yang manis dan badannya sekejap menghala ke kiri sekejap menghala ke kanan.Tergedik - gedik."You free tak malam ni? Kalau free kan.. You nak ajak awak dinner malam ni dekat rumah I"
Tira menggulung - gulungkan hujung rambutnya.Reaksi muka Faurish masih serius."Untuk apa?" Tira mengeluh."OMG! Mestilah untuk makan malam dah nama pun dinner kan,awak nak tak?" Tira tersengih - sengih."Aku taknak la perempuan! Dasar taktahu malu," Faurish mula membuka langkah untuk berjalan tetapi dihalang oleh Tira.Apa masalah perempuan ni! Geram Faurish.
"If you don't want to have a dinner at my house tonight,i will make sure you will regret cause do this to me,Faurish!" Tira kemudiannya pergi begitu sahaja,rambut lurusnya itu sengaja dilibas kuat supaya terkena muka Faurish."Gila!" Faurish separuh jerit.Geram betul dengan minah tu.Psycho.

⭕⭕⭕

"Abang! Bagi la balik! Rosak la nanti!" Kedengaran riuh - rendah di tingkat atas rumah banglo Datin Faridah dan Dato Fakhrul.

"Apahal yang bising-bising tu,idah?" Dato Fakhrul mencuit isterinya.Datin Faridah tersenyum gembira."Mana tak bising,bang.Si Faurish mengusik adik dia la.Mana tak bising si Faura tu." Gembira Datin Faridah melihat telatah anak - anaknya.

"Aip,Faurish,Faura dah la tu.. Turun makan cepat!" Dato Fakhrul memanggil."Daddy! Tengok la abang ni.." Faura mengadu kepada daddynya.Dato Fakhrul hanya mengelengkan kepala."Dah la tu,Faurish.Makan dulu,gaduh lain kali,"

"If you don't want to have a dinner at my house tonight,i will make sure you will regret cause do this to me,Faurish!"

Tiba - tiba Faurish teringat kata - kata si Tira. 'Lantak ah tak pergi pon, berani dia nak ugut aku.'

"Faurish," Faurish tersentak setelah terdengar uminya memanggil." Ha? Apa? " Datin Faridah tergelak kecil melihat anak lelakinya. " Fikir apa tu? Makan cepat nanti sejuk tak sedap dah ," Kata Datin Faridah.
Faurish tersengih.

⭕⭕⭕

Tira masih menunggu ketibaan Faurish."Ish, tak kan tak datang kot?" Tira bermonolog sendirian.Matanya fokus memandang gate manalah tahu Faurish akan datang."Sudahlah tu,sayang.Faurish tu takkan datang la.Tira tak ingat ke Tira dah buat kelakuan tak elok masa pergi rumah Datin Faridah dulu,kalau Tira tak buat perangai,dia mesti dah jatuh cinta dekat Tira." Kata Datin Dewi."No! Tira yakin Faurish akan datang!" Tira menengking.

3 jam dia menunggu,masih tidak nampak bayang Faurish.Tira mengeluh,jari - jemarinya digenggam kuat tanda geram.
"Tengok la Faurish,I akan buat you suka kat I!" Geramnya.

⭕⭕⭕

Aku terjaga dari tidur.Jam di telefon menunjukkan pukul 3 petang.Baik aku keluar ambil angin kat luar rumah.Lama tak lepak dekat pelantar yang kat bawah pokok rendang tu.

Sejurus keluar dari bilik,ternampak si mamat Luth tu tidur atas sofa dekat ruang tamu,dahla tak berbaju! Eww! Aku mengabaikannya lalu menuju ke dapur nampak nenek sedang membancuh tepung dalam fikiran aku mesti nak buat cucur bom.Sedap oo cicah sos.

"Nek!" Aku mencuit pinggangnya.
"Oi nek hang tok hang mak hang anak hang makan cucur ayam batuk kok kok!!" Nenek melatah sambil membuat gaya silat.Aku ketawa terbahak - bahak melihat gelagat nenek yang kuat melatah itu."Adui,awat yang cuit nek? Nasib tak tuang semua ni kat kepala hang," Nenek sambung membancuh tepung.Aku tersengih."Ala, lama tak kacau nek,rindu."

"Apa riuh - rendah ni?" Ayah muncul dari pintu belakang.Aku meluru ke arah ayah dalam menyalaminya."Anak hang la,Mail.Nakal," Kata nenek tidak memandang ayah.

"Mana Luth?" Tanya ayah."Tidur kat ruang tamu tu," Aku memandang ke arah ruang tamu.
Ayah mengangguk."Ayah nak air tak?" Aku menyoalnya.Ayah menggelengkan kepala."Tak pe,ayah tak dahaga pun,"

"Arissa,pi kejut Luth sat ajak dia mai makan," Nenek menyuruh aku gerak si Luth tu.OMG! Why me? Aku hanya mengangguk.

"Luth,bangun." Aku menggunakan remote control untuk menggerakkan badannya.Dia menggerak - gerakkan kaki dan tangan tapi matanya tidak terbuka.Aku mengeluh."Oi,bangun la nenek ajak makan tu,oii bangun!" Aku kuatkan sedikit suara.Luth bingkas bangun.Aku menjeling ke arahnya lalu berlalu pergi.Tak kuasa nak tengok muka dia kat ruang tamu.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now