Bab 13🌸

2K 63 2
                                    

Luth memandang aku.
"Apahal kau?" Aku mengerutkan dahi.Luth menggelengkan kepala sambil tersengih.Eww!

"Anak pak cik tu memang macam tu,Luth.Garang sikit,macam arwah mak dia." Kata ayah kepada Luth sambil memandangnya.Nenek hanya mengangguk.Aku menjeling ke arah Luth.Entahla kenapa menyampah sangat dengan dia.

"Ha,Arissa satgi bawak Luth jalan round kampung.Jalan kaki syok la boleh sembang sembang,"Nenek mencuit bahuku."Alah,suruh ayah je la kenapa Arissa pulak nak bawak dia,nek? Ayah, bawak la dia ni jalan," Aku merengek.Ayah pura - pura tidak mendengar kata - kata aku.Luth menghampiri ku dan berbisik " Terima la hakikat yang awak kena bawak saya,diorang bagi 'chan' la tu." Lalu mengenyitkan mata kananya dan mengangkat kening.Apa la masalah si Luth ni! Menyampah lah!

⭕⭕⭕

"Call tak angkat,mesej tak balas.Pergi mana minah ni? Hmm, ke dia memang tak suka aku?" Faurish bermonolog sendirian.Hairan juga sebab apa aku tak layan dia.Baru dia tahu aku ni jenis tak layan lelaki.

"Pahhh!" Faurish tersentak.Terkejut dengan adik kesayangannya itu,sengaja buat Faursih terkejut.
"Adik!" Faurish menarik rambut lurus adiknya."Auch! Sakitlah abang! Ish,orang nak main - main pon tak boleh ke? Benci betul." Faura mencebik bibir sambil menggosok kepalanya yang sakit.
"Tak boleh,kalau abang ada sakit jantung ke macam mana? Nak abang mati kat sini? Dahla tengah badmood ni," Faurish menjeling je arah adiknya.Faura tersengih lalu berkata " Badmood? Amboi,sebab apa abang? Cer cita sikit," Faurish menggelengkan kepala tanda tidak mahu.Adik dia tu dah la pengedar cerita no.1 dalam rumah.Bahaya!

Tiba - tiba telefon bimbit Faurish berbunyi.Tertera nama Tira di skrin.

"Hello,asal?" Faurish mengangkat panggilan itu.
"Faurish!! Tolong I!  Please! I've been kidnapped! Tolong i Faurish!"
Tira menjerit.
"Ya Allah! Ni awak kat mana? Ok tak tu? Kejap!" Faurish terus bergegas mengapai kunci keretanya lalu bergerak ke lokasi yang diberitahu Tira.

Setelah sampai di lokasi yang ditetapkan,Faurish terus meluru ke dalam bilik hotel yang diberitahu oleh Tira.

"Tira! Are you alright?! Mana penculik tu? Diorang buat apa-apa ke kat awak?" Faurish memandang sekeliling.
Tira ketawa.Ketawanya memang puas sebab Faurish dah terkena.
"You dah masuk perangkap i,dear.Wait for another surprise," Tira mengoyakkan lengan bajunya,membuat dirinya seolah - olah dirogol oleh Faurish.

"Tak guna kau perempuan! Apa yang kau nak sebenarnya,Tira!"
Faurish menampar pipinya.

Tok tok.. Tok tok.

Tiba - tiba kedengaran bunyi ketukan pintu bilik.Inilah game Tira.Dia hanya nakkan Faurish itu saja.

Faurish membuka pintu,ternyata ada beberapa orang yang memakai baju melayu dan songkok serta seorang tok imam.
"Apa yang kamu telag buat ni,nak? Kami dapat aduan dari pihak hotel yang kamu telah melakukan maksiat di sini," Tok imam itu memandang mereka berdua,cuma semasa memandang Tira, Tok imam itu menundukkan pandangannya.

"Tapi,pak imam dah salah faham ni.Saya kena tipu dengan perempuan ni!" Faurish kelihatan sangat takut.Yelah,dia tak buat pon.Kesian Faurish! Tira tidak berkata apa - apa.Dia tersenyum kerana rancangannya berjaya.

⭕⭕⭕

Datin Faridah baru pulang dari mesyuarat dengan Persatuan Datin Datin (PDD).Datin melabuhkan punggung di atas sofa import yang empuk dan selesa itu.Baru saja dia hendak merehatkan diri,ada satu panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya.' siapa pulak ni? Kacau lah,' omelnya dalam hati.

"Hello?"
"Assamualaikum,ini emak kepada Faurish Amier ke?" Suara seorang lelaki muncul di dalam talian.
"Iya,saya.Ada apa ya?" Datin Faridah mengerutkan dahi.
"Sila datang ke balai polis sekarang,anak puan telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam kerana melakukan hubungan sulit dengan seorang perempuan."
Usai Datin Faridah mendengar kata lelaki itu, dia terus menekup mulutnya lalu dipicit kepalanya.

"Ya Allah,Faurish apa yang kamu buat ni!" Datin Faridah menggelengkan kepala.Talian sebentar tadi diputuskan.Lidahnya terasa kelu,dia berfikir bagaimana jika suaminya tahu tentang hal ini,bagaimana dia ingin berhadapan dengan datin - datin yang lain.Malu lah dia.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now