"Fia... mama minta maaf.. mama terpaksa bawa fia balik sini... mama tak nak apa-apa jadi pada fia lagi..." ucap datin suzi sebaik sahaja dia membawa safia ke bilik syed afzan yang terletak di kediamannya.
"Tak apa ma... fia faham mama risau.. lagipun, fia pun perlukan masa untuk sendiri..." balas safia perlahan sambil menunduk. Datin suzi memegang tangan safia yang sedang bersandar di kepala katil.
"Fia.. mama tak tahu apa yang dah jadi... tapi mama tahu... anak mama dah lukakan fia... mama minta maaf..." ucap datin suzi dengan sebaknya. Sedih dia melihat kesedihan yang terpancar di wajah menantunya itu.
"Mama jangan cakap macam tu... mama tak salah apa-apa pun... mama jangan la fikir bukan-bukan..." balas safia sambil tersenyum lembut. Tidak sampai hati dia melihat wajah mertuanya yang jelas merasa bersalah dengan apa yang berlaku.
Safia redha kalau ini yang terpaksa dia lalui. Dia juga bersyukur kerana setiap yang berlaku membuat dia sedar akan tujuan asal syed afzan berkahwin dengannya. Dia tidak patut menaruh harapan yang tinggi buat lelaki itu. Cukuplah dia tertipu dengan kebahagiaan yang sementara itu.
Datin suzi menarik tubuh safia ke dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat. Safia turut membalas pelukan datin suzi. Pelukan seorang ibu yang penuh kasih sayang memberi kekuatan untuknya lebih kuat dalam mengharungi dugaan yang mendatang. Sungguh dia bersyukur kerana memiliki mertua yang sangat penyayang.
"Fia.. walau apa pun yang terjadi, mama tetap akan ada bersama fia... fia dah mama anggap macam anak mama sendiri.. mama akan lindungi fia.. mama akan jaga fia.. mama janji sayang..." safia yang terharu mula mengalirkan air mata.
"Terima kasih ma.. sebab selalu ada dengan fia..."
Sudah dua minggu safia menetap di rumah mertuanya. Datin suzi sangat mengambil berat tentang dirinya. Boleh dikatakan setiap pergerakan safia diperhatikan. Bukan apa, dia tahu kalau safia memang rajin orangnya. Tak reti duduk diam. Ada saja kerja yang ingin dibuatnya. Jadi dia tidak mahu safia membuat kerja yang boleh menjejaskan kandungannya.
Anak-anak pula dengan senang hati bersetuju untuk menemani ibu mereka. Mereka lebih senang bila berada bersama safia berbanding papa mereka sendiri. Safia pula cukup gembira akan perkara itu. Sekurang-kurang dia dapat melihat anak-anak dan pada masa yang sama mengubat rindunya pada mereka.
Sepanjang dua minggu ni safia memang tidak berjumpa dengan suaminya. Dia ada melihat kereta syed afzan beberapa kali. Tapi hanya sekejap. Datin suzi masih tidak membenarkan syed afzan untuk dekat dengan safia.
"Ma.. please ma... bang chik nak jumpa isteri bang chik ma... bang chik rindu ma.." rayu syed afzan kepada mamanya. Tak tahu untuk kali yang ke berapa namun dia masih tidak berputus asa.
"Nak buat apa jumpa... nak sakitkan hati fia lagi...? Dah la bang chik... balik la... sudah-sudah la tu kamu seksa dia.." ucap datin suzi sambil melihat wajah anaknya yang tidak terurus itu. Kesian memang kesian tetapi dia tidak boleh lembut hati kali ini.
"Tak ma... tak... bang chik janji bang chik takkan sakitkan hati fia lagi ma... tolong la ma..." syed afzan merasa betul-betul terdesak kali ini. Dia betul-betul nak jumpa safia. Dia sangat rindukan isterinya. Beberapa minggu tanpa safia membuat dirinya sasau. Dia asyik terbayangkan safia. Dirinya sakit menanggung rindu yang amat mendalam pada isterinya.
"Ya Allah bang chik!!! Apa kamu buat ni..?!" Terkejut datin suzi saat syed afzan sudah melutut sambil memeluk kakinya.
"Tolong ma... bang chik merayu... tolong la..." teresak-esak syed afzan merayu pada mamanya. Pelukan di kaki datin suzi semakin dieratkan.
"Ish, bang chik jangan la macam ni.. bangun la.. tak elok la kalau orang nampak..." datin suzi sudah mati akal. Dia tak sangka anaknya akan bertindak sejauh ini.
"Tak.... tak nak.. bang chik tak nak bangun selagi bang chik tak dapat jumpa isteri bang chik..." balas syed afzan dalam sendunya.
"Abang... kenapa ni..?" Terkejut safia saat dia melihat suaminya melutut sambil memeluk kaki ibu mertuanya. Terus terbantut niatnya untuk mengambil minuman di dapur.
Syed afzan yang mendengar suara safia pantas mengangkat kepala mencari arah suara itu. Bersinar matanya saat melihat safia yang sedang berdiri di belakang mamanya.
"Fia...? Sayang..." tanpa berlengah syed afzan terus bangun mendapatkan safia. Tubuh safia dipeluk erat. Tangisannya kedengaran semakin kuat. Membuat safia membalas pelukan suaminya sambil mengusap perlahan. Berharap dapat meredakan kesedihan suaminya.
Untuk seketika safia berasa pelik. Pelukan dilepaskan. Wajah suaminya yang tidak terurus dan dipenuhi airmata dipandang. Wajah itu kelihatan sedikit cengkung, rambut yang semakin panjang dibiar tidak bersikat. Jambang mula tumbuh berkeliaran di wajah kacak itu.
Tangan dibawa ke dahi suaminya. Hanya sebentar dan tangannya ditarik semula. Benar tekaanya. Suaminya demam panas.
Syed afzan yang leka merenung segenap inci wajah safia tersentak apabila melihat safia mula berpaling dan ingin berlalu dari situ. Dengan pantas tangannya menangkap tangan safia.
"Fia nak pergi mana...? Please.. jangan tinggalkan abang..." rayu syed afzan pada safia pula. Datin suzi hanya diam memerhatikan drama sebabak itu. Dalam hati dia gembira melihat kesungguhan syed afzan untuk berjumpa safia.
"Fia nak pergi ambil ubat.. badan abang panas sangat... abang demam ni..." ucap safia risau. Namun lain pula jadinya bila syed afzan menarik semula safia ke dalam pelukannya.
"Abang tak perlukan ubat... abang demam sebab rindukan sayang... rindu sangat.. please.. stay like this..." ucap syed afzan perlahan. Safia hanya diam membiarkan suaminya memeluk dirinya. Terus terang dia juga merindui akan suaminya. Namun semua itu dipendam. Takut nanti dirinya hanya bertepuk sebelah tangan.
Safia merasa dirinya terdorong kedepan. Tidak sempat menahan dia sudah terjatuh ke atas suaminya. Datin suzi yang terkejut pantas menghampiri mereka. Tubuh safia dibantu untuk bangun.
Safia melihat tubuh suaminya yang tidak sedarkan diri. Tanpa dapat ditahan airmatanya mengalir. Kepala suaminya dipangku. Pipi suaminya ditepuk beberapa kali. Berharap suaminya akan sedar.
"Abang.... bangun.. abang... jangan takutkan fia macam ni... fia minta maaf abang.. tolong la.. bangun..." puas safia mengejut namun tetap tiada riaksi dari syed afzan. Suhu badan syed afzan dirasa lagi. Masih sangat panas.
"Ma.. tolong ma.. panggil ambulance ma.. abang tak sedar ma..." arah safia dalam tangisnya. Dengan pantas datin suzi menelefon ambulance.
Saat ini safia menyalahkan dirinya kerana terlalu pentingkan diri sendiri. Andai saja dia mengalah dan berjumpa dengan suaminya. Pasti semua ini takkan berlaku.
Ya Allah... tolong ampunkan aku..
Abang.. jangan tinggalkan fia...
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Beribu kemaafan sis minta dari uolls yg setia menunggu update dr sis.. harini baru berkesempatan untuk update crta ni... hope u olls enjoy k.. luv u..😍😍😙😙
YOU ARE READING
Sinar Cintamu
RomanceKehilangan isteri tersayang membuatkan Syed Afzan menutup pintu hatinya untuk menyintai wanita lain lebih-lebih lagi wanita-wanita yang cuba mendekatinya. Dia membawa diri jauh dari keluarga dan anak-anaknya demi melupakan kesedihan yang melanda di...