Bab 25🌸

1.7K 52 2
                                    

"Terima kasihlah sebab tumpangkan kami kat sini dua tiga hari ni, memang seronok sangat." Dato Fakhrul bersalam dengan ayah.Ayah mengangguk lalu berkata, " Sama-sama,Dato.Nanti boleh la datang lagi,kita buat bakar-bakar ikan pulak kan?" Serentak mereka berdekah ketawa.Seronok.

"Thanks awak,hehe" Faurish tersengih-sengih memandang aku."Ya,apa buat muka macam tu? Haish!" Aku tak selesa la pulak dia pandang aku macam tu.Malu."Saja lah,awak nak ikut saya ke?" Tanyanya.Aku menampar bahunya sedikit kuat."Taknak lah!" Dia menyapu-nyapu bahunya.Sakitla kononnya.

Usai mereka beredar dari perkarangan rumah nenek,ayah mencuit aku serta berkata,"Elok dah tu,boleh la." Aku tidak faham apa yang dimaksudkan ayah.Aku hanya tersengih lalu masuk ke dalam rumah.Aku mencapai telefon bimbit yg berada di atas meja dapur,25 missed call daripada Luth.
"Dia ni dah kenapa? Benci betul," Aku bermonolog sendirian.

Kalau boleh aku tak nak berjumpa dan berhubung dengan Luth.Dialah punca persahabatan aku dan Maya terjejas.Aku dah hilang Mayra,jadi aku tak nak kehilangan Maya dan Risya.

⭕⭕⭕

Pejam celik pejam celik,cuti semester pun dah berakhir.3 bulan tu sekejap sangat rasanya.Aku membuka bekal yang nenek bagi sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.Masakan nenek memang sedap,kadang-kadang aku akan tambah bila nenek masak makanan kegemaran aku.

"Wah! Sedapnya.Apa tu?" Risya duduk bersila dihadapan aku sambil memandang bekal aku.Aku menghulurkan bekas makanan itu kepadanya."Kuih melaka,nenek aku buat.Rasalah," Aku mempelawa.Apa lagi,pantas tangan Risya mengambil sebiji kuih itu.

Aku terpandang ke arah tingkap,ternampak bayang-bayang seseorang.Susuk tubuhnya seakan Maya.Jadi aku pergi menjenguk.
Ternyata Maya sedang berdiri di luar,aku tersenyum nipis melihat dia.Dia tidak perasan aku berada di situ.
"Masuklah,kenapa duduk luar tu?" Lepas aku membuka suara,Maya terkejut,terangkat bahu.Dia tidak memandang aku dan terus masuk ke dalam rumah.Biarlah dia,bukannya aku tak cuba bercakap dengan dia.

"Eh? Maya,bila kau sampai?" Tanya Risya yang sedang makan."Baru ja," Ringkas jawabnya."Nah,sedap oo.." Risya mempelawa Maya untuk makan kuih yang aku bawa dari kampung.Maya mengambil sebiji lalu menyuap ke dalam mulutnya.Sempat dia bertanya kepada Risya. "Kuih kau bawak?" Risya menggelengkan kepala lalu menunding jari ke arah aku.Maya tidak berkata apa-apa.Aku rasa serba salah, nak cakap nanti dia tak layan taknak cakap nanti dia kata aku tak sedar diri.Aku pun rungsing tak tahu nak kata apa.

Ring! Ring! Ring! Ring!

Telefon aku berbunyi.Tertera nama Faurish di skrin.Aku cepat-cepat mengangkatnya.

"Hello,asal?"
        "Asal? Tak boleh ke nak call awek sendiri?" Kedengaran tawa kecil di hujung talian.
"Cis,awek apanya.Bila masa pulak saya awek awak?" Hati aku berbunga-bunga pulak.Adeh,takkan suka dekat si Faurish kot.Tawanya masih aku dengar.

"Bila-bila masa je awak awek saya," Dia masih dengan ketawanya.
Aku tergelak.Entahlah,intonasi dia tu membuat aku nak tergelak.Bukannya aku sukakan dia,cuma entahlah.

"Ada apa awak call saya?" Aku terus menyoalnya."Emm,malam esok awak free tak? Sebab umi ajak awak makan malam dengan kitaorang,boleh?" Nadanya serius."Esok? Hmm.. Insya Allah, saya boleh kalau tak da apa-apa." Setelah itu kami berbual-bual kosong lalu dia menamatkan perbualan kerana ada hal sedikit.

⭕⭕⭕

"Assalamualaikum," Ayah terdengar seseorang memberi salam dari luar rumah."Siapa pulak yang datang senja-senja ni?" Ayah tertanya-tanya lalu membuka pintu rumah dengan perlahan.Usai menjawab salam,ayah memandang orang itu."La.. Kamu ke Luth,mari masuk senja dah ni." Ayah mempelawa Luth masuk.Luth masuk dengan membawa sebiji beg pakaian lalu menyalami ayah.Ayah memandang beg itu tetapi tidak berkata apa-apa.

"Pak cik,saya nak minta izin nak.." Belum sempat Luth menghabiskan kata,ayah menyampuk."Nak tidur kat sini? Boleh je," Luth tersengih."Terima kasihlah pak cik,menyusahkan je.Saya ada kerja nak buat kat sini dua tiga hari ni," Terang Luth kepada ayah.Ayah hanya mengangguk.

Semestinya kehadiran Luth di kampung itu bukan bersahaja,ada niat tertentu yang ingin dia lakukan mengenai tanah di kampung itu.Jadi Luth terpaksa berbuat baik agar tanah di kampung itu dimiliki oleh Syarikatnya.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now