Bab 53🌸

190 7 0
                                    

Tak sangka pulak 'benda' yang aku ingatkan hantu rupanya adalah Faura. Ya Allah! Kecik betul dunia ni. Betapa rindunya aku nak jumpa dengan Faura. Tengok- tengok dia muncul depan mata aku. Bersyukurnya aku..

"Faura kerja sini ke?" Tanya aku kepada Faura kerana aku tertanya-tanya kenapa dia berada di sini. "Ha-ah akak, Faura part time je la tapi." Aku mengagguk lalu bertanya lagi. "Kenapa pulak part time? Kenapa tak full time je? " . Faura tersengih lalu menjawab pertanyaan aku. "Oh.. hehe.. Sebab Faura ingat nak kerja kejap je sini lagipun Faura ada business sendiri nak handle." Aku mengangguk tanda faham. Kalau nak diikutkan hati aku ni nak je aku tanya tentang keadaan Umi,Faurish dan Tira. Aku dah redha dengan semua yang berlaku. Cuma aku masih teringatkan mereka lagi-lagi 'dia'. Sebak pulak aku rasa bila teringat balik. Impian aku ingat boleh la nak naik pelamin dengan dia tu tapi apakan daya, jodoh, ajal dan perjalanan hidup kita ni hanya Allah je tahu.

"Akak!" Terkejut aku bila Faura panggil. Termengelamun pulak dah. Astaghfirullah.. Arissa! sudah-sudahlah tu! Wake up! "Apa Faura kata tadi?" Aku bertanya kepada Faura. Nampak macam dia ada cakap sesuatu cuma aku je yang tak dengar. "Ha.. tu la! Mengelamun apa entah siang-siang ni. Faura tanya akak taknak tanya ke macam mana Umi dengan abang?" Faura memandang aku seperti mengharapkan yang aku akan menjawab pertanyaan dia seperti yang dia harapkan. "Ouh.. Akak baru nak tanya tahu tak. Ha, macam mana umi? sihat ke dia? Faurish dengan Tira okay? dah lahir ke baby?" Eh jap! Macam banyak pulak soalan aku. Ah! Biarlah!

Faura tergelak kecil "Alhamdulillah, Umi sihat je. Abang pun sihat.. Perempuan tu biasa la dah sarat ni semua makin tak kena tapi actually Faura tak tahu sangat keadaan diorang sekarang." Aku mengerutkan dahi. "Kenapa tak tahu?" Tanya aku. "Sebab Faura dah keluar dari rumah tu sejak ada perempuan tu. Jadi malas Faura nak balik. But don't worry, Faura dah bagitahu papa yang Faura nak berdikari. Papa dah izinkan." Jelas Faura kepada aku. Barulah aku faham. Pelik juga kenapa anak dara ni ada kat sini. 

"Ha.. Sembang tu sembang jugak korang, Cepat lah set-up tadika ni. Kejap lagi budak-budak nak masuk dah." Sampuk Kak Silah sambil bercekak pinggang seraya berpura-pura seakan kelihatan marah. Aku dan Faura mengangguk lalu ketawa serentak. "Sorry,kak!" Kata Faura lalu tersengih. Kak Silah cuma menggelengkan kepala nya.

⚫⚫⚫

Siang pun menutup tirai. Malam pula yang datang menyinggah. Malam itu Datuk Fakhrul baru pulang dari outstation. "Idah, panggil semua. Saya nak buat sedikit family talk. Ada benda yang patut dibincangkan." Datin Faridah mulai gelisah. Di dalam fikirannya terfikir adakah ini tentang Tira. Dia cuma mengangguk lalu naik ke tingkat atas.

"Faurish!" Dia terus memanggil Faurish ketika ternampak Faurish di hadapan pintu bilik. "Kenapa,Umi?" Tanya Faurish. "Papa.. dia nak bincang sikit. Panggil Tira sekali, Umi tunggu kat bawah ye." Kemudian Datin Faridah terus turun ke tingkat bawah semula. Faurish kelihatan sedikit hairan dan berdebar. Mana taknya, King Of The House nak bersoal-selidik. 

"Faurish, Tira.. Papa nak tanya sesuatu boleh?" Nada suara Datuk Fakhrul sangat menggerunkan untuk didengar. Tatapan matanya juga sangat gerun untuk ditatap. "Tentang apa,pa?" Tanya Faurish kepada papanya. "Papa tak suruh kamu buka suara kenapa kamu bersuara?" Datuk Fakhrul bertegas. Tira mulai takut. Digentelnya hujung baju yang dipakai dek berdebar dan rasa takut memikirkan apa yang akan ditanya oleh ayah mertuanya itu. 'Takkan lah dia tahu pasal Faurish ni pak sanggup? Aduh matilah aku, ke aku nak mengaku je dulu sebelum dia tanya aku?' "Baiklah.. papa dah.." Tidak sempat Datuk Fakhrul hendak menghabiskan ayatnya Tira terus menyampuk. "Papa! Tira minta maaf papa! Tira minta maaf sangat-sangat! Bukan niat Tira nak jadikan Faurish macam tu.. Cuma Tira terpaksa sebab Tira sayangkan Faurish. Baby ni tak bersalah pun pa.. Ampunkanlah Tira" Katanya sambil menggosok kedua belah tapak tangannya bersama.

Datin Faridah dan Faurish terkesima selepas Tira melepaskan semua pengakuan tadi di hadapan Datuk Fakhrul. Datuk Fakhrul mengerutkan dahi seakan tidak memahami apa yang disampaikan oleh menantunya itu. "Apa yang kamu merepek ni,Tira? Buat apa kat Faurish? Kenapa dengan baby? apa yang jadi ni?" Tira terkelu. "Ha? Bukan ke?" Datuk Fakhrul menggelengkan kepalanya lalu berkata " Papa nak tanya yang korang dua dah tahu ke jantina baby tu? Sebab papa dah jumpa private hospital yang selesa untuk Tira bersalin nanti. Tak.. sekarang ni apa yang Tira sampaikan tadi? Papa tak faham lah? Cuba kamu jelaskan." Datuk Fakhrul menjadi serius. Tira tergamam. "Takde apa,Pa.. Tira salah cakap tu ha." Faurish menyampuk. Tira mengiyakan apa yang dikatakan Faurish. "Tak.. papa nak dengar sebetul-betulnya. Apa yang berlaku ni. Ha, Tira? Bagitahu papa. Kalau takde apa kenapa kamu beriya minta maaf? Sebelum papa naik angin ni baik Tira bagitahu papa sekarang." 

Tira memandang ke arah Faurish dengan penuh rasa takut. Faurish lalu memandang Datin Faridah. Datin Faridah mengangguk lalu mengeluh perlahan. Riak wajahnya kelihatan redha saja seandainya suaminya akan marah. "Sebenarnya..papa.. Baby yang Tira kandung ni bukan anak Faurish." Tira menundukkan kepalanya sambil memejam rapat kedua belah matanya dek takut. "Astaghfirullahal'azim! Faurish, betul ke apa yang Tira kata ni? Kenapa boleh jadi macam ni?" Telinga Datuk Fakhrul menjadi merah, ini kalau keadaan ini di dalam cerita animasi pasti telinganya sudah berasap. 

Fakhrul hanya mengangguk tanda apa yang dikatatakan oleh Tira adalah benar. "Faridah! Kamu tahu tak tentang hal ni?!" Tanya Datuk Fakhrul kepada isterinya. "Aa.. saya.." Datin Faridah tidak mampu mengeluarkan kata-kata,tergagap dia. "Faridah!" Tersentak Datin Faridah setelah dijerkah oleh suaminya. "Papa.. Umi tak bersalah. Umi tak tahu apa-apa pun,jangan marah dia.. Marah saja Tira. Tira yang salah,pa. Tira yang tipu keluarga ni. Maafkan Tira,papa." Datin Faridah memandang Tira dengan rekasinya yang terkejut akan Tira yang mengatakan itu. "Habistu budak tu anak siapa?" Tanya Datuk Fakhrul kepada Tira. Dengan teresak-esak dia bersuara, "Baby ni anak.....

*Bersambung di bab seterusnya. :)

kita kawan sampai kahwin!Where stories live. Discover now