Bab 10🌸

2.1K 63 0
                                    

"Mayra tu 'sakit',tolong aku mail carikan tok dukun mana-mana," Mak Cik Hasnah sangat risau.Kakak kepada Mayra memaklumkan kepadanya melalui whatsapp. Gambar Mayra yang tidak terurus itu ditunjukkan dekat ayah.Ayah beristighfar. "Macam mana anak kau boleh jadi macam ni,senah?" Mak Cik Hasnah hanya mengelengkan kepala.Apa yang mampu dia buat hanyalah berdoa kepada Yang Esa.

Selepas Mak Cik Hasnah pulang,ayah pun masuk ke rumah.Nenek bingkas menyoal ayah."Apahal Senah mai tu,Mail? Mak dengar pasai anak dia,awat aih?" Ayah duduk di atas kerusi malas lalu menceritakan apa yang terjadi.

⭕⭕⭕

Hari ni student sem 1 ada programme dekat luar kampus.Semua wajib pergi.Khidmat masyarakat katanya.

"Arissa!" Suara lelaki itu lagi.Apa pulak kali ni entahlah.Aku mengabaikan panggilan itu.
"Arissa,janganlah sombong sangat.Penat la saya kejar awak." Faurish memandang aku.Aku tergelak kecil. "Bukan sombong,saya tak layan orang yang saya tak kenal,ok."
Faurish mencebik bibir. "Selama ni saya orang asing lah? Hmmm," Dia acah merajuk.Apa? Ingat nak pujuk ke? Aku membiarkan saja lelaki itu.Menyampah betul!

"Arissa tolong panggil Faurish jap! Prof suruh dia angkat baju-baju tu!"
Siti memanggil aku dari jauh. " Aku jugak?" Aku menjeling. Aku berjalan ke arah Faurish,kelihatan dia tengah bermain-main dengan seekor anak kucing berwarna oren.Comel!
"Faurish! Prof panggil," Aku menghampirinya.Dia mengendakan aku.Aku ulang sekali lagi,tetapi dia tetap buat tak tahu.Aku mengeluh besar,budak ni la kan, sabar je lah!

"Oii,Faurish! Pekak ke? Orang panggil kot!" Aku menolak perlahan bahunya.
"Saya orang asing,awak cakap lah dengan orang yang awak kenal," Dia tidak memandang aku.Aku menggeleng kepala,masalah negara betul mamat ni.
"ok ok,Sorry laa.. Saya gurau je tadi,takkan lah saya tak kenal awak kan.Cepat lah,prof panggil tu." Aku berhadapan dengannya.Dia tidak berkata apa-apa lalu pergi begitu sahaja.Anak kucing tadi datang ke arah aku."Hei,kucing.Kenapa mamat tu eh,geram betul tau tak.Merajuk macam perempuan! Eiii!" Lepas je aku cakap macam tu kucing tu pun pergi."Ha eloklah!" Aku menjeling dekat kucing oren tu.

"Nurin Arissa!" Aku tergejut apabila nama aku dipanggil.Aku mencari suara itu.Oh,Risya rupanya."Apehal?" Risya menghampiri aku."Asal pakwe kau tu? Merajuk dengan kau ke?" Katanya sambil tersengih.Aku menolak perlahan bahunya. "Buat elok sikit ye kau ni,dia tu bukan pakwe aku tau! He's not my taste ok."
Risya menjeling.

Beberapa jam selepas itu tugas kami berkhidmat di Rumah Orang Tua - Tua itu pun tamat.Kesian betul tengok mereka,anak - anak tinggalkan macam tu je.Ada yang tak pernah datang melawat ibu diorang.

Semasa sedap aku berbaring atas sofa,telefon aku berdering.Tertera nama ayah di skrin.

"Assalamualaikum,ayah"

"Waalaikumsalam,buat apa tu? Amboi lama tak call ayah,sibuk sangat ke cik mek oi"

Aku tergelak kecil."Haha,mana ada sibuk sangat,bah.Tak sempat pegang telefon je ha,tadi ada program kat luar dekat rumah orang tua - tua."

"Ouh.Ayah nak tanya sikit boleh?" Intonasi abah berbeza,kali ni serius.

Aku mengerutkan dahi. "Apadia ayah?"

"Mayra ada dengan kamu ke atau.. Dia.." Abah tidak menghabiskan ayat.Aku faham apa yang abah nak sampaikan jadi aku terus menyambung. " Dia dah tak belajar,dia duduk dengan kakak dia."

Ayah tidak berkata apa - apa.Aku menyambung lagi dengan pertanyaan."Ayah tau apa - apa ke tentang Mayra?"

"Sebab ayah tak tahu la ayah nak tanya kamu,Emak si Mayra tu baru datang tadi cerita dekat abah tapi abah tak pasti apa yang sebenarnya berlaku dekat kawan baik kamu tu." Kata ayah.

"Hmm,macam ni lah,Minggu depan Arissa cuti jadi boleh la Arissa balik kampung.Nanti Arissa cerita la apa yang berlaku.Takpe lah abah,Arissa nak mandi dan solat ni kejap lagi ada kelas pulak,Bye Assalamualaikum."

Ayah menjawab salam dan talian ditutup.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now