Suasana di kawasan perkuburan semakin lengang. Orang ramai mula beransur pulang setelah bacaan talkin dan yassin selesai. Kini hanya tinggal seorang lelaki yang sedang mendukung seorang bayi perempuan dan dua orang kanan-kanak yang setia manemaninya.
Wajah bayi itu dipandang sayu. Mengalir lagi air mata lelakinya saat mata beralih pada batu nisan dihadapannya. Terlalu berat ujian yang diterima. Pemergian orang yang dicintai dalam keadaan tidak dijangka begitu meluluhkan hatinya.
Dimana tempat untuk dia bermanja lagi. Dimana lagi tempat untuk anaknya menagih kasih sayang seorang ibu yang begitu sempurna.
"Pa... kenapa mama kena duduk dekat dalam ni? Nanti mama boleh keluar balik ke pa?" Begitu naif sekali pertanyaan anak keduanya, Syamimi yang berusia tiga tahun.
Syed afzan mengetap bibir kuat menahan sebak didada. Bagaimana mahu diterangkan bahawa mamanya tidak akan lagi bersama mereka.
"Mimi... mama dah tak ada... mama takkan bangun dan duduk dengan kita lagi..." jawab abang sulungnya, haizal yang berusia sepuluh tahun. Cuba menerangkan keadaan mereka yang akan berubah tanpa kehadiran mama tersayang.
"Kenapa....? Kenapa mama tak nak duduk dengan kita...? Mama tak sayangkan kita ke..? Mimi nak mama...." tercebik-cebik mimi bertanya pada abangnya. Airmata yang mula bertakung dibiar mengalir di pipi. Matanya melihat tanah tempat mamanya disemadikan dengan hiba sekali.
"Papa... mama dah tak sayangkan kita ke..?" Tanya mimi lagi dengan suara serak kerana menangis. Tangannya menggoncang tangan syed afzan beberapa kali. Berharap lelaki itu akan menjawab soalannya.
Sebelah tangan Syed afzan menarik mimi ke dalam pelukannya. Dahi mimi dicium lama. Sememangnya kesedihan semakin terasa bila melihat anak-anaknya. Haizal yang melihat turut memeluk mimi dari belakang.
"Mama sayang kita semua... tapi Allah lebih sayang pada mama... sebab tu dia ambil mama... kita sama-sama doakan mama ya sayang..." ucap syed afzan dengan suara bergetar.
Sesungguhnya kehilangan orang yang dicintai sangat menyakitkan.
Sebulan pemergian arwah isterinya, kemurungan syed afzan semakin teruk. Dia tidak boleh tinggal dirumah yang pernah didiami mereka sekeluarga dahulu. Bayangan isterinya muncul di setiap sudut rumah itu. Kerinduannya semakin menjadi-jadi sehingga dia mengabaikan dirinya dan anak-anak.
Tidak tahan meilhat anaknya begitu, datin sharifah suziana atau lebih dikenali sebagai datin suzi terpaksa membawa syed afzan dan cucu-cucunya tinggal di rumahnya.
Dia kasihan melihat cucu-cucunya yang murung kerana rindukan mama mereka. Mimi sering terjaga di tengah malam mencari mamanya. Haizal sering termenung dan kadang kala anak itu menangis kerana rindukan mama mereka. Mujur lah anak bongsu syed afzan yang masih bayi belum mengerti erti kehilangan.
"Betul ke abang chik nak pergi ni..? Tak kasihan ke dengan budak-budak..?" Tanya datin suzi sayu. Tangannya mendukung anak bongsu syed afzan yang baru berusia sebulan lebih itu. Syed afzan sudah bersedia dengan bagasinya untuk berangkat ke lapangan terbang.
"Ini saja caranya ma... abang chik tak boleh duduk dekat sini lagi... abang chik mesti terkenangkan arwah... abang chik tak boleh ma..." ucap syed afzan sebak. Airmata yang mula menitis cepat diseka.
"Papa... papa nak pergi mana..? Papa nak tinggalkan mimi macam mama juga ke..?" Tanya mimi dengan mulut yang tercebik seperti mahu menangis.
Syed Afzan mencangkung di depan mimi dan haizal. Kedua anaknya di bawa ke dalam pelukannya. Kedua anaknya itu dipeluk erat.
"Haizal dengan mimi duduk dengan nek ma ya sayang.. papa kena pergi jauh... nanti dah habis urusan papa, papa balik ya sayang.." ucap syed afzan lalu melepaskan pelukan. Dia berdiri dan bagasinya di ambil. Haizal dan mimi sudah mula mengalirkan air mata.
Tangan datin suzi dikucup dan anak-anaknya di cium kasih sebelum dia berlalu ke dalam teksi yang sedang menunggu di luar pagar.
"Pa... papa..." panggil mimi sambil menangis teresak-esak dan berlari mengejar syed afzan. Sesekali dia menyeka airmata yang mengalir di pipi. Haizal mendapatkan adiknya dan memeluk tubuh itu erat. Mereka sama-sama melihat teksi yang membawa papa mereka berlalu.
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...