Bab 11🌸

2.4K 69 0
                                    

Tepat jam 9.30 pagi aku sampai di Perlis.Aku dah menelefon ayah yang aku sudah sampai jadi dia tengah OTW lah kot.

"Luth,boleh tak mintak tolong pergi ambil anak pak cik dekat stesen bas dekat Bukit Lagi tu? Pak cik ada kerja ni tak boleh pergi ambil dia."Ayah meminta tolong Luth.Luth mengangguk. " Boleh je,anak pak cik tu yang mana saya mana kenal,pak cik." Luth menggaru kepala yang tidak gatal.Ayah menunjuk gambar aku kepada Luth."Nah,ambil gambar ni,kalau tak jumpa jugak kau rabun la tu," Luth mengangguk dan ketawa.Buat lawak pulak ayah ni.

"Ish,lamanya ayah ni.Orang call tak angkat pulak." Aku mengibas - ngibas menggunakan buku yg tak terlalu tebal sebagai kipas.Panas,jadi inilah yang terbaik guna apa yang ada.

"Nurin..... Arissa anak pak cik Mail?" Tiba - tiba seorang lelaki yang berkaca mata hitam berpakaian segak dan orangnya pon segak menegur aku.OMG, macam mana dia tahu nama aku? Takkan budak kelas aku dulu? Or budak U sekali dengan aku?
"A'ah, umm.. Encik ni siapa ye?" Aku menyoalnya."Saya Luth,Luth Harish.Bakal menjadi jodoh awak." Katanya sambil tersenyum manis.Dia menanggalkan kaca mata hitamnya itu.Aku tiba - tiba jadi noob sekejap."Haha, awak ni saya lawak je janganlah serius sangat.Nama saya Luth,jom lah.Kesian anak Pak Mail ni tunggu lama." Luth mengangkat beg aku. "Jap,macam mana awak kenal ayah and macam mana kenal saya? Awak ni siapa dan perlu ke saya ikut awak? Entah - entah awak ni penculik ke perompak ke peragut ke penjual organ ke apa ke." Aku berasa was - was je nak ikut mamat ni.Yelah,zaman sekarang ni mana boleh percaya dekat orang kan.

Luth tergelak besar tapi dikawal ketawanya supaya nampak maskulin gitu."Awak ni, persepsi negatif betul ye.Panjang ceritanya jadi biarlah saya cerita dekat awak dalam kereta nanti,tapi sekarang jom kita masuk dalam kereta sebab panas ni." Luth membimbing beg aku dan menuju ke bonet keretanya.Aku ikut saja dia tak berkata apa - apa.

Semasa dalam kereta Luth menceritan apa,kenapa dan bagaimana dia mengenali ayah dan lain - lain.Aku hanya mendengar ceritanya sahaja.Tak tahu nak cakap apa.

"Assalamualaikum!" Aku berlari - lari anak ke arah dapur.Kedengaran suara nenek menjawab salam."Nenek!" Aku memeluk nenek yg sedang menganyam ketupat.Nak kata raya tak,tapi ada la kot nak jual dekat orang kampung."Ya Allah, cucu oi! Bila sampai? Nek taktau pun.Abah hang kot nak bagitau kat nek.Mai mai duk tengok nek buat ketupat ni." Nenek mempelawa aku duduk.

"Assalamualaikum," Luth memberi salam.Aku dan nenek menjawab salam serentak."Beg awak," Luth menghulurkan beg kepada aku sambil tersenyum."Thank you " Dia mengenyitkan mata dan tersenyum nakal.Apalah dia ni,mesti playboy.

Nenek tersenyum selepas melihat gelagat si Luth tu.Aku menggelengkan kepala. "Apa bendalah dia tu,amboi nenek senyum - senyum dia ye,nak tolong apa - apa tak ni?" Aku menyoal nenek. "Tak yah la,hang pi naik pi mandi pastu hang rehat tapi lagi bagus hang bawak Luth pi jalan keliling kampung kita,dia budak bandar." Nenek bersuara tanpa memandang ke arah aku sebab dia fokus buat ketupat."Ha? Bawak dia tu? Hmm, tengok lah macam mana nanti." Aku membimbit beg kemudian masuk ke dalam bilik.

Satu notification masuk;

Hi,Arissa.Awak kat mana? Saya pergi rumah sewa awak,Risya and Maya kata awak balik kampung,betul ke?

Mesej itu dari mamat kuat merajuk tu lah,Faurish.Dah alang - alang aku baca baik aku balas kan?

Hi. Ha'ah saya balik kampung.Asal? Ada apa - apa masalah ke kalau saya balik kampung? Sibuk je nak tahu.

Sebaik sahaja aku nak baring,satu mesej lagi masuk.Cepat betul dia balas.

Eh mestilah ada masalah, masalahnya kalau awak jauh hati saya resah,kalau awak dekat saya ok lah.Hehe.

'Mental ke apa dia ni' omel aku dalam hati.

Cis! Bukan awak merajuk ke? Apahal tiba - tiba ok pulak? Dah la jangan mesej saya.Takda masa nak layan awak,saya ada banyak kerja lagi nak buat.Bye!

Aku terus mematikan telefon bimbit.Yelah, rimas lah!

⭕⭕⭕

"Mummy, i nak Faurish!!" Tira menghentak - hentak kakinya seakan - akan anak kecil.

Tira Tajuddin sememangnya anak tunggal kesayangan Datin Dewi dan Dato Tajuddin.Cuma Datin Dewi yang terlalu manjakan Tira berbanding Dato yang bertegas dengannya.

"Ye sayang.Mummy tahu you nak Faurish.Sabar ye,Mummy akan make sure you dapat Faurish ok," Datin Dewi mengusap rambut Tira dengan perlahan.Tira hanya mengangguk.
"Tapi, ada sorang perempuan ni yang selalu ada dengan Faurish,Mummy.Tira nak kerjakan dia cukup - cukup nanti.Biar dia tahu siapa Tira Tajuddin!" Katanya sedikit kasar.Mukanya menjadi bengis.Geram dengan aku la tu.

⭕⭕⭕

"Assalamualaikum," Faurish memberi salam.Tiada orang yang menjawab.Mana semua pergi? Faurish mengerutman dahinya dan menggaru kepalanya yg tidak gatal. " Umi, oo.. Umi," Faurish memanggil Datin Faridah.Sunyi je.Bibik pon takde.Kemanakah?

"Haa!!!" Tiba - tiba seseorang menerpa ke arah Faurish dan sememangnya membuatkan Faurish bagai nak pengsan.Sapa lagi kalau bukan adik kesayangannya,Faura.

"Woi,budak! Bila kau balik?" Suara Faurish bertukar ceria.Rindu betul dengan adik bongsunya itu.Faura tersengih sambil berkata " Ha,adalah mana boleh bagi tahu,abang." Faura meninggalkan Faurish dan menuju ke arah dapur.Faurish mengikut jejaknya."Umi dengan Daddy mana?" Dia menyoal.Faura mengangkat bahu tanda dia tidak tahu."Bibik?" Fauriah menyoal lagi.Kali ni Faura menggelengkan kepalanya.

Faura telah terlibat dengan program pertukaran pelajar.Jadi dia menetap di luar negara selama 6 bulan.Dekat mana? Ha kejap lagi tahu lah dia belajar dekat mana.

"Seronok duduk Korea?" Faurish melabuhkan punggungnya di atas kerusi di meja makan."Mestilah! Kalau boleh taknak balik sini,tapi sebab cuti tu yang Faura nak balik rindu dekat Umi Daddy," Faura turut duduk di sebelah abangnya.Faurish mencebik bibir. " Diorang je? Habis abang? Tak rindu ke?" Faurish pura - pura merajuk.OMG! Memang lelaki suka merajuk ke macam mana? Haih.
Faura tergelak kecil lalu menolak kepala Faurish perlahan."Eh,pak cik! Rindu la gila tak rindu.RIndu nak gaduh rindu nak curi barang dia," Faurish menepis tangan Faura lalu menjeling ke arahnya. " Hek eleh.Mana souvenir abang? Takkan takde?" Faura menggelengkan kepala."Not available for you,Arasso ?( bahasa korea yg bermaksud ' faham?' )" Faurish mencebik bibir lagi,menyampah bila dengar dia berbahasa korea."Eleh,abang pon tak hingin la,tuii! Dahla nak naik,mandi lagi bagus!" Faurish bingkas bangun dan menuju ke tangga.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now