"I nak jumpa syed afzan.." ucap sasha tanpa melihat wajah Mell. Mell yang melihat merasa meluat dengan wanita yang berada di depannya sekarang. Nampak sangat berlagaknya.
"Saya minta maaf tapi tuan sekarang sedang bercuti.. dan projek cik sasha dengan syarikat ini akan diambil alih oleh syed mukhris.." jelas mell. Dalam hati sudah ketawa riang melihat wajah terkejut sasha.
"What!!! But why??!! He can't do this to me!!!" Jerit sasha disitu.
"Saya minta maaf cik tapi ini atas arahan tuan.. untuk pengetahuan cik sasha, syed mukhris merupakan abang kepada tuan..." jelas mell.
"I don't care!!! I nak syed afzan!! Bukannya abang dia!! Huh!!" Marah sasha dan terus berlalu dari situ.
Sasha menutup pintu keretanya dengan kasar dan beg tangannya di hempas ke tempat duduk sebelah.
"Aaarrghhhhhh!!!!!" Sasha melepaskan amarahnya sambil menghentak steering keretanya berkali-kali.
"Tak apa syed afzan... harini mungkin hari kau... tapi aku tak akan putus asa... aku akan pastikan kau terima balasan atas apa yang kau dah buat pada aku selama ni.." ucap sasha dalam amarahnya dan terus memandu keluar.
Farok berjalan keluar dari pintu penjara itu. Tangannya didepangkan sebaik sahaja kakinya melangkah jauh dari kawasan penjara. Nafas ditarik dalam dan mata dipejamkan sambil tersenyum. Nikmat. Itu yang dirasakan setelah sekian lama terkurung.
"Farok..." farok membuka mata sebaik mendengar suara itu. Wana.
"Oh my god....it's really you.." dengan pantas wana mendapatkan farok dan memeluk tubuh itu kejap. Farok membalas pelukan wana dengan senyuman penuh makna.
"I miss you so much.... dah lama i tunggu saat ni..." ucap wana sambil mengalirkan air mata gembira. farok hanya mendengar tanpa mahu membalas.
Sememangnya dia sudah lama tiada apa-apa perasaan dengan wana. Dari sebelum dia meringkuk di penjara lagi. Selama ini dia hanya menggunakan wana untuk kepentingannya.
Dan sekarang, dia akan menggunakan wana untuk mencari perempuan yang menjadi punca dia dipenjara. Hatinya sakit kerana gagal memiliki perempuan itu. Dia akan pastikan kali ini perempuan itu tidak akan terlepas.
-----------------------------------------------------------
Syed afzan dan safia berjalan keluar dari lapangan terbang seiring dengan anak-anak mereka. Seminggu menghabiskan masa bersama keluarga cukup membahagiakan syed afzan. Inilah rupanya nikmat sebenar bila meluangkan masa bersama anak-anak.
Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan dan bermacam tempat menarik yang mereka lawati. Membuat syed afzan melupakan seketika segala masalahnya di pejabat dan hanya menumpukan perhatiannya kepada safia dan anak-anak.
Safia kelihatan sangat gembira sekali sepanjang mereka berada disana. Haizal juga sudah semakin mesra dengannya. Dia benar-benar merasa bersyukur kerana percutian itu mengeratkan lagi hubungan mereka anak beranak.
Dari jauh sudah kelihatan syed mukhris melambai ke arah mereka. Mimi dan damia sudah berlari anak mendekati pak long mereka. Safia tersenyum senang melihat kegembiraan mimi dan rania.
Namun senyumannya berganti dengan kerutan di dahi saat dia merasa pinggangnya dipeluk. Iya, syed afzan yang peluk. Safia kemudian tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Tak sangka suaminya masih lagi cemburu dengan abang sendiri.
"Abang... perlu ke nak peluk fia macam ni sekali...? Susah la fia nak jalan..." rengek safia. Syed afzan cuma mengendahkan safia dan meneruskan perjalanan ke arah syed mukhris. Dalam hati sudah ketawa melihat wajah cemberut safia.
"So, how's the vacation?" Tanya syed mukhris berbasi-basi. Anak-anak sudah selamat masuk ke dalam keretanya.
"Great... macam2 tempat kita pergi.. kan sayang??" Balas syed afzan. Safia hanya mengangguk sambil senyum kecil.
"Elok la kalau macam tu.. lepas ni boleh la achik tumpu perhatian dekat kerja pulak... along pulak nak pergi vacation..." tambah syed mukhris.
"Ala along nie.. tinggal sekejap pun nk berkira..." syed afzan sudah menarik muka. Safia dan syed mukhris sudah sama2 ketawa melihat syed afzan. Macam budak-budak.
"Ala.. along gurau je la... dah la, jom balik.. mama dah tak sabar nak jumpa cucu dan menantu kesayangan dia ni.." ucap syed mukhris dan mula memandu pulang.
-----------------------------------------------------------
Hhmmm... sorry kesayangan semua... sis tak ada idea plus menyampah ngan noti baru wattpad nie.. smpai thap xnk buka lngsung wattpad nie sbb bnyk sgt noti msuk tp bkn utk kta pun... hhaiihh... #sisgeram😖😖
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...