Bab 1🌸

4.6K 116 7
                                    

Rasa excited tu memang ada.Mana tak excited,dah lama bercita-cita nak masuk Universiti.Alhamdulillah,aku dapat menjejakkan kaki disini.

Sebelum aku bertolak tadi,ayah berpesan agar aku menjaga tingkah laku dan menjaga diri sendiri dengan baik.Nenek juga begitu.Inikan Nurin Arissa Foo,mestilah boleh jaga diri sendiri.Don't worry.Sampai saja di stesen bas Kuala Lumpur, aku menunggu teksi untuk pergi ke rumah sewa di Shah Alam yang aku,Mayra dan Fasha tempah minggu lepas.Sambil aku menunggu teksi,aku mendail nombor Mayra.

"Hello.." Kedengaran suaranya seperti baru bangun tidur.Aku tergelak kecil.

"Hello,cik Mayra ni bangun dah ke belum? Macam tengah menikmati tidur je,"

"Ishh,kau ni Arissa.. Kacau aku la,dah kenapa kau call aku pagi-pagi buta ni," Mayra merengek.

Aku menepuk dahi."Woi,cik Mayra sayang, Sekarang ni dah pukul 11 tengah hari ni.Pagi-pagi buta apanya,"

"Laa.. Yeke? Ha,ada apa kau call ni?" Kali ni suara dia dah ok dah.Tak dengar serak-serak dah.

"Aku sampai dah ni,kau kat mana ni?"Aku menyoalnya.Bukan apa,takut la i alone kat sini.Dahla ada banyak mat mat bangla yang berlagak macam Shah Rukh Khan dan Salman Khan kat sini.

"Aku duk kat rumah kakak aku ni ha,kau sampai dah ke? Jap eh, aku pergi ambil kau,ok.Tunggu situ jangan pergi mana,"

"Kau nak ambil aku? Kau mana ada lesen,"Aku mengerutkan dahi,hairan lah,dia mana ada lesen.

"Ishh,minah ni.Aku pergi dengan kakak aku la,haiyoo.Jap tau.. Aku nak mandi,bye," Mayra memutuskan panggilan.Aku baru nak cakap,tapi takpe lah.Tunggu je la dia datang.

Lebih kurang sejam gak la aku si Mayra ni.Akhirnya sampai jugak ke destinasi.Kakak Mayra yang memandu,cantik orangnya.Nak tahu nama? Nama dia Mutiya.Ok dah.

"Thanks,kak Mutiya,bye!" Kami berdua melambai tangan ke arah Kak Mutiya.Pandai dia jaga kereta Honda Accord dia tu,nampak macam baru.
"So.. Let's go in," Mayra menarik tangan aku.Aku mengikutnya.Alhamdulillah,agak besar rumah ni.Bilik ada kosong lagi dua,siapa agaknya yang akan menyewa bilik-bilik tu.Aku dan Mayra memilih bilik yang sedikit luas,bukan apa untuk keselesaan sendiri.Kami dua bayar lebih ok!

"Kita kemas-kemas dulu rumah ni pastu kita pergi makan nak,Mayra?" Aku memberi cadangan.Mayra mengangkat keningnya,setuju.

"Banyak betul habuk ni,tuan rumah ni tak cuci ke apa," Mayra merugut sambil menyapu sawang di dinding.Aku menggelengkan kepala."Alaa, biasala tu nama pun rumah lama,"
Mayra mencebik bibir ada kalanya dia batuk-batuk.Mungki terkena debu tu.

Usai solat asar, aku dan Mayra terus bersiap-siap untuk pergi makan dekat restaurant yang dekat area Damansara tu.Mahal sikit harganya,tapi takpelah untuk perut jugak kan.
"Sedap jugak dia punya chicken chop tu,tapi mahal lah,"Mayra merungut lagi."Nak buat camna, ni KL,bukan kat kampung,"Aku menjawab.Mayra mempersetujui kata-kata aku.Dah memang betul pun,KL ni mahal semuanya.Ada je yang murah,kat Jalan Masjid India.

"Arissa,esok pukul berapa tah?" Mayra bertanya."8.30 pagi,bangun awal esok,jangan lambat," Aku mencubit pipi gebu Mayra,geram.Mayra membalas dendam dengan mencubit pipiku kembali."Baik,cik puan Nurin Arissa Foo Bt Ismael Foo,"

Kringg kringg... Kringg.. Kring..

Bunyi jam loceng membuka mataku.Ya Allah,malasnya nak bangun.Aku menggerakkan badan Mayra.Dah la si Mayra ni liat bangun."Mayra,bangun.. 7.06 pagi dah ni," Sambil tu aku mengemas tempat tidurku.Kelihatan Mayra sedang mengeliat."Mmmm.. Pukul berapa?" Matanya masih tertutup.Aku mengeluh."7.06 pagi,"
Mayra merungut kerana masih lagi mengantuk.Anak  pak cik Shukri ni memang susah nak bangun.Kalau kat kampung dulu,tengah hari baru bangun.

Kali pertama kami berdua menjejakkan kaki di UiTM,Shah Alam.Cantik,bersih dan i love it! Rasa teruja sangat bila dapat belajar dekat sini.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now