Bab 16🌸

2.1K 79 3
                                    

"Ah,takde apa pon la,Arissa.Saja je Maya cakap macam tu sebab lama dah dia tak datang sini kan,hehe" Risya menolak Maya masuk ke dalam rumah.Aku mengerutkan dahi,hairan."Ada something yang aku tak tahu ke? Korang ni jangan la berahsia," Aku mengikut mereka dari belakang.
"Asal kau tak bagitahu je?" Bisik Maya."Bagitahu apa? Kan Faurish taknak dia tahu," Risya melindungi dirinya dari Arissa,nanti kantoi la duk berbisik-bisik macam tu.

"Korang buat apa ni?" Arissa muncul dari belakang mereka.
Risya dan Maya tersentak."Takde apa lah,nak bincang nak makan apa nanti,tu je" Kata Risya.Aki mengangguk,pelik lah diorang ni.Haihh.

⭕⭕⭕

"Faurish tak contact kau ke,Rissa?" Saja Maya menyoal aku.Aku menggelangkan kepala lalu mengeluh,"Haih,entalah sejak dua menjak ni teringat kat dia,lama dia senyap.Mungkin aku ada salah dengan dia kot,Rindu la pulak kat dia."Tiba - tiba aku mengimbas kembali moment - moment aku dengan Faurish tu.Asal rindu sangat ni? Ya Allah!!

"Kau rindu dia? Haaa tu tandanya..."Maya memandang Risya,Risya pula menyambung " Tandanya kau cintakan dia!!" Risya mencuit pinggangku.Aku mengerutkan dahi lalu mencubit lengan Risya.Yang si Maya lari sembunyi.Terhibur betul dengan diorang ni,tapi kalau ada Mayra lagi best.Hmm.
"Pandailah korang ni,cepat la siap Kelas nak mula dah korang tak siap lagi.Jom cepat!" Aku mengemas bantal kecil di atas sofa,lalu membetulkan rambut yang sedikit kusut.

⭕⭕⭕

"Assalamualaikum,Aunty.Ni Luth ni ha,ada kat rumah tak? Luth nak singgah rumah jap,boleh?" Luth menelefon ibu saudaranya,yelah alang - alang dah dekat area rumah aunty dia takkan tak singgah ye tak?
"Waalaikumsalam,Luth.Eh boleh sangatlah,mari la singgah."Kata Aunty Luth."Okey,kejap lagi sampailah,tunggu eh.Bye!" Luth menamatkan perbualan.

"Sape call tu,Mummy?" Tanya Tira."Luth,dia nak datang singgah." Kata Datin Dewi,tidak memandangnya."Ouh,interesting," Tira tersenyum sinis.Ada saja plan dia.Entahla apa masalah dia semua lelaki nak try,sepupu sendiri pon nak try ke? Ini teruk sangat ni."Ha,jangan nak interesting sangat,Tira.Luth tu sepupu kau," Datin Dewi berlalu pergi,sempat Tira menjeling ke arah Datin.

Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi enjin kereta,Luth dah sampai.Macam biasa keluar dari kereta dengan penuh maskulinnya.Setiap gadis yang tengok mesti cair mair.Hahaha.Ok sambung!

Tira mengintai Luth dari dalam,nak keluar pun malas lah,biar Datin Dewi je yang keluar."Emm, not bad huh," Katanya sendirian.
Luth menyalami Datin Dewi,lalu Datin menyapanya masuk.
"Sorang je? Dari mana kamu ni?
Soal Datin Dewi kepada Luth.
"Dari utara,ada hal sikit." Jawab Luth sambil memandang kelibat seorang perempuan di sebalik langsir.Dia mengerutkan dahi.Siapa lagi kalau bukan Tira."Aunty,who's that?" Tanya Luth seraya tergelak kecil.Datin Dewi menoleh ke belakang lalu menepuk dahinya,digeleng kepalanya,tak faham dengan perangai anak perempuannya itu.

"Tira! Kamu buat apa dekat situ? Mari sini!" Suara Datin Dewi sedikit kuat.Tira keluar perlahan - lahan sambil tersengih macam kerang busuk."Duduk sini," Kata Datin Dewi lagi.
"Ouh,ni la Tira? Besar dah dia ye,Sihat?" Luth menyapanya.Tira tersengih sambil mengangguk.Datin Dewi yang melihat tingkah laku anaknya itu hairan,Termakan dadah ke apa anak aku ni? Katanya dalam hati.

Luth anak kepada kakak Datin Dewi iaitu,Puan Sri Lathifah.Hubungannya dengan kakaknya tak berapa nak baik sangat disebabkan perebutan wasiat ibu bapa mereka.Tapi Datin Dewi tidak memarahi anak kakaknya kerana itu hal adik beradik dan tiada kaitan dengan anak - anak.

"Nak tidur sini ke,Luth?" Tanya Datin Dewi.Luth menggelengkan kepala," Eh tak lah,Aunty.Luth datang saja je singgah," Datin Dewi mengangguk.
"Awak ni handsome lah," Kata Tira lalu menghampiri Luth.Sememangnya Luth tak selesa dengan tindakan anak ibu saudaranya itu.Adoii! Menakutkan! "Tte.. Terima kasih," Luth tergagap disebabkan Tira,bukan tergoda tapi cara dia tu macam tak betul je.Eww!
"Aaa.. Luth rasa Luth balik dulu lah,Aunty sebab masa pon tak mengizinkan ni,Terima kasih lah ye,"
Luth bingkas bangun dan menyalami Datin Dewi kemudian berlalu pergi.

"Kamu ni dah kenapa Tira?! Don't be so rude please,he's your cousin not Faurish!" Datin Dewi memarahi Tira dengan kelakuannya sebentar tadi.Memalukan! Tira menjeling lalu berkata, " So? If he's my cousin tak semestinya I tak boleh tackle kan? Sibuk je lah Mummy ni,jaga hal mummy dah la," Tira bingkas bangun dan menghentakkan kaki,merajuk lah konon dengan Mummynya.

⭕⭕⭕

"Nak ke mana tu?" Tanya Datin Faridah kepada anaknya,Faurish usai melihat anak lelakinya itu bergegas keluar dari rumah."Jumpa kawan,penting" Faurish tidak memandang Uminya lalu bergegas pergi.Faurish cuba menelefon aku tapi tak dapat,sebab aku matikan telefon,kan aku ada kelas.

Usai sahaja kelas tamat aku on lah balik."25 missed call? Biar betul dia ni," Aku hairan.Entahla kenapa bantak kali sangat call aku.

"Arissa!!" Suara siapa lagi kalau bukan Faurish Amier tu.Rindunya.
Aku menoleh ke belakang dan tersenyum."awak ni kan,saja eh? Asal call banyak sangat? Saya ada kelas lah!" Aku buat - buat seakan nak tumbuk dia,saja la.Huhu.Dia tergelak kecil, " Sorry, mana la saya tahu dah awak pun tak bagitahu dah la tak call saya pon.Chat kat whatsapp pon tak balas,dah la rindu." Faurish mencebik bibir,merajuk.Suka betul merajuk."Saya sibuk tak sempat nak balas,merajuk je tahu.Dah la!" Aku mencubit lengannya.Geram.

"Kat sini you alls rupanya,elok lah Arissa kat sini,i want to talk something," Entahla bila dia muncul.Siapa lagi,si Tira lah.Aku mengerutkan dahi,"Apa?" Tiba - tiba nak cakap dengan aku,ni mesti ada apa-apa.Air muka Faurish berubah takut si Tira beritahu aku hal tu.

P/s: Hi readers tersayang! ♥ Terima kasih support novel Kita Kawan Sampai Kahwin ni tau! thnks jugak yg voting,yg tak putus² suruh update hehe.Di kesempatan ni Echa nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin untuk uolls semua,insya Allah lepas raya sis akan update lagi ok! Tunggu tau!
thank you again gaiss!! 😘💕💖

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now