🌄💟 - 11

7.3K 462 30
                                    

Datin suzi menghampiri safia yang sibuk menyiapkan barang perapan untuk majlis bbq malam nanti.  Kasihan dia melihat gadis itu.  Terlalu banyak berkorban dalam hidupnya. 

"Fia ok?" Tanya datin suzi.  Safia pantas mengangkat muka memandang datin suzi.  Senyuman manis diukir untuk wanita itu.

"Fia ok aunty... kenapa aunty tanya..?" Tanya safia pula. 

"Tak ada la... aunty tak pernah tengok fia marah macam semalam... mesti ada something happen dekat airport kan...?" Tanya datin suzi cuba mengorek rahsia.

Safia memandang datin suzi dengan wajah serba salah.  Mana tidaknya, kepala yang dihempuk semalam adalah kepala anak kepada majikan yang berada dihadapannya sekarang.

"Fia minta maaf aunty... fia geram sangat.. fia dah jumpa dia masa dekat airport... siap bergaduh lagi... tup, tup dia tinggalkan fia dekat sana... benci betul..." adu safia.

Datin suzi yang mendengar sudah ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.  Tidak sangka syed afzan boleh kenakan safia sampai begitu sekali.

"Aunty minta maaf fia.. aunty tak tahu pulak abang chik sanggup buat fia sampai macam tu sekali.. kesian anak aunty ni..." ucap datin suzi.  Tubuh safia dihampiri dan kepala safia dikucup kasih.  Safia tersenyum dengan kelakuan datin suzi.

"Tak apa la aunty... bukan salah aunty pun... benda dah lepas... fia pun malas nak fikir lagi..." ucap safia.  Tangannya masih ligat memerap bahan-bahan tadi.

"Ibu!!! Ibu!!! We're back!!!" Jerit mimi dan rania sambil berlumba ke arah safia.  Haizal pula menyusur dari belakang sambil berjalan.  Safia yang mendengar suara anak-anaknya pantas membasuh tangan dan mendapatkan mimi dan rania.  Datin suzi sudah tersenyum melihat safia. 

Lebar senyum safia saat melihat kelibat mereka bertiga.  Seperti biasa mimi dan rania pasti akan berebut untuk bersalam dan mencium pipi safia.  Haizal pula yang paling akhir sekali berbuat demikian.  Mungkin kerana umurnya yang sudah meningkat remaja menjadikan dia lebih matang. 

"Anak ibu belajar apa dekat sekolah harini? Seronok tak?" Tanya safia sambil Kedua tangannya memimpin mimi dan rania ke bilik mereka.

"Seronok ibu... nia main lukis-lukis dengan warna-warna harini... lepas tu kan ibu teacher bagi kitaorang semua cop kertas dengan tapak tangan.... seronok sangat ibu... macam-macam warna nia buat..." cerita rania mengenai pengalamannya di sekolah.  Mimi hanya menjadi pendengar.   Haizal pula awal-awal lagi sudah berlalu ke biliknya. 

"Iya..? Seronoknya... nanti nia ajar ibu ya... boleh kita buat sama-sama..." ucap safia. 

"Mimi pun nak buat juga..  macam best je..." sampuk mimi pula. 

"Boleh!!! Nanti ibu belikan warna eh,  pastu kita buat sama-sama..." balas rania pula.

"Boleh sayang.... sekarang ni anak ibu kena mandi dulu... biar wangi... pakai baju cantik-cantik.. lepas tu kita turun makan... ok???" Tanya safia sambil mengangkat ibu jarinya. 

"Boleh!!!" Jerit mimi dan rania riang.  Safia membuka pintu bilik mereka dan membiarkan kedua-dua masuk ke dalam bilik.  Berkerut dahi safia apabila suara riang budak berdua itu tiba-tiba sepi.

Safia memandang keduanya yang berdiri kaku.  Kemudian matanya beralih ke dalam bilik pula.  Terlihat syed afzan memandang mereka sambil memegang patung yang dibeli ketika di lapangan terbang. 

Huh.. mamat poyo ni rupanya... fikir safia sendiri. 

"Anak papa!!!" Ucap syed afzan girang sambil mendepangkan tangannya.  Safia sudah mengherotkan mulutnya memandang syed afzan.  Rasa menyampah masih belum hilang lagi terhadap lelaki itu. 

"Papa!!" Jerit mimi sambil berlari mendapatkan papanya.  Rania pula sudah beralih menyorok di belakang safia.  al maklumlah, syed afzan tidak pernah pulang sejak dia belajar di luar negara.  Mereka hanya berhubung melalui skype.  Tentu saja anak itu masih takut dengan papanya. 

Safia hanya memandang mimi melepaskan rindu terhadap papanya. Senyum nipis terukir dibibirnya. Dalam hati dia juga mengucapkan syukur dengan kepulangan syed afzan kerana sebelum ini mimi sering mengigau memanggil papanya di dalam tidur kerana rindu yang terlampau. 

Syed afzan bangun dan mendekati safia.  Patung yang dibeli dibawa bersama.  Dia duduk melutut di hadapan safia sambil mencari wajah anak bongsunya yang menyorok di belakang safia. 

"Sayang papa... rania.. meh sini dekat papa sayang..." panggil syed afzan lembut.  Rania tidak bergerak.   Hanya kepalanya kelihatan tergeleng kerana tidak mahu dengan papanya.  Safia yang melihat turut melutut di hadapan rania.

"Nia sayang... ni papa rania...pergi dekat papa sayang.." pujuk safia lembut. Rania masih menggelengkan kepalanya.  Tubuh safia dipeluk erat.  Hanya wajahnya dipalingkan ke arah syed afzan. 

"Nia sayang... papa beli ini untuk nia... nia nak tak?" Syed afzan cuba memancing rania dengan menggoyang-goyangkan patung itu.  Kelihatan mata rania bersinar saat melihat patung itu.  Safia yang perasan pantas meleraikan pelukan rania. 

"Wah... papa ada belikan nia hadiah la... cantiknya... nia tak nak ke?" Laju rania mengangguk sambil mengemam bibir bawahnya. 

"Kalau macam tu... apa kata nia pergi ambil dekat papa.. takut nanti kak mimi ambil pula..." ucap safia.  Sengaja ingin memprovok anak itu. 

Rania berjalan perlahan menghampiri papanya.  Patung itu disambut lambat-lambat.  Syed afzan mengambil peluang itu untuk memeluk dan mencium rania.  Safia pula berlalu ke arah mimi dan membawa anak itu ke bilik mandi.  Dia ingin memberi ruang untuk rania bersama papanya.





Pintu bilik haizal diketuk perlahan.  Dia masih belum bersua dengan anak terunanya itu.  Semalaman dia tidur kerana terlalu penat.  Tambah pula kepalanya juga sakit kerana dihempuk oleh safia. 

"Boleh papa masuk..?" Tanya syed afzan sebaik sahaja haizal membuka pintu biliknya. 

"Masuk lah..." ucap haizal bersahaja dan berjalan ke katilnya.  Dia mengambil tempat di birai katil sambil memandang papanya. 

"Haizal apa khabar?" Tanya syed afzan memulakan bicaranya. 

"Macam yang papa tengok sekarang..." syed afzan menelan airliurnya sebaik mendengar jawapan haizal.  Dia tahu anaknya masih marahkannya. 

"Tahun ni haizal pt3 kan? Macam mana preparation?" Haizal ketawa sinis mendengar soalan papanya. 

"Ok.. macam biasa je..." terdengar keluhan dari syed afzan dengan jawapan acuh tak acuh anaknya. 

"Zal.... papa tahu papa salah... papa minta maaf sebab ambil keputusan untuk pergi dulu..." ucap syed afzan perlahan. 

"Dah terlambat pa... benda dah jadi... dah lepas pun...tak payah la sebut lagi.." balas haizal.  Masih lagi acuh tak acuh. 

"Papa janji papa takkan tinggalkan kamu adik beradik lagi.. papa dah balik sekarang dan papa tak kan pergi lagi...." ucap syed afzan mengukir janji.

"Zal lapar..  zal nak turun makan..." balas haizal dan terus berlalu meninggalkan papanya.  Malas dia mahu mendengar janji kosong papanya itu. 

Syed afzan melepaskan keluhan berat.  Dia fikir anaknya akan gembira dengan kepulangannya ini.  Tidak sangka bercanggah pula jadinya. 

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Klu sis dpt 100 votes mlm nie sis blanja lg 1 chpter... amacam? 😉



 

Sinar CintamuWhere stories live. Discover now