Bab 6🌸

2.6K 68 0
                                    

Mayra masih tidak dapat dihubungi.Aku mengeluh.Maya juga seperti hendak putus asa mencarinya.Sejak pagi tadi Mayra nampak lain,sangat lain.Tak mungkin disebabkan Wani kahwin dia sampai jadi macam tu.

"Call polis je la,Arissa.Aku penat la nak cari dia,entah takde pun kat sini.Mana tahu dia lari dari U ke."Maya menghempaskan punggungnya di atas kerusi batu.Aku mengeluh. "Tak boleh nak call lagi la,kan kena lepas 24 jam baru boleh call.Takpe, kau balik dulu.Aku cari classmate aku.Mana tahu diorang tahu Mayra kat mana,"
Maya tidak berkata apa-apa, memandang ke arah lain.Mungkin dia penat.

⭕⭕⭕

"Takpe ke saya tinggal kat sini,pak cik?" Soal Luth.Ayah tersenyum.
"Alah, takpe.Bukan ada siapa-siapa pun kat rumah ni,ada pak cik dengan nenek je," Luth mengangguk sambil memandang sekeliling.Matanya tertumpu ke arah nenek yang sedang mengail ikan di sungai yang kedudukannya boleh dilihat dari jauh.

"Kalau kamu nak rehat,naik lah ye," Ayah menyarungkan kasut but getahnya.Luth mengangguk. " Aa.. Pak cik nak ke mana?" Soalnya.
" Ke bendang," Jawab ayah ringkas.
"Ouh,Boleh saya ikut? Sebab.. Boring la pak cik,hehe" Luth tersengih.Ayah tergelak kecil lalu berkata " Ha,jom,"
Luth memegang di pemegang pintu BMW nya.
"Eh, tak payah naik kereta.Dekat je pun,kita jalan.Senaman sikit," Ayah berjalan mendahului Luth.Luth follow je dari belakang.

Setibanya di sawah padi, Luth mengesat peluh yang ada di dahinya menggunakan tisu.Ayah menggelengkan kepala.Macam tulah budak zaman sekarang,jalan tengah panas sikit dah peluh.

"Saya nak pergi dekat nenek jap,eh." Ayah mengangguk.
Luth berjalan menuju ke arah nenek.
Tidak pernah dia melihat orang memancing menggunakan kayu.Actually, bukan kayu.Itu buluh.
"Nek, ada ikan?" Luth menyoal nenek.Nenek memandangnya. "Ada,"
"Mana?"  Luth mencari di mana nenek meletakkan ikan yang  dimaksudkannya. "Dalam sungai,"
Nenek membuat muka selamba.Luth menepuk dahi dan berkata " Lah,ingat nenek dah dapat tangkap ikan dah,"
Nenek tergelak kecil. " Hang tanya,ada dak ikan, nek jawab la ada.Ikan memang ada,depa duk dalam sungai la,huhuhu" Luth tersengih.

Sedang mereka berbual, kail nenek bergerak.Itu menandakan umpan sudah terkena.Nenek terus menarik kail ke darat.Seekor ikan puyu yang tembam diperolehnya.

"Wah! Besarnya ikan ni!" kata Luth dengan teruja. "Ha,kalau dapat banyak sikit,boleh la buat goreng dak pun buat gulai ikan,sedap ni." Kata nenek sambil membuang mata kail yang tersangkut di mulut ikan puyu itu.Luth mengangguk setuju.Dalam fikirannya sudah terbayang gulai ikan untuk dimakan tengah hari nanti.

⭕⭕⭕

Semua orang tak tahu Mayra dimana.Aku berhenti mencarinya dan pulang ke rumah sewa.Maya dah balik dulu sebab dia letih.

"Assalamualaikum," Aku membuka pintu rumah.Kelihatan Risya dan Maya sedang berbual sambil makan jajan di ruang tamu.
"Waalaikumsalam," Serentak mereka menjawab salam. " so? " Maya memandang aku.Aku menggelengkan kepala."Aku habis idea dah nak cari Mayra kat mana.Classmate kitorang pun tak tahu dia pergi mana.Tanya Prof Abu,dia kata ' sesuatu yang hilang,pasti akan ditemukan '," Aku membuat gaya seperti Prof Abu.Risya tergelak kecil.

"Meh,duduk la dulu,Arissa.Kesian kau penat.Seharian kau cari Mayra," Risya menarik lenganku.Aku duduk disebelahnya."Aku pun pelik sebab apa Mayra tiba-tiba je hilang,ada something happened ke kat dia?" Maya menyoalku.Aku menggelengkan kepala.Tak tahu."Tapi,ada la dia buat frust pasal kawan sekolah kitorang nak kawin dah,tapi aku tak rasa sebab tu dia sampai nak hilangkan diri,"
Masing-masing mengeluh.

Kringgg kringg...

Telefon bimbit aku berbunyi."Mayra!"
Aku cepat-cepat mengangkat panggilan.

"Mayra! Kau pergi mana?! Kau tahu tak kami semua risau kau! Kau pergi mana,kenapa dengan kau ni?! Asal kau tak bagitahu aku or sesiapa?! Balik la,Mayra," Aku mulai gelabah.Risau.

Terdengar esakan di hujung talian.Aku menjadi lagi risau selepas terdengar tangisan itu.

"Mayra? Kau ok tak ni? What happened with you?" Aku melembutkan suara.

"Arissa, aku.. Aku tak boleh balik sana dah,aku.. Kena pergi dari sini,"Mayra membuka suara.Kedengaran suaranya yang serak-serak.

"Hah?! Tapi kenapa? Sebab apa kau tak boleh balik sini? Kau kena culik ke?"Aku menyoalnya bertubi-tubi.Risya dan Maya turut mendengar perbualan kami.

"Bukan.. Aku ok,aku memang tak boleh balik, I'm so sorry, aku dah menyusahkan korang semua.Maafkan aku ya,aku ok.Korang jangan risaukan aku,aku call ni sebab nak bagitahu kau pasal ni je,esok aku pergi rumah sewa sebab nak ambil barang-barang aku,"

Tutttt..

Talian terputus.

"Hello? Mayra?!" Aku hampir menangis.Kenapa dengan Mayra sampai dia nak pergi dari sini? Pelbagai persoalan yang tertimbun dalam fikiran aku.

Maya dan Risya turut terkejut dengan tindakan Mayra.Kenapa dia berbuat sedemikian?
"Aku tak faham lah! Asal ah dia tu?!" Maya geram. "Arisaa penat penat cari dia,sampai malam baru balik,dia boleh call cakap yang dia tak boleh nak tinggal kat sini dah?! Oh my gosh!" Sambungnya lagi.
Risya tidak berkata apa-apa,apatah lagi aku.Apa motif Mayra sebenarnya? Dia ada masalah ke sampai tak boleh tinggal kat sini? Ya Allah! Mayra!

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now