Bab 33🌸

1.4K 55 10
                                    

"Ha?" Aku tiba-tiba jadi blur selepas dengar ayatnya sebentar tadi.Faurish mengangguk dengan yakin sambil memandang aku."Tapi bukan ke awal sangat?" Aku menyoalnya.Yelah,bukan apa cuma terlalu awal.
"Ye saya tahu,bukannya sekarang kita nak kahwin.I mean, lepas kita habiskan study kita kahwin.Nak?" Kata Faurish dengan bersemangat.Aku mencebik bibir,tak tahu apa yang nak dikatakan.Keliru.

"Awak,janganlah diam je." Dia mencuit aku.Aku mengeluh pendek lalu memandang Faurish."Saya... Saya tak tahulah awak.Saya confuse sangat.Saya tak bagitahu ayah lagi and benda ni macam cepat sangat bagi saya."
Faurish memandang tepat ke arah anak mataku sambil berkata "Awak,saya tak memaksa awak.Tapi kalau awak sayang saya,tolonglah.Saya sayang awak lebih dari awak sayang saya,Arissa.Saya tahu awak sukakan saya jugak.Okey,sebab awak rasa masih terlalu awal apa kata kita pegang satu janji ni,boleh?"
Aku mengerutkan dahi."Janji apa?"
Aku menyoalnya."Kita kawan sampai kahwin.Boleh?" Faurish menggenggam kesemua jari kecuali jari kelingkingnya,membuat tanda janji kepada aku.Aku tersenyum lalu membuat sepertinya."Kita kawan sampai kahwin." Kata aku sambil tersenyum memandangnya.

"Halangan apa pun yang datang,Insya Allah kita boleh tempuhi.Saya janji dengan awak yang bila datang masa yang tepat dan awak pun dah ready, saya nak kahwini awak." Dia mengenyitkan mata kanannya.Alahai,tergoda betul.Aku mengangguk laju lalu tergelak kecil."Boleh balik dah kot ye?" Aku menunjukkan jam tangan yang berada di pergelangan tangan aku kepadanya."A'ah,balik.Hehe,lupa dah nak balik.Sebelum tu jom kita singgah makan dulu,saya lapar." Faurish tersengih sambil memandang aku.Macam-macamlah dia tu."Yelah,"
Aku menggelengkan kepalaku sambil tersenyum melihatnya.

⭕⭕⭕

"Umi," Faurish duduk di sebelah Datin Faridah yang sedang membaca majalah di taman kecil di belakang rumah."Hmm.Ada apa?" Tanya Datin yang matanya tetap tertumpu pada majalah yang dibacanya.

"Faurish nak kahwin." Kata-kata yang keluar dari mulut anak lelakinya itu membuat Datin menutup majalah itu dan memandang tepat ke arah wajah Faurish."Kamu ni sihat ke tidak,Faurish?" Datin Faridah memegang dahi Faurish."Tak demam," Katanya selepas memastikan keadaan anaknya itu.Faurish mengapai tangan Datin Faridah,dia menggenggam tangan kiri Datin."Umi.. Faurish ok lah.Faurish cuma bagitahu umi yang Faurish nak kahwin,tu je." Datin Faridah mengerutkan dahi."Dengan siapa? Tira?" Tanya Datin dengan reaksi yang sama.Faurish menggelengkan kepala perlahan."Seseorang yang umi pasti akan suka." Kata Faurish sambil tersenyum.

"Arissa?" Teka Datin.Kemudian Faurish beredar dari situ sambil mengenyitkan mata kanannya kepada Datin Faridah seraya tersenyum.
"Faurish! Faurish! Dengan siapa kamu nak kahwin ni? Arissa ke? Siapa ke?"
Datin Faridah menguatkan suara memanggil anaknya yang berpura-pura tidak dengar."Bertuah punya budak." Datin Faridah menggelengkan kepala.

⭕⭕⭕

"What?! Seriously dia ajak kau kahwin?! Oh My Gucci! Pastu apa yang kau kata dekat dia? Kau setuju ke?" Reaksi terkejut dan gembira jelas di wajah Risya.Tak sabar-sabar dia nak tahu."Aku tak setuju lagi,aku tak bersedia lagi." Kata aku ringkas."Kenapa? Kahwin je lah apa yang susah." Maya menyampuk."Yelah,aku tak sedia lagi lah korang.Awal lagi nak cakap bab kahwin ni." Jelas aku kepada mereka berdua.

"Habistu Faurish kata apa?" Tanya Risya."Dia ajak aku kawan sampai kami kahwin."Aku menuju ke dapur untuk menghilangkan dahaga.Mereka berdua mengikut aku dari belakang."Kawan je? Asal nak kawan?" Tanya Risya lagi.Tak sempat aku menjawab Maya menolak kepala Risya lalu berkata "Kawanlah selesa sikit.Kalau jodoh tak ke manalah." Aku tidak berkata apa-apa.Yang aku tengah fikirkan ni macam mana aku nak bagitahu ayah.Oh ya! Datin dan Datuk dah tahu ke? Diorang setuju ke aku dengan Faurish? Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku.

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now